Chapter 31

16.8K 726 187
                                    


Sudah setahun 2 bulan umur Haikal dan kami berempat sudah di bumi Maldives kerana menemani Harraz ke sebuah persidangan di sini.Sampai juga aku disini dan ini hadiah buat Haikal kerana usianya sudah mencapai setahun hadiah daripada Harraz.

Aku dan Mak Leha leka mengemas barang barang dan mengeluarkan pakaian dari bagasi.Harraz pula sibuk bermain dengan si kecil.Haikal sudah boleh menyebut

Bah...bah....ba....bah..

Dan Harraz sangat teruja dengannya.Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka berdua.

"Mak Leha,mak Leha nak tidur bilik mana?"tanyaku.

"Mana mana lah,besar apartment dalam hotel ni kan."kata Mak Leha.

"Yala kan"kataku melihat ke arah keluar tingkap.

"You,you nak apa apa tak?"tanyaku pada Haraz.

"Nak kopi macam selalu."kata Harraz tersenyum padaku.

Aku membuat secawan kopi dan Haikal sedang tidur dalam dakapan Harraz.

Aku tersenyum melihat mereka berdua.

Haikal,Haikal.

****

Tiada kata kata yang dapat menggambarkan hati dan perasaan aku tatkla dapat mendengar Haikal memanggil Harraz

" bah....bah...ba....bah..."

Harraz tersenyum pada Haikal.

"Haikal sebut babah."dan dia menghadiahkan ciuman dan memeluk erat Haikal.Haikal sudah pandai berjalan semasa umurnya 11 bulan.Gigih Harraz bermain dengannya setiap hari.Sampaikan Haikal sangat suka tidur bersama Harraz.Kalaulah Haikal tahu yang itu bukan ayah kandungnya.

Apa yang harus aku lakukan?

Masih berstatus isteri orang dan tinggal bersama adik iparku.Mujurlah ada Mak Leha dan mujurlah hubungan kami ada batasnya.Apa harus aku lakukan?

Dengan dibantu Harraz ,aku sudah menjadi Anis yang kembali ceria.Jika tiada Harraz,mungkin aku sudah menjadi arwah sekarang dan Haikal mungkin tidakkan terlahir .

****
"Anis,you nak ikut i ke petang nanti?"tanya Harraz.

"Pergi mana ?"tanyaku.

"I ada jumpa klien petang nanti .Mana tahu you nak ikut i nak ambil gambar ke apa ke?"katanya.

"Boleh ke?I ikutlah."kataku.

Dengan bantuan Harraz juga aku kembali kepada kerjaku.Bukan secara terbuka,aku akan mengambil gambar pemandangan dan sebagainya .Aku akan menjualnya kepada majalah majalah secara peribadi .Harraz banyak kawan kawan perniagaan yang banyak membantu aku untuk mencari klien.Dan dengan itu juga aku ada pendapatan sendiri.Jika tidak,malulah aku kerana hanya mengharapkan Harraz sahaja walaupun Haikal dari dalam perut lagi sudah ditanggung Harraz walaupun pada hakikatnya Harraz yang menanggung kami semuanya.

****

Selama 3 hari persidangan,kami bertiga Mak Leha banyak menghabiskan masa bersama sama.Kadangnya ada juga Harraz minta kami bertiga keluar dari bilik.Namun mak Leha menolak kerana kakinya sakit.Oleh itu,pada hari keempat Harraz membawa kami berdua Haikal berjalan jalan.

"You,cepatlah siap."kata Harraz dari luar.

"Kejap."kataku menyarungkan jaket kelabu dan mengenakan lipstick merah di bibirku dari dalam bilik.

"Haikal dan i dah siap.Lamanya mummy Haikal ni."kata Harraz.

"Mi.....mi....."kata Haikal dari luar mengetuk ngetuk pintu bilikku.

Cinta Anis (Complete)Where stories live. Discover now