Bab 10

7.1K 254 7
                                    

Kasut sukan yang berada di rak kasut diambil lalu dipakai oleh Raysha. Raysha mula mengetatkan tali kasutnya supaya tak terbuka apabila dia sudah memulakan perjalanan nanti. Sedang, Raysha sibuk mengikat tali kasutnya, tiba-tiba dia terdengar suara nenek nya memanggilnya.

"Ye nek. Raysha kat depan ni."balas Raysha sambil tangannya masih lincah mengikat tali kasut.

Nek Tijah mendekati Raysha yang sedang mengikat tali kasut. Dia melihat pakaian yang dipakai oleh cucunya.

"Raysha nak pergi mana? Gelap lagi ni."kata Nek Tijah sambil melihat langit yang masih gelap.

Raysha memandang neneknya sambil mengerutkan dahinya. "Nenek ni. Kan Raysha cakap Raysha nak jogging lepas subuh. Nenek ni boleh lupa pulak."jawab Raysha lalu bagun dari duduknya. Dia melihat pakaiannya dari atas sampai bawah. Perfect!

Kini giliran Nek Tijah pulak mengerutkan dahinya. Dia langsung tak ingat yang cucunya ada memberitahu nya tentang itu. Bila masa pulak Raysha cakap ni?

"Raysha ada bagitahu nenek ke? Rasa macam tak de je."kata Nek Tijah sambil meletakkan jari telunjuknya di kepala. Nampak benar yang dia sedang memikirkan sesuatu.

"Ada lah nek. Lepas makan malam tadi. Nenek ni lupa pula."omel Raysha. Seingatnya memang dia sudah memberitahu neneknya tentang pemergiannya pada pagi ini.

Nek Tijah tersenyum sinis. "Ye ke? Bukan malam tadi nenek duduk bilik ke lepas makan?"tanya Nek Tijah. Dia sungguh yakin yang cucunya itu tidak memberitahunya apa-apa.

Raysha mula mengingati kejadian malam tadi. Lepas makan, dia duduk di biliknya sebelum ke ruang tamu. Dia ada bersembang dengan atoknya tentang keadaan ayahnya yang dimasukkan hospital kerana serangan jantung. Kejap! Atok! Dia beesembang dengan atoknya bukan neneknya.

Raysha tersengih lalu menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia lupa dia ada memberitahu atoknya yang dia mahu pergi jogging pagi ini.

"Haah lah. Raysha cakap dengan atok, bukan nenek."balas Raysha. Dia langsung tak ingat masa mula-mula tadi. Dia baru teringat. Lepas sahaja makan, neneknya terus masuk le dalam bilik kerana mengantuk. Dia tahu neneknya itu memang biasa tidur awal. Jadi, tinggal dia dan atoknya sahaja lah bersembang.

"Hah! Tulah. Asyik makan semut je. Tu yang cepat lupa. Nenek yang tua ni yang ingat."perli Nek Tijah.

"Alah nek. Sorry lah. Bukan sengaja."kata Raysha lagi sambil memeluk neneknya yang sudah bermasam muka. Tahu yang neneknya geram dengannya yang suka kata neneknya itu pelupa.

"Yelah."kata Nek Tijah sambil melepaskan pelukan Raysha. Pelukan Raysha yang agak kuat itu membuatkannya susah bernafas.

Raysha melepaskan pelukan. Dia memandang neneknya sambil tersenyum melihat neneknya yang mengambil nafas. Apabila neneknya sudah reda dia mula menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan neneknya.

Nek Tijah menyambut salam Raysha."Ni nak balik bila ni?"tanya Nek Tijah sambil memandang Raysha yang mula memasang earphone ke telinganya.

"Dalam dua tiga pusingan, Raysha balik lah."balas Raysha. Dia sebenarnya sudah lama tidak bersenam. Rasanya dah banyak lemak berkumpul ni. Tu yang tiba-tiba dia mahu berjogging.

"Dua tiga je. Lemak dah lah banyak. Buat sepuluh pusingan."arah Nek Tijah sambil memandang cucunya yang sudah pucat mukanya.

Raysha diam. Sudah! Sepuluh pusingan? Memang gila. Mahu dia pengsan dekat jalan semasa pusingan ke lima.

"Mana ada lemak, nenek ni."balas Raysha sambil menilik badannya yang masih ramping. Macam ni nenek kata banyak lemak? Isk!

"Tak kira. Sepuluh pusingan. Kalau tak jangan masuk rumah."kata Nek Tijah lalu masuk ke dalam rumahnya, meninggalkan Raysha yang sedang mengetap giginya. Dia tahu yang cucunya itu takkan membantah cakapnya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now