Bab 7

6.5K 212 0
                                    

Imran memandang Raysha yang sedang menatang dulang berisi air serta cawan.

Dengan perlahan-lahan Raysha meletakkan dulang tersebut di atas meja di ruang tamu. Dia menyusun cawan dihadapan Imran tanpa memandang Imran. Dia perasan sejak tadi lagi mata Imran memandangnya namun dia sengaja buat-buat tak nampak. Dia menuangkan air teh di dalam cawan yang telah dia letakkan tadi.

"Raysha, pergilah goreng pisang yang atok hantar tadi."kata Nek Tijah apabila dia teringat yang suaminya itu ada menghantar setandan pisang dari kebunnya.

Raysha mengangguk. Dia terus berlalu ke dapur dan mula mengambil bahan untuk menggoreng pisang. Bukannya dia tak biasa membuat kerja-kerja dapur. Dah biasa dah.

Imran melihat sahaja pemergian Raysha dengan senyuman sinis. Penurut betul perempuan ni. Apa sahaja yang neneknya suruh pasti dia akan lakukan. Typical kampung girl! 

"Imran ni tak pernah-pernah nenek nampak. Biasanya Irfan je. Sampai nenek ingat Irfan tu anak tunggal."kata Nek Tijah sambil tersenyum memandang Imran. Nampak baik budaknya.

Imran hanya tersenyum. "Im duduk dengan mummy dan daddy. Duduk tak menetap. Sekejap kena ke Amerika, sekejap ke Jepun."balas Imran sopan. Takkanlah dia nak cakap dengan nada yang berlagak pulak. Kang taknpasal-pasal apa yang dirancangkan akan hancur.

"Ohh. Patutlah nenek jarang tengok si Umar dengan si Zarah. Rupanya asyik berpindah tempat je."kata Nek Tijah.

"Macam tu lah hidup Im nek. Baru je nak selesa dekat satu tempat tu, dah terpaksa berpindah sebab kerja daddy tak menentu tempatnya. Im dengan mummy terpaksa lah ikut. Takkan nak biar daddy sorang je. Nanti merajuk pulak."kata Imran seterusnya ketawa yang dibuat-buat. Namun dia sangat pasti orang tua tu takkan perasan dengan lakonannya.

Nek Tijah turut ketawa apabila mendengar kata-kata Imran. Baginya, lelaki yang macam Imran ni sesuai sangat dengan cucunya. Dia dah pergi ke macam-macam tempat. Jadi dia takkan ada masalah kalau Raysha membawanya ke mana-mana sahaja.

Sedang seronok mereka berdua bercerita, Raysha datang lalu meletakkan pisang goreng yang baru digorengnya sebentar tadi. Dia meletakkan pinggan tersebut betul-betul depan Imran.

"Imran, makanlah. Tu panas lagi tu."kata Nek Tijah memperlawa Imran makan. Dia sempat lagi meniup-niup asap yang ada pada pisang goreng tersebut.

Imran menggeleng. Dia tak makan makanan kampung. Nanti tak pasal-pasal dia jadi pulak orang kampung.

"Sebenarnya nek, Im tak makan pisang goreng. Memang dari kecil lagi."kata Imran dengan suara yang ditahannya. Dia tak suka berdekatan dengan orang kampung. Sebab tu semua yang berkaitan dengan kampung kalau boleh dia memang nak elak.

Raysha yang mendengar rasa nak cekik je si Imran ni. Kalau tak suka mengapa langsung tak cakap tadi. Buat penat dia je menggoreng pisang tadi. Dah lah panas kat dapur. Sengaja nak sakitkan hati aku lah tu! Nasib baik ada nenek kat sini.

"Lah, ye ke. Nenek tak tahu pun kamu tak makan pisang goreng ni. Kalau nenek tahu nenek dah suruh Raysha masak benda lain."kata Nek Tijah dengan nada rasa bersalahnya. Dia langsung tidak menyangka yang cucu bongsu si Leman ni tak makan pisang goreng.

"Assalamualaikum."seseorang memberi salam di depan muka pintu.

"Waalaikumussalam."balas Raysha, Imran dan Nek Tijah serentak. Sempat Nek atijah mengarahkan Raysha supaya melihat siapa yang datang ke rumahnya.

