Bab 58

6.4K 247 9
                                    

Raysha meletakkan mangkuk kaca tersebut di atas meja. Dia melihat keadaan meja tersebut sebelum menggeleng. Bukan main banyak makanan yang dia masak. Ada mi kari, spagetti bolognese, kek cawan, cendol dan lain-lain. Dah macam nak bukak kedai makan pulak. Semuanya ni atas arahan Imran yang katanya tak best kalau ada majlis satu jenis makanan je.

Raysha mendengus. Bukannya Imran menolongnya pun. Penat dia sorang-sorang masak. Dah lah nak macam-macam. Ingatkan Imran nak tolong dia, sekali Imran boleh pulak keluar rumah lepas sahaja 'order' semua makanan. Ingat ni kedai ke apa?

Bunyi dehaman membuatkan Raysha mengalihkan pandangannya ke arah tangga. Imran sedang turun tangga sambil memerhatikannya. Baju kemeja biru Imran memang membuatkan Imran nampak agak berketrampilan. Raysha terus memerhatikan Imran.

"Kau tengok apa?"tanya Imran di hadapan Raysha sebelum membetulkan bajunya. Dia lihat, pakaiannya sebelum melihat Raysha kembali.

Raysha menggeleng. Dia melihat pakaiannya. Dia masih memakai baju yang sama dari pagi tadi. Dia belum sempat mandi lagi sebab terlalu sibuk di dapur. Raysha berjalan ke arah biliknya yang berada di dapur. Sejak dia balik hospital, dia masih duduk di bilik tersebut.

"Raysha."panggil Imtan membuatkan Raysha berpaling ke arahnya.

"Jangan pakai baju pelik kau tu. Pakai baju yang aku letak kat katil."kata Imran. Dia terus berlalu meninggalkan Raysha yang masih terjegat di situ.

Raysha berjalan ke arah biliknya. Dia mula mengambil tuala di ampaian lalu bergerak ke arah bilik air.

***
"Happy birthday, bro."kata Zafuan  sambil melagakan penumbuknya dengan Imran.

Akmal dan Farish hanya memandang dua sahabat tersebut. Mereka berdua dah datang lagi awal dari Zafuan.

"Thanks."kata Imran sambil tersenyum.

Zafuan melihat kiri dan kanan Imran. Mana bini dia ni?

"Kau cari apa?"tanya Imran apabila kawannya tak habis-habis melihat kiri dan kanan.

"Bini kau mana? Tak nampak pun. Haih! Takkan gaduh?"kata Zafuan dengan nada memerli. Biasanya dia tengok kalau pengantin baru ni, asyik melekat je. Ni tak.

"Bini aku ada kat dalam. Kau cari dia kenapa?"tanya Imran pelik. Tak pernah-pernah Zafuan mencari bininya, tiba-tiba hari ni mencari pulak. Dah kenapa?

"Tak adalah. Bini kau tu kan cantik. Manalah tahu kena kebas dengan orang."kata Zafuan selamba.

Farish yang sedang minum air terbatuk-batuk mendengar bicara kawannya. Dia melihat muka Imran yang mula cemberut. Mesti panas hatilah tu dengan kata-kata Zafuan.

"Bini aku memang cantik. Tapi dia milik aku. Kau jangan nak mengada-ngada nak menggatal dengan dia."kata Imran tegas. Dia tidak suka apabila ada lelaki yang memuji isterinya. Entah kenapa dia rasa marah.

"Ada orang cemburu."kata Farish lalu meletakkan cawannya di atas meja. Dia bangun dari duduknya lalu mendekati Imran.

"Kalau cemburu cakap jelah. Buang ego kau tu jauh-jauh. Cakap je yang kau suka dia."kata Farish sambil menepuk bahu Imran. Dia tahu kawannya itu bengan dengan kata-katanya.

Imran menjeling Farish. Suka hatilah nak cemburu ke apa ke. Sibuk je.

"Oh ya. Macam mana dengan plan balas dendam? Jadi ke?"tanya Zafuan tiba-tiba. Dia tiba-tiba teringat perbualan mereka apabila dia berjumpa dengan Imran selepas Imran akad nikah.

"Kau . . ."

"Jadi apanya kalau hati dia dah jatuh suka? Ye tak?"kata Farish mengusik. Dia tahu kawannya itu dah jatuh hati dengan Raysha. Tapi ego nak mengaku.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now