Bab 11

5.9K 184 1
                                    

"Ahh!!"jeritan Imran memenuhi ruang bilik tersebut. Imran mengetap giginya. Geram betul dia dengan Raysha. Disebabkan perempuan tersebut, dia terpaksa menahan sakitnya.

Pak Leman menggelengkan kepalanya apabila mendengar Imran menjerit. Ini bulan lah kali pertama, Imran menjerit. Dah nak dekat naik pekak telinganya mendengar cucunya itu menjerit.
"Tahan lah sikit."kata Pak Leman. Dia tahu yang cucunya itu sedang sakit. Tapi tak payah lah nak jerit bagitahu semua orang yang dia sakit. Tak macho lah!

"Sakit, tok. Im bukan main-main tau."kata Imran sambil memejamkan matanya apabila tangan Pak Leman mengurut pinggangnya yang sakit.

"Atok tau sakit. Tapi agak-agak lah nak menjerit pun. Malu je orang dengar. Kamu tu lelaki."kata Pak Leman sambil tangannya tak henti-henti mengurut cucunya yang kesakitan.

"Ala atok ni. Dah memang sakit. Takkan lah orang tak boleh nak faham pulak."kata Imran dengan nada jengkelnya. Dia peduli apa kalau orang dengar dia menjerit, suka hati dia lah! Mulut dia.

Pak Leman hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar kata-kata cucunya. Cucunya yang seorang ni memang berbeza dengan abangnya. Sangat berbeza. Kalau Irfan, dia sangat menjaga hati orang sekelilingnya manakala Imran hanya tahu menyakitkan hati orang sekelilingnya. Tapi walau apapun, dia takkan pernah menbezakan kasih sayangnya kepada si abang atau si adik.

"Kamu buat apa sampai sakit macam ni? Kamu jatuh kat mana ni?"tanya Pak Leman. Dia perasan baju cucunya itu langsung tak de kesan kotoran. Di mana pulak Imran boleh jatuh sampai pinggangnya sakit sebegini.

Imran mendengus kasar mendengar kata-kata atoknya. Ni semua salah Raysha. Kalau Raysha tak tolak tadi,takde maknanya dia nak sakit macam ni. Kalau tolak perlahan, okey lagi. Ni macam tolak apa tah.

"Entah orang gila mana lah tolak Im tadi. Hee . . . Kalau ikutkan hati Im tadi, memang habislah perempuan tu. Selamba dia je tolak Im."kata Imran dengan nada tak puas hatinya.

Pak Leman mengerutkan dahinya. Ada orang gila ke kat kampungnya ini? Tak pernah pulak dia dengar.

"Jadi yang tolak kamu tadi perempuan?"tanya Pak Leman. Setahunya, tak de lagi perempuan yang ganas kat kampung ni. Semuanya baik-baik ke. Ke cucunya ini buat cerita?

"Haah. Perempuan gila."kata Imran lalu bangun dari pembaringannya setelah Pak Leman selesai mengurutnya. Dia meregangkan badannya sebelum duduk dengan selesa. Terasa ringan sedikit badannya setelah diurut oleh atoknya. Atoknya memang pakar dalam mengurut orang. Baru sahja dia ingin menyambung percakapannya, kedengaran orang mengetuk pintu. Imran cepat-cepat mencapai bajunya yang diletakkan di tepi bantalnya sebelum memakainya.

Wani masuk setelah Pak Leman mengizinkannya untuk masuk. Dia meletakkan dulang yang berisi makanan di hadapan Imran.

Imran sempat mengerling ke arah Wani yang pada masa yang sama memandang ke arahnya. Imran cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain. Dia menyampah melihat muka bahagia Wani. Baginya, Wani juga salah kerana mengkhianatinya.

"Atok dengan Im makanlah. Wani ada masakkan nasi lemak. Ni air teh pun ada."kata Wani lembut sambil menghidangkan air teh kepada Pak Leman dengan Imran.