Raysha bangun dari duduknya dan mula melangkah mendekati pintu. Dia membuka pintunya dan dia melihat atoknya dan Abang Irfan ada di depan rumahnya.

"Awalnya atok balik."kata Raysha kepada atoknya. Tangan atoknya juga sempat dia salam. Dia memberikan ruang untuk atok dan Abang Irfan.

"Saja je balik awal ni. Rasa penat pulak hati ni." Jawab Tok Lah sambil menanggalkan kasut.

"Irfan, mari masuk."kata Tok Lah apabila dia perasan Irfan masih berdiri di belakangnya.

Irfan tak tunggu lama. Dia terus menanggalkan selipar yang dipakainya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dia sempat tersenyum kepada Raysha yang masih berdiri di depan pintu.

Sebaik sahaja langkahnya sampai di rumah tersebut, senyumannya mati. Dia melihat adiknya yang sedang bergelak tawa dengan Nek Tijah. Bukan main seronok mereka bercerita. Irfan mengerutkan dahinya. Sejak bila adiknya ni mesra betul dengan orang kampung? Bukan adiknya ini cukup anti dengan orang kampung ke?

"Eh, Irfan. Lama nenek tak nampak kamu sejak kamu kahwin."kata Nek Tijah yang perasankan Irfan turut ada dengan suaminya.

"Ada je nek. Nenek apa khabar?"tanya Irfan lembut. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan nenek Raysha.

"Alhamdulillah. Sihat orang tua macam ni lah Irfan."jawab Nek Tijah sambil tersenyum memandang Irfan. Sungguh sopan anak muda ini. Beruntung maknya mengandungkannya dulu.

"Tadi abang jumpa si Irfan ni dekat simpang depan tu. Tu yang ingat nak ajak makan tengah hari sama."kata Tok Lah. Semasa dia sedang berjalan nak masuk ke simpang, tiba-tiba Irfan menegurnya.

"oh. Ni bang adiknya si Irfan, Imran. Budak ni lah yang . .  ."

Berhenti terus kata-kata Nek Tijah apabila Raysha menggelengkan kepalanya ke arahnya. Malulah dia. Apalah nenek ni. Kalau ye pun sporting agak-agaklah.

Nek Tijah mengangguk. Sedar akan keterlajuran yang bakal dilakukannya. Dia bukan sahaja aku memalukan cucunya, malah dia risau apa pula pandangan Imran padanya nanti.

"Kenapa nek?"tanya Irfan. Dia perasan Raysha menggelengkan kepalanya ke arah Nek Tijah. Ada sesuatu yang dirahsiakan oleh mereka berdua dan melibatkan adiknya. Tapi apa dia ye? Kalau dia tanya Raysha, memang sampai bilalah dia takkan dapat jawapan. Kalau dia tanya nenek pulak, dia risau nenek fikir dia ni busy body pulak. Akhirnya dia hanya mampu dia sahaja.

"Tak ada apalah Irfan. Ni Raysha cakap dia nak masak sambal ikan dengan tumis kangkung. Memang rezeki kamu lah dapat makan masakan Raysha hari ni"kata Nek Tijah dengan bangganya. Cucunya itu memang pandai masak. Apalah salahnya dia menjamu tetamunya dengan masakan cucunya.

"Betul ke nek? Nampaknya memang rezeki Irfan lah ni datang sini."kata Irfan. Bersinar-sinar mata Irfan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nek Tijah. Sambal ikan memang masakan kegemarannya. Lagi-lagi di masak oleh buah hati. Lagilah gembira dia.

Imran mencebik. Menyampah betul dengan abangnya ni. Bukan sedap sangat pun. Masak sambal ikan je. Macam lah dia masak spagetti carbonara ke, apa ke, yang tu barulah sedap.

"Imran pun makanlah sekali. Dah alang-alang tu ada kat sini."kata Nek Tijah sambil tersenyum memandang Imran.

Imran tersenyum. Kalau abangnya nak makan di sini, dia pun akan makan di sini. Dalam masa yang sama dia mula merangka rancangan untuk membuat abangnya itu cemburu dengannya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now