Bab 51

6.7K 245 9
                                    

Imran berjalan masuk ke dalam hospital. Dia melihat sekeliling sebelum mula berjalan mendekati lif. Masuk sahaja di dalam lif, Imran menekan nombor lima. Dia ingat lagi, kata-kata salah seorang pekerjanya.

"Saya nampak Puan Raysha ada di hospital hari tu."

Imran keluar apabila lif terbuka pada tingkat lima. Imran berjalan ke satu arah. Sedang dia berjalan, dia terlihat seseorang yang cukup dikenalinya. Imran mendekati seorang perempuan yang sedang termenung ke luar tingkap sambil memeluk tubuh.

"Raysha . . ."panggil Imran.

Raysha mengalihkan pandangannya ke arah suara yang memanggil dirinya. Dia terkejut melihat suaminya ada di sini tapi dia berjaya mengawal riak mukanya daripada berubah. Raysha mengalihkan pandangannya semula.

"Awak buat apa kat sini?"tanya Raysha tanpa memandang Imran.

"Saya . . . Saya minta maaf."kata Imran jujur. Dia betul-betul tak sangka kemarahannya kepada Raysha boleh menyebabkan dia hampir membunuh Raysha. Mujur sahaja Raysha tak membuat laporan polis. Kalau tak, sah-sah dia berada di penjara sekarang ni.

"Minta maaf? Senangnya. Awak tahu tak yang awak hampir bunuh saya? Imran, kalau setakat awak pukul dan tampar saya, saya boleh terima. Tapi awak sampai tahap nak membunuh. Awak sedar tak apa yang awak buat?"kata Raysha sambil matanya masih memandang ke arah luar. Dia betul-betul tengah menahan dirinya daripada meninggikan suara. Kalau ikutkan hati, memang dia tengking-tengking sahaja lelaki di hadapannya. Nasib baik dia masih ingat yang lelaki  ni adalah suaminya.

"Saya tahu saya salah. Tapi awak kena sedar yang awak pun salah jugak. Kalau tak disebabkan awak pukul Wani, semuanya takkan jadi macam ni."kata Imran membela diri. Dia mengaku dia memang salah kerana hampir mengambil nyawa orang. Tapi itu pun disebabkan kesalahan Raysha jugak. Bukan salahnya sendiri.

"Pukul dia? Awak nampak ke saya pukul dia? Awak nampak ke?"tanya Raysha sambil memandang Imran. Masih mencari kekuatan supaya dia dapat bersabar depan Imran.

"Lebam kat tangan dia . . ."

"Hanya disebabkan lebam, awak nak mengamuk macam tu sekali? Sampai sanggup nak bunuh orang? Imran, lebam tu tak boleh membuktikan apa-apa."kata Raysha tegas.

"Raysha, awak . . ."

"Saya tak tahu apa hubungan awak dengan Wani sebelum ni. Tapi apa yang saya tahu sekarang, awak suami saya. Bukan dia. Kita baru kahwin seminggu, Imran. Tapi macam-macam dah jadi. Jadi, tolonglah. Hentikan semua permainan ni. Hentikan sebelum ada yang terluka."kata Raysha lembut. Walau apa pun, dia perlu hentikan Imran sekarang. Cukuplah setakat ni.

"Hentikan? Awak nak saya buang dendam saya untuk awak? Raysha, awak mungkin menantu kesayangan mummy, tapi awak bukan isteri pilihan hati saya. Saya mengaku, awak memang menarik. Tapi awak tak boleh dibandingkan dengan . . ."

"Dengan Wani?"kata Raysha memotong kata-kata Imran. Raysha memandang Imran dengan tajam. Dia perasan Imran seperti terkejut dengan tuduhannya. Betullah fikirannya selama ini. Imran memang pernah ada hubungan dengan Wani.

"Orang yang awak dendam sangat tu, Abang Ir kan? Awak marah sebab Abang Ir kahwin dengan kekasih awak. Sebab tu, awak kahwin dengan saya sebab awak tahu Abang Ir suka saya. Awak nak gunakan saya sebagai alat untuk balas dendam. Betulkan apa yang saya cakap?"kata Raysha tegas. Dia sepatutnya dah boleh agak dah semua ni.

Imran terkejut mendengar kata-kata Raysha. Dia terkejut yang Raysha boleh tahu abangnya menyukai Raysha.

"Macam mana awak . . ."

"Semua tu dah tak penting. Semuanya dah berlalu. Wani sekarang, kakak ipar awak. Bukan kekasih awak lagi. Jadi, tolonglah. Saya tak pernah merayu kat sesiapa. Tapi untuk awak, saya merayu. Tolonglah hentikan semua ni. Saya janji, kesetiaan saya, hanya untuk awak. Lupakan Wani. Kita mula hidup baru. Saya janji, saya akan tolong awak."kata Raysha sambil mula memegang tangan Imran. Dia perlu yakinkan Imran supaya hentikan segala-galanya. Dia tidak mahu lagi ada yang terluka.

