Teringat reaksi sewaktu tokwan dan opah diberitahu akan perihal Haikal dan Syuhada yang akhirnya dinikahkan. Kedua manusia itu memang teruja habis. Seperti kata nenek dahulu,
" Ifa dan Kal boleh menikah. Jikalau sudah jodoh, biarpun dari ikatan sepupu "

"Tokwan, opah!  Assalamualaikum, cucu opah dah sampai ni! "

Sebaik sahaja enjin kereta Haikal matikan, Syuhada sudah menutup pintu kereta. Berlari anak ke arah tangga rumah kayu milik Haji Darus.

" Sayang, hati hati nanti jatuh! "

Syuhada sekadar mengangguk. Walau sebenarnya Haikal masih berada dikereta. Mana mungkin bisa melihat dia mengangguk. Fokusnya hanya pada tokwan dan opahnya. Dia rindu pada kampung ini. Sudah terlalu lama dia tidak menjejakkan kakinya disini selepas melanjutkan pelajaran diluar negara sepanjang 5 tahun pengajiannya. Rasanya kali terakhir ketika dia berusia belasan tahun. Sudah beberapa tahun yang lalu.

" Walaikumursalam, Ya Allah sampai pun cucu-cucu aku ni. Ifa! "

Tangan tua milik tokwan dan opah segera disalami. Dicium lama dan seterusnya mengucup pipi opahnya. Kebiasaan. Dikuti Haikal yang baru menapak bersama bagasi berisi pakaian mereka berdua.

" Amboi opah, jangan lupa ya. Kal ini pun cucu opah juga. Jumpa cucu emas ni terus tak ingat cucu lain.. "

Haikal sekadar mengusik. Dia sudah tahu yang hubungan opah dengan Syuhada lebih rapat berbanding cucu lain. Antara arwah Harris, Haikal, Hanis dan Syuhada pastinya Syuhada menjadi kesayangan opahnya.

" Eh, opah sayang semua cucu opah. Kal ni.. pandai ya mengusik opah! "

" Sudah, ayuh kita masuk ke dalam. Minum dulu.. "

Syuhada mengangguk. Tangannya dihulur, meminta beg pakaian yang dibawa Haikal tadi. Biarlah dia pula yang membawa masuk, pastinya Haikal penat membawa keduanya.

Namun Haikal mengeleng. Awal awal lagi suaminya itu sudah meletakkan kedua bagasi pakaian itu disatu sudut diruang tamu.

" Jum Ifa, duduk sini. Biar opah bawakan sarapan ke atas ya... "

" Tak apa opah, kita turun ke dapur saja. Ifa masih boleh berjalan hehe. "

" Sayang, abang pergi dulu ya? " Sempat Haikal memegang lengan Syuhada. Terus Syuhada mengangguk lalu menyalami tangan suaminya.

" Jaga diri, terima kasih... "








" Tokwan... boleh Kal pinjam motor tak? " Haikal tersengih.

" boleh saja. Kal nak ke mana? "

" Kal ingat nak pergi dusun tokwan kejap. Nak ambikkan buah mangga muda untuk Syu. Mengidam katanya.. Bolehkan tok? "

Haji Darus mengangguk lalu tersenyum.

" boleh sangat sangat. Tok pergi sekali dengan kamulah ya? Tunggu sekejap tok ambikkan kunci motosikal.. "

" Hati hati Haikal.   "

Haji Darus mengingatkan. Ekor matanya tak lepas memandang satu satunya cucu lelakinya memanjat pokok mangga untuk mengambil buah mangga muda untuk Syuhada. Sayang isteri katanya.

" aduh, kerengga! "

Disebabkan serangan dari kerengga, Haikal mula hilang imbangan dan jatuh ke tanah. Mujurlah pokok mangga yang dia panjat tidak terlalu tinggi.

" aduh, sakit..." punggungnya digosok. Mujur tiada apa apa yang teruk. Hanya tangannya dan pipinya yang sedikit lebam kerana bergesel.

" Allah, cucu aku.. luka tak ni Kal? Maaflah, lupa tok nak cakap yang pokok tu banyak kerengga.  Tak pasal pasal kamu dah jadi mangsa.. Meh la kita balik. Biar tok bawa moto.. Kal boleh jalan tak? "

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now