Bab 60

8.7K 379 57
                                    

Lizzy menghempas fail yang dipegangnya sehingga menyebabkan Raysha sedikit terkejut. Raysha memandang Lizzy sebelum membaca fail yang dipegangnya semula.

"Ray, jom lunch kat luar."kata Lizzy memujuk. Semenjak Raysha diceraikan Imran, sejak itu Raysha senyap sahaja. Nak bercakap dengan Raysha pun susah sebab Raysha langsung tak nak cakap.

"Ray . . .dengar tak ni?"kata Lizzy lagi apabila Raysha hanya diam sahaja. Langsung tidak menjawab soalannya.

Raysha mengangguk sebelum menggelengkan kepalanya tanpa memandang Lizzy.

Lizzy mengerutkan dahinya. Dah macam orang bisu dah Lizzy tengok Raysha. Nak dengar suara Raysha bukan main susah sekarang.

"Apa ni? Tak faham lah."rungut Lizzy apabila dia tidak faham isyarat yang Raysha bagi. Sekejap angguk, sekejap geleng.

"Yes . . . No."kata Raysha sambil matanya masih tidak lepas membaca setiap butir ayat di dalam fail tersebut.

"Ha?"

Raysha menutup fail yang dibacanya lalu diletakkan di atas meja. Baru sahaja dia nak capai fail lain, tangan Lizzy menghalang. Lizzy menjongket keningnya ke arah Raysha.

"Yes, aku dengar. No, aku tak nak."kata Raysha lalu menarik kasar fail yang ingin dia capai sebentar tadi. Lizzy ni suka sangat mengganggunya. Dah elok buat kerja kat pejabat boleh sibuk datang studio dia pulak. Macam dah tak ada kerja lain je.

"Alaaa . . .jomlah. dah lama kita tak makan kat luar. Hari-hari tapau je. Bosan lah. Jomlah."pujuk Lizzy lagi.

Raysha hanya melambaikan tangannya ke arah Lizzy, menyuruh Lizzy pergi sendiri. Dia tidak mahu ikut.

"Come on, Raysha. Hari ni last aku mintak sebelum kau pergi Amerika. Temankan aku makan please. Nanti kalau kau dah pergi, tak adalah aku rasa kempunan sangat."kata Lizzy memujuk lagi.

"Kau tahu kan sebab apa aku pergi sana?"tanya Raysha.

"Ye. Aku tahu. Sebab Imran. Sebab Karl dan Rayna. Sebab Grandma. Kau tak nak jumpa Imran. Kau tak nak sakitkan hati Karl dengan Rayna kalau kau balik UK. Sebab grandma nak kau kerja kat sana."kata Lizzy sambil menyenaraikan semua sebab Raysha perlu ke Amerika. Tapi dia tak faham. Kenapa Raysha tak pergi sana untuk diri dia sendiri? Kenapa nak pergi untuk orang lain?

"Aku . . ."

"Kau tersepit, Ray. Kau buat semua semata-mata untuk orang lain. Aku tahu kau tak happy buat semua ni. Hentikan jelah. Berhenti jaga hati orang lain. Kau tak penat ke?"tanya Lizzy sedikit beremosi. Dia kadang-kadang kesian jugak melihat Raysha. Hidup Raysha dari kecil asyik mengalah je dengan orang lain.

Raysha diam. Dia tahu bualan ini akan sampai ke mana. Dia terus bangun dari duduknya lalu mengambil beg tangannya yang berada di atas meja. Setelah itu, dia terus keluar dari studionya.

Lizzy yang melihat Raysha, terus mengambil begnya lalu mengejar Raysha. Raysha ni, kalau orang cakap, tahu je dia nak larikan diri.

"Tunggulah aku."kata Lizzy apabila Raysha jalan tanpa menunggunya. Bukan main laju lagi Raysha berjalan.

"Kau marah ke?"tanya Lizzy apabila berada di sebelah Raysha. Dia lihat muka Raysha biasa sahaja. Tapi dia tahu, Raysha tentunya marah dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Aku lapar."kata Raysha. Dia tidak mahu bercakap tentang isu tadi semula.

"Okey."kata Lizzy. Dia terus diam selepas itu. Dia tahu, kalau Raysha jawab macam tu, maknanya dia tak nak cakap lagi.

*****
"Macam mana you buat kerja ni?! Susah sangat ke nak bagitahu I yang petang ni ada meeting. Kalau susah sangat, berhenti jelah"kata Lizzy dengan nada marahnya lalu menutuskan panggilan. Dia menghempas telefon bimbitnya di atas meja. Geram dengan pekerjanya yang buat masalah.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now