28 | 🌸- Brand Ambassor

Start from the beginning
                                    

" Welcome to the TrulySyCloset Company, Mrs Afiya..."

Afiya menghiraukan Haikal yang ketawa sendiri. Pandangan ditebar ke sekeliling bilik pejabat Haikal sebelum perhatiannya tertumpu pada potret dalam bingkai gambar betul betul dibelakang Haikal.

Figura wanita cantik yang sedang tersenyum manis itu benar-benar sama dengan wajahnya. Seakan melihat dari dalam cermin saja. Bezanya, wanita tersebut bertudung sopan dan kelihatan ayu.

Patutlah lelaki dihadapannya ini begitu menyayangi Syuhada. Manis. Malah mata wanita itu seakan dipenuhi aura bahagian dan pesona.

"Cantik kan? wajahnya seperti kau"

Melihatkan fokus Afiya yang tertumpu, Haikal hanya tersenyum tipis.

"Ah, ya..."

"Kau pun cantik dengan cara kau sendiri, Afiya. Mungkin tema semasa modeling kau terbuka lebih dari sepatutnya? Seharusnya kau cuma jadi model.....

Model hati aku"

Ayat manis itu diakhiri dengan gelak ketawa dari Haikal sendiri. Entah itu pujian atau sindiran, Afiya tidak dapat pastikan.

"Ha-ha-ha-ha. Hambar"

"Kalau hambar jom teman aku lunch.  Kalau tak aku bocorkan rahsia kau cuba goda aku dulu....."
Haikal bingkas bangun dari kerusi. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seiring langkah kakinya keluar dari pejabat.

"Eh acah lah you!" percuma saja kepala Haikal dilepuk dari belakang. Terus pelaku dari perbuatan tadi ketawa. Segera langkah seribu dibuka.

" kau jaga! kalau dapat aku, rogol kau Arissa Afiya! "

"Lol, i feel scared!"

Namun langkah kaki wanita itu terhenti. Melihatkan figura seorang kanak kanak lelaki yang melambaikan tangan khas buat Afiya.

"Auntie cantik! hi!"

Lambaian dari Adam Zikri dibalas dengan mesra oleh Afiya. Tubuh wanita itu sudah duduk separa cangkung, menyamai paras ketinggian dengan Adam.

Disebelah Adam, ada anak lelaki lain yang membuatkan jantung Afiya terhenti seketika. Perasaan bersalah hadir setelah melihatkan pandangan anak kecil itu yang menunduk.

"Hey...Aleq ingat auntie tak?"

Lembut suara menutur. Membuatkan Faleq mengangkat wajah pelan. Anggukan terbentuk, setelah kontak mata antara mereka bersambung.

"Maafkan auntie ya, Aleq. Jadi apa kata kita jadi kawan?"

"Tawan...?"

Faleq bingung. Meminta kepastian setelah huluran tangan kanan Afiya terhulur didepannya. Menantikan tindakan selanjutnya.

Haikal yang baru muncul, hanya tersenyum memerhati adegan hangat didepan matanya. Seakan melihat susuk isterinya dan Faleq anak mereka yang saling ketawa dan riang bersama.

Pemandangan yang sempurna.

" Papa? jadi papa kenal auntie cantik Dam?"

Haikal tayang riak wajah bingung. Tidak mengerti maksud dari pertanyaan anak sulungnya. Sebelum akhirnya Haikal diam. Lalu mengangguk laju.

"Oh? yang Dam cakap hari itu? Benar. Dia memang cantik...."

Afiya sudah terdiam. Wajahnya merona secara tiba-tiba mendengar pujian berselingan dengan ketawa dari kedua beranak ini.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now