Bab 64

7.3K 295 22
                                    

Imran menghirup air teh tarik di hadapannya sambil menunggu Farish. Entah kenapa tiba-tiba sahaja lelaki tersebut nak jumpanya. Sedang dia menunggu Farish, matanya memandang seseorang yang sedang berjalan ke arahnya. Dia mengerutkan mukanya. Dia seperti kenal dengan lelaki tersebut. Tapi di mana ya?

Sampai sahaja di depan Imran, Raykarl menarik kolar baju Imran membuatkan dia berdiri dari duduknya.

"Kau ni siapa?"kata Imran dengan nada marahnya. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia diserang.

"Kau tak kenal siapa aku?"tanya Raykarl dengan seriusnya. Langsung tiada gurauan pada mukanya. Dia betul-betul marah.

"Kalau aku kenal kau, tak adalah aku tanya kau siapa? Lepaslah!"kata Imran sambil cuba melepaskan dirinya dari lelaki tersebut.

Raykarl yang geram, terus menumbuk Imran sehinggakan Imran terbaring di lantai. Dia memandang Imran yang sedang menahan sakit apabila dia menumbuk Imran.

"Sakit?"tanya Raykarl sinis. Matanya masih tidak lepas memandang Imran. Makin membuak-buak kemarahannya apabila Imran menjelingnya tajam.

"Kau ni gila ke tiba-tiba serang orang?!"kata Imran dengan kuat. Pandangan orang ramai kepada mereka berdua diabaikan. Peduli apa kalau mereka memandang.

"Gila? Kau cakap aku gila? Bukan kau ke yang gila?"balas Raykarl kembali. Baru sahaja Imran hendak bangun dari duduknya, Raykarl menarik kuat Imran melalui kolar bajunya lalu ditolak Imran ke arah dinding. Dia memandang tajam ke arah Imran.

Farish yang ternampak kawannya sedang diserang, cepat-cepat mendekati kawannya. Sampai sahaja di situ, dia terkedu melihat siapa yang sedang menyerang kawannya. Abang Raysha!

"Encik Raykarl. Lepaskan kawan saya."kata Farish sambil cuba melepaskan tangan Raykarl dari kolar baju Imran. Dia nampak muka Raykarl seperti sangat marahkan Imran. Takkan sebab perceraian tu, Raykarl marah Imran?

Raykarl melepaskan pegangannya. Dia memandang Farish di sebelah Imran. Pelik dia macam mana salah seorang klien syarikatnya boleh berada di situ.

"Wei, mana kau kenal mamat gila ni?"tanya Imran sambil membetulkan bajunya yang sudah berkedut. Dia memegang kawasan mukanya yang ditumbuk Raykarl. Pedih. Mesti terdapat luka di mukanya.

"Kau cakap aku apa?"marah Raykarl. Sesuka hati sahaja lelaki tersebut melabelnya gila.

"Im, dia ni . . ."

"Kejap, aku rasa aku dah tahu siapa kau."kata Imran tiba-tiba. Dia segera mencelah apabila Farish hendak terangkan siapa Raykarl kepada Imran.

"Huh! Sekarang baru kau tahu. Kau jangan ingat aku akan maafkan apa yang kau buat kat family aku."kata Raykarl bengang.

"Im . . ."

"Shuu . . ."kata Imran sambil memandang Farish. Dia mahu bercakap sendiri dengan Raykarl.

"Family kau? Aku tak tahu pulak yang kau anggap scandal kau, family kau."kata Imran sambil tersenyum sinis. Jangan ingat dia akan mengalah hanya kerana lelaki tersebut sudah berjaya menumbuknya tadi.

Farish yang mendengar kata-kata Imran segera menggelengkan kepalanya. Apa pulak Imran dah merepek ni?

"Kau cakap apa ni?"kata Raykarl dengan suara yang masih tinggi. Marahnya semakin lama semakin meninggi kepada Imran.

"Pasal apa lagi. Pasal perempuan curang tu lah. Mesti dia dah berjaya buat kau melekat dekat dia sampai kau berani tumbuk aku dekat public. Sayang betulkan kau dengan bitch tu?"kata Imran sinis sebelum satu tumbukan padu mengenai pipinya yang sedia luka. Imran terduduk sambil memegang lukanya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now