"Macam sedap je nasi lemak yang Wani masak ni."kata Pak Leman sambil menghirup air di dalam cawan.

Imran mencebik. Masaklah sangat! Ingat dia tak tahu yang sebenarnya Wani itu tak pandai masak. Entah-entah abangnya yang masak nasi lemak ni. Abangnya itu kan pandai masak. Lepas tu, bini dia pulak yang amik nama. Huh!

Wani yang perasan dari tadi Imran seperti termenung menegur.

"Im tak nak rasa masakan akak?"kata Wani sambil memandang Imran yang sedikit tersentak dengan tegurannya.

Imran memandang Wani sebelum menjeling kepadanya. Sesuka hati kau je nak gelarkan diri kau akak?!

"Tak lapar."kata Imran dengan nada berlagaknya. Walaupun dia lapar, dia takkan sesekali menyentuh makanan yang disediakannoleh perempuan tersebut.

Pak Leman perasan ada sesuatu antara Imran dan cucu menantunya. Imran seolah-olah mengelak dari bercakap dengan Wani.

"Im, rugi tak makan ni. Sedap."kata Pak Leman menguji. Dia tahu, cucunya itu suka sangat makan nasi lemak.

"Atok makanlah. Im takde selera."kata Imran. Dia langsung tak terasa nak makan makanan yang dihidangkan Wani.

Wani menunduk. Dia tahu Imran marah dan kecewa dengannya. Tapi kalau sampai makanan yang dihidangkannya pun Imran tak mahu makan, nampak benar Imran dah mula membencinya. Wani menahan air matanya dari mengalir.

"Wani keluar dulu lah. Atok dengan Im jangan lupa makan."kata Wani sebelum dia cepat-cepat keluar dari bilik tersebut. Tak tahan dia melihat Imran langsung tak mahu memandang mukanya. Benci sangatkan Imran kepada dirinya?

Pak Leman hanya mengangguk. Dia melihat Imran yang masih lagi termenung. Apa benda lah yang dia menungkan tu?

"Tak baik termenung depan rezeki."nasihat Pak Leman. Dia perasan yang Imran agak suka termenung sejak dia balik ke kampungnya ni. Dia pun tak tahu apa yang difikirkan lelaki muda tersebut.

Imran memandang muka atoknya sebelum memandang nasi lemak yang dihidangkan Wani sebentar tadi.

"Atok makanlah semua ni. Im tak lapar. Im mengantuk."kata Imran lalu dia bangun menuju ke katilnya. Dia terus merebahkan dirinya ke atas katilnya. Dia sebenarnya bukan mengantuk pun. Dia cuma tak mahu atoknya melihat dia seperti termenung jauh.

Pak Leman hanya melihat perlakuan cucunya. Pelik. Lepas sahaja Wani keluar, Imran terus termenung. Setelah itu, dia bangun dari duduknya dan baring di atas katil. Langsung dia tak menyentuh makanan yang dihidangkan. Jangankan makanan, minum air teh pun tak.

Pak Leman bangun dari duduknya sebelum keluar dari bilik Imran dan menuju ke dapur untuk mencuci tangannya yang berminyak. Baru sahaja dia hendak mencuci tangan di singki, dia terdengar suara tangisan seseorang. Dia mula menjenguk ke luar dari tingkap. Dia melihat Wani sedang menangis sambil mengelap matanya. Apa yang dah jadi dengan dua orang ni? Getus Pak Leman di dalam hati.

Selesai sahaja mencuci tangannya, Pak Leman terus berlalu dari situ. Tak mahulah dia dituduh mengintip orang pulak. Nanti tak pasal-pasal dia pun terbabit sekali dengan masalah yang dihadapi Imran dan Wani. Pandai-pandailah mereka menyelesaikan masalah sendiri. Dua-dua dah dewasa, bukan kanak-kanak lagi. Tapi kalau mereka berdua memerlukan nasihat, dia pasti akan memberinya dengan senang hati.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now