Bab 2

10.4K 353 2
                                    

Basikal tua itu dikayuh dengan laju oleh Raysha.Sambil-sambil itu matanya melihat jam di pergelangan tangannya. Alamak! Dia dah lambat. Ni semua salah neneknya. Kalau neneknya tak ajak dia bercerita, pasti dia tak akan lambat untuk menghantar makanan kepada atuknya.

Sedang dia mengayuh tiba-tiba ada sebuah kereta yang ingin masuk ke satu simpang di depannya. Raysha yang terkejut terus membelokkan basikalnya ke arah tepi. Malang tak berbau, dia tidak sempat menekan brek basikalnya dan basikalnya terus jatuh menghimpapnya.

"Ahhhhh!!!"jerit Raysha apabila basikalnya menghimpapnya.

Kereta yang hendak masuk ke simpang itu terus memberhentikan keretanya. Terkejut dia melihat orang yang menaiki basikal itu jatuh.

Pemandu kereta tersebut terus keluar dari kereta. Dia melihat Raysha yang sedang menolak basikalnya ke tepi.

"Kau ni buta ke? Tak nampak kereta aku nak masuk kat simpang tu!?"marah lelaki tersebut.

Raysha mengetap bibir. sesuka hati je orang yang berada di depannya itu nak memarahinya. Namun disabarkan hati supaya tidak memarahi orang di depannya.

Lelaki tersebut membuka cermin matanya. Dia melihat Raysha dengan tajam. Permpuan ni bisu ke ape? Dia marah, perempuan tu boleh buat derk je?

"Kau ni bisu ke? Tak dengar apa yang aku cakap?"kata lelaki itu lagi. Dia paling pantang kalau orang tak menjawab soalan dia.

Raysha diam. Dia berusaha berdiri dengn segala kudratnya yang ada. Dia mendekati mangkuk tingkat yang telah terbuka isinya. Sayangnya lauk ni. Habis tumpah. Dia mengangkat mangkuk tingkat yang bertabur lalu diletakkan di bakul basikalnya.

Raysha bergerak ke arah basikalnya dengan terjengkit-jengkit. Sakit kakinya sekarang ni hanya Allah sahaja yang tahu. Baru sahaja dia hendak menaiki basikalnya ada tangan yang menarik lengannya.

"Hoi, kau ni pekak ke?!"marah lelaki tersebut.

Raysha merentap lengannya daripada pegangan lelaki tersebut. Dia memandang tajam lelaki tersebut sebelum menolak basikalnya ke arah jalan yang lebih rata.

"Nampaknya kau ni bukannya buta je malah pekak dan bisu. Heh!! Aku tak hadaplah nak dengar suara kau."kata lelaki tersebut.

Raysha yang mendengar buat bodoh je dengan kata-kata lelaki tersebut. Tipulah kalau dia tak terasa dengan apa yang dikatanya oleh lelaki tersebut. Tapi, dia malas mengambil tahu.

Sedang dia menolak basikalnya ke arah yang lebih rata, ada sebuah kereta muncul di hadapannya. Raysha mengangkat mukanya memandang kereta tersebut. Dia macam kenal saja orang yang berada di kereta tersebut.

"Astaghfirullah. Raysha kenapa ni?"tanya Irfan sebaik sahaja dia keluar keretanya.

Raysha menggeleng. Malas mahu menceritakan apa yang terjadi kepada dirinya.

Irfan memandang Raysha. Dia tahu Raysha tak nak cerita apa yang berlaku. Dia memandang lelaki yang sedang memandang ke arahnya dengan Raysha.

"Im, kenapa ni?"tanya Irfan kepada adiknya yang dari tadi memandang ke arahnya.

Imran hanya mengangkat bahunya sebelum bergerak ke arah keretanya semula. Malas dia nak bersoal jawab dengan abangnya. Nanti banyak pulak yang ditanyanya. Dia terus berlalu dengan keretanya.

Irfan hanya menggeleng melihat kelakuan adiknya. Dia tahu adiknya masih marah dengannya. Bukan dia tidak tahu, dari riak muka adiknya sahaja dia boleh tahu yang adiknya itu berdendam dengannya.

Irfan memandang Raysha yang sedang menahan kesakitan. Dia menjadi kesian melihat muka Raysha yang berkerut-kerut.

"Raysha, jom abang hantar pergi klinik."kata Irfan dengan lembut.
Raysha menggeleng. "Takpelah abang Ir. Raysha okey. Sikit je ni."kata Raysha lembut. Dia tidak mahu Irfan bersusah payah menghantarnya ke klinik. Dah lah klinik jauh ke pekan sana.

"Tapi Raysha sakit ni. Jom, abang hantar."pujuk Irfan lagi. Dia tidak sampai hati melihat Raysha sakit.

"Tak pelah. Tak sakit sangat pun."balas Raysha. Dia memang tak nak pergi klinik.

Irfan menghembuskan nafas kasar. Raysha memang keras kepala. Macam mana lagi dia hendak pujuk Raysha.

"Kalau Raysha tak nak abang hantar ke klinik, abang hantar Raysha balik rumah."kata Irfan lagi.

"Tak payah. Raysha okey lah. Bukan sakit sangat pun."balas Raysha.

Irfan memandang Raysha sebelum pergi ke arah keretanya dan mematikan enjin. Setelah itu dia mendekati Raysha dan menarik basikal Raysha dari pegangan Raysha.

Raysha sedikit tersentak apabila ada yang merebut basikalnya dari dirinya. Dia memandang Irfan. Meminta penjelasan.

"Kalau Raysha tak nak abang hantar ke klinik, tak pe. Abang hantar Raysha ke rumah."kata Irfan sambil menolak basikal Raysha dan meninggalkan Raysha yang masih berdiri di belakangnya.

Raysha mengetap giginya. Dia mendekati Irfan dengan terjengkit-jengkit. Geram pula dia dengan orang yang tidak mendengar kata-katanya.

"Kan Raysha dah . . ."

"Macam mana Raysha tak nak dengar kata abang, macam tu abang tak nak dengar kata Raysha."kata Irfan selamba sambil tersenyum melihat Raysha yang tengah bengang dengannya.

Raysha mendengus kasar. Nak tak nak dia terpaksa mengikuti Irfan yang sudah ke depan. Tapi dalam hati sempat lagi dia mengutuk Irfan yang tidak mahu mendengar kata-katanya.

Irfan tersenyum. " Sudah-sudahlah tu kutuk abang. Tak baik tau menghalang niat baik seseorang."kata Irfan lagi.

Raysha menjulingkan matanya. Ada dia kisah?

Dalam diam sempat Irfan memuju. Comelnya.

Bahagia Yang Tertangguh Where stories live. Discover now