"Saya . . . Saya tak boleh janji. Dia . . .cinta pertama saya. Saya tak pernah sayang orang lain macam saya sayangkan dia."kata Imran sambil menggelengkan kepalanya. Cintanya kepada Wani terlalu kuat sehingga dia sanggup melukai isterinya sendiri.

"Dia memang cinta pertama awak. Tapi tak semestinya dia cinta terakhir awak."kata Raysha lembut. Dia cuba mengukir senyuman untuk Imran.

Imran memandang Raysha. Jelas dia terkaku melihat senyuman Raysha walaupun Raysha hanya tersenyum tipis. Raysha memang baik. Dia akui itu. Tapi entah kenapa, dia masih tidak boleh melupakan Wani walaupun Wani sudah menduakannya.

"Boleh ke awak bagi hati awak untuk saya? Untuk lelaki yang hampir bunuh awak?"tanya Imran. Dia memandang mata Raysha tepat. Cuba mencari kejujuran di sebalik kata-kata Raysha.

Raysha diam. Hatinya untuk Imran? Boleh ke Imran menggantikan Zachary dalam hati dia? Keperibadian Imran dan Zachary jauh berbeza. Terlalu berbeza sehingga dia langsung tak nampak persamaan. Zachary yang baik, ambil peduli tentangnya dan sayangkannya. Sedangkan Imran terlalu sinis, penuh kepura-puraan dan sanggup membuat apa sahaja demi melunaskan dendamnya. Patut ke dia bagi hati dia untuk Imran? Tak akan terluka ke dia di kemudian hari? Raysha buntu.

"Saya cuba."balas Raysha sambil tersenyum. Dalam diam, dia berharap sangat dia tak akan tersalah langkah. Dia berdoa dengan harapan Imran akan berubah.

*****
"Kau dah gila ke? Kau lupa ke apa yang dia buat? He tried to kill you, Ray!"marah Lizzy. Geram dia apabila dia mendengar cerita Raysha yang Raysha akan kembali kepada Imran. Apa dah gila ke sepupunya ni?

"Nobody missed from making a mistakes. But they learned from that mistakes."bela Raysha. Walau apapun, keputusannya sudah bulat. Tak ada sesiapa yang dapat mengubah keputusannya. Sekali dia kata A maknanya tetap A.

"Yes everybody learned. But not him! Aku tak percaya kau buat keputusan melulu macam ni tanpa berbincang dengan aku."kata Lizzy dengan nada geramnya. Dia tahu pendirian Raysha macam mana. Tapi tak sangka pulak yang sepupunya ni sanggup mengambil jalan macam ni.

"Dia . . .suami aku. Sejahat mana pun dia, seteruk mana pun dia, selagi talak belum jatuh, aku hak dia. Itu perkara yang kau tak boleh pertikaikan."kata Raysha lembut. Dia tak larat lah nak marah-marah. Penat tahu tak.

"Jadi, suruhlah dia ceraikan kau. Dia tu tak layak jadi suami kau. Kau layak untuk lebih baik. Kalau Zach ada, mesti dia pun marah."kata Lizzy selamba. Setelah beberapa saat dia menutup mulutnya. Sedar yang dia sudah terlepas cakap. Dia tak sepatutnya membangkitkan Zach dalam perbualannya. Dia memandang Raysha untuk melihat reaksi Raysha. Dia perasan yang Raysha seperti terkaku mendengar kata-kata Lizzy.

Raysha menahan tangisnya. Dia memang lemah apabila isu Zach dibangkitkan. Dia mengangkat mukanya memandang Lizzy.

"Zach . . . percayakan aku. Aku yakin, dia akan setuju dengan keputusan aku. Kau tak payah lah risau. Aku okey."kata Raysha sambil tersenyum tipis. Dia tak boleh biarkan Lizzy rasa bersalah. Walaupun dia rindukan Zach, dia kena sedar batasnya sekarang. Dia takkan pernah jadi hak lelaki yang sudah pergi. Dia kena reda.

Lizzy diam. Dia tahu Raysha terluka. Zach satu-satunya lelaki yang pernah mendiami hati Raysha. Dia juga nampak betapa terlukanya Raysha apabila Zach pergi. Tapi itu semua ketentuanNya. Nak tak nak, Raysha kena terima hakikat yang Zach takkan kembali.

"Sorry. Aku tak patut . . ."

"Nah. It's okay. Sekurang-kurangnya, kau ingatkan aku yang aku pernah rasa bahagia dulu. Mungkin sekarang, rasa bahagia tu akan muncul semula."kata Raysha sambil tersenyum nipis.

*****
Assalamualaikum. Alhamdulillah presentation selesai. Terima kasih pada yang sudi doakan saya berjaya. Saya doakan semua reader saya turut berjaya juga. Last but not least, keep reading, voting and comment.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now