Chapter 21

18.8K 535 129
                                    

Aku lihat jam  menunjukkan pukul 6 petang.

Aku bergegas ke bilik mandi untuk solat namun

bendera merah.

Aku menghela nafas .

Okey,masalahnya,mana aku ada pad ni?

Aku berjalan mengepit kakiku ke bilik.Aku lihat Harris tiada.

Mana Harris.Aku lihat dia sedang minum di dapur .

"Harris,boleh minta tolong tak?"tanyaku.

"Kau nak apa?"tanyanya.

"Saya ada masalah sikit."kataku dengan mukaku yang menunjukkan ketidakselesaan yang teramat.

"Kau period kan?"katanya .

Aieshhhh,mana dia tahu ni.Aku bocor ke?

Aku menganggukkan kepala.

"Aku dah suruh budak aku pergi beli tadi."katanya.

"Macam mana awak tahu?"tanyaku.

"Aku tahu? Aku kenal kau Anis.Kenal sangat.Kau betul betul sakit.Kau tak sakit.Aku tahu okey,yang kau pergi klinik hari tu kau tak sakit kan.Aku tahu Anis."katanya.

Tersentap pula aku mendengarnya.

"Sakit lah."kataku.

"Kalau nak tengok kau sakit aku pasti,esok kau sakit."katanya.

Lama lama berbalah lidah dengan dia boleh jadi gaduh alamatnya.

Malas aku nak melayannya lagi.

"Saya pergi ke dalam dulu ya"kataku.

Naik geram juga sebenarnya.

****
Keesokan harinya aku sukar untuk bangun.Senggugut aku sangat teruk kali ini.Mungkin bulan lepas period ku agak sikit.

Sepagi pagi ini aku kesakitan.Sukar untuk aku bangun.Rasa mahu putus sahaja pinggang angkara senggugut ini.

Aku mencuba menutup mata.Semoga kesakitan ini dapat beransur hilang.

"Anis,anis.Bangun Anis."

Aku membuka mata.

"Aku fikir kau pengsan tadi Anis.Kau okey tak?"kata Harris.

"Tak okey."kataku.

"Nah,minum ni"katanya menghulurkan teh halia padaku.

Aku minum perlahan lahan.Aku baring semula tanpa mempedulikan Harris.

Terasa seseorang menyelak bajuku.

Namun aku tidak mempedulikan semua itu.

Terasa seseorang mengurutku di pinggang.

Pedulilah,aku mahu berbaring dengan selesanya.

Seronok juga diurut sebegini.

****

Aku bangun dengan perasaan yang sangat segar hari ini.

Mana Harris ya?Tidak nampak pun kelibatnya .

Aku baru habis dari mandi.Baru sahaja betul betul keluar dari bilik mandi.

"Anis."katanya.

"Hah"kataku terkejut.

"Nah,pakai baju ni"katanya mencampak sehelai dress padaku.

"Ok."kataku.

"Pakailah."katanya.

Aku masih terkaku.

"Pakailah."katanya.

Aku mengambil dress itu dan masuk semula ke dalam bilik mandi.

Aku pakaikan pakaian itu.Dress paras bawah lutut dan tahu pula size aku dengan baik.Aku menyikat rambutku yang masih basah.

Tik tok.tik tok

"Anis."

Aku segera keluar.

"Apa?"kataku..

"Dah siap ke?"tanyanya.

"Dah."kataku menuju ke ruang tamu.

"Anis."

Harris memandangku.

"Apa ."kataku.

"Dah siap ke?"tanyanya.

"Siap apa lagi"tanyaku.

"Siaplah,dah,dah la tu.Kita pergi sekarang"katanya.

Aku masih keliru.Apa sebenarnya dimahukan Harris.Lenganku ditarik dan kami berdua terus keluar dari kereta.

Harris memandu tanpa mempedulikan aku.

"Awak nak bawak saya pergi mana?"tanyaku.

"Diam."katanya.

Malaslah aku kalau dia sudah berkata sedemikian.Hujungnya masih juga tiada jawapan aku perolehi.

Harris membawa aku ke Pavilion.Aku rasa seperti di dunia yang menggembirakan.Cepat cepat aku masuk ke dalam butik.Indahnya.Inilah yang aku rindui.

****

Aku keletihan dan duduk di suatu sudut di kafe .Harris mengarahkan agar aku menunggu sebentar.Aku setia menunggu.

Kelihatan Harris dari jauh datang membawa satu beg kertas jenama mahal. Sempat juga mamat ni.

Beg aku dipenuhi dengan pakaian baru.Seronoknya diberi peluang mencantikkan diri.

Aku ingat lagi pesannya.

"Kau mesti ikut apa aku nak lepas ni Anis."

Selepas makan tadi,kami berdua balik semula ke kondo.Aku keletihan.Seronoknya aku rasa.Hari ini sangat puas buat aku.Harris masih terbaring .Semenjak dia menemuiku,dia tidak banyak bercakap dengan aku.Masih kurang rasa hati dan perasaan nya pada aku mungkin.Mana taknya aku pernah meninggalkannya dulu.Harris masih dingin pada aku .Walaupun mulut aku sangat petah bertanya macam macam dengan Harris,dia masih juga dingin pada aku.Aku tahu dia menunaikan keinginan keinginan aku, tapi aku masih belum menunaikan tanggungjawab aku sebagai isterinya.

Harris tidak pernah datang tangan padaku .Hari itu sahaja aku lihat dia sangat marah,namun dia hanya melepaskan dari tutur bicaranya.Mungkin tiada lagi abang atau sayang yang hadir dari bibirnya,tapi aku bersyukur dia masih memenuhi permintaan aku.

Aku tersedar dari lamunan.

"Anis,aku ada perkara nak cakap dengan kau."katanya.

"Apa?"kataku.

"Anis Zulaikha,nah"katanya.

Dia menyerahkan aku satu dokumen.

Aku buka perlahan lahan.

"Hah!"

Dihadapanku dokumen permohonan untuk berkahwin dua.Apa Harris?

"Aku akan berkahwin lagi Anis dalam 1 bulan"katanya.

"Aku sebenarnya sebelum jumpa kau tempoh hari memang  nak berkahwin lain.Tapi memandangkan kau datang pada masa yang tepat,baik aku berterus terang" katanya.

Hatiku rasa berdegup kencang,Harris kali ini kau akan madukan aku secara terang terangan.Tapi aku lihat nama nya bukan nama Rina tapi namanya lