Bab 12

5.8K 195 6
                                    

"Kamu buat apa?!"tanya Nek Tijah dengan nada marahnya. Dia memandang cucunya yang sedang menggarukan kepalanya sambil menunduk. Langsung tak terbit rasa bersalah ke pada dirinya apabila mencederakan orang lain?

Raysha diam. Ni lah masalahnya. Suka sangat bercerita dengan neneknya. Sedang seronok bercerita, boleh pulak dia terlepas cakap dia tercederakan orang. Ter okey. Nampak sangat dia tak sengaja. Tapi dia tahu neneknya itu takkan terima alasannya.

"Raysha tak sengaja lah nek. Lagi pun Raysha dah minta maaf dah."kata Raysha dengan muka monyoknya. Mestilah monyok. Kena marah kut.

Nek Tijah memandang tajam ke arah Raysha. Menjawab je kerjanya. Dengan tidak semena-mena, tangannya laju sahaja menarik telinga cucunya yang kuat menjawab itu. Geram dia melihat muka tak bersalah cucunya.

"Sakit nek!"kata Raysha dengan nada yang agak kuat. Telinganya sakit ditarik oleh neneknya. Neneknya ni, kalau ye pun marah, janganlah tarik telinga. Sakit!

Nek Tijah melepaskan tarikan pada telinga Raysha."Sekarang ni, kamu pergi rumah Pak Leman. Pergi minta maaf dengan Imran."arah Nek Tijah sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah pintu utama.

Raysha menggosok-gosok telinganya. Mesti merah dah. Apalah nenek ni! Sakit tau.

"Tapi nek. Tak elok lah nak pergi rumah orang tengah-tengah hari buta ni. Lagipun Raysha dah minta maaf tadi kan. Nenek ni tak dengar pula."kata Raysha sambil tangannya tak henti-henti menggosok telinganya. Tarikan neneknya kuat betul. Nasib baik tak tercabut telingannya.

Nek Tijah menjegilkan matanya ke arah cucunya. "Ada dia cakap dia maafkan kamu? Hmm?"tanya Nek Tijah sambil memandang Raysha. Dia tahu perangai cucunya bagaimana. Asalkan dah cakap minta maaf sudahlah. Bukannya menanti orang tersebut maafkan dia.

Raysha diam. Tadi Imran hanya cakap hmm je. Bukan maksudnya dia maafkan ke? Raysha menggelengkan kepalanya ke arah Nek Tijah.

"Dia cakap hmm je."kata Raysha dengan bendulnya. Kemudian dia menepuk dahinya. Mengapalah dia beritahu neneknya tentang itu? Pasti neneknya akan memaksanya untuk pergi ke rumah Imran.

"Nenek tahu. Sesiapa pun memang akan cakap hmm je. Kamu pun satu. Cubalah sopan sikit. Ni sampai cedera si Imran tu kamu buat."bebel Nek Tijah. Dia tahu tenaga cucunya itu boleh dikira kuatlah jugak sebab dari kecil dia telah diajar untuk mempertahankan diri.

"Bukan salah Raysha sorang je nek. Dia pun salah. Yang dia muka dia betul-betul depan Raysha tu kenapa? Kan tak pasal-pasal dia kena tolak."kata Raysha selamba. Betul apa yang dia cakap. Bukan salahnya seorang je. Dua-dua salah.

Dengan tidak semena-mena Nek Tijah menarik sekali lagi telinga cucunya. Menjawab lagi.

"Ahh!! Sakit nek."kata Raysha apabila neneknya menarik telinganya. Neneknya ni. Tak boleh silap cakap sikit. Laju je tangannya itu bergerak.

"Nenek cakap apa tadi?"tanya Nek Tijah sambil tangannya masih tak melepaskan tarikan pasa telinga Raysha. Ni je pengajarannya pada cucunya yang degil ni.

"Pergi minta maaf dekat dia. Sekarang."balas Raysha sambil cuba melepaskan tarikan neneknya pada telingannya. Bila nak lepas ni?

Nek Tijah melepaskan tarikannya. Puas hatinya apabila melihat cucunya yang seperti mengalah dengannya. Dia menarik senyum nipis.

"Nanti bawa makanan sekali. Nenek ada masak lebih tadi."kata Nek Tijah sambil mula berlalu ke arah dapur. Dia ingin membungkuskan sesuatu untuk Imran.

"Nek, kejap lagi Raysha nak hantar makanan kat atok lah. Mana boleh pergi rumah dia."kata Raysha apabila dia teringat akan atoknya yang masih berada di kebun. Mesti atok dah kelaparan.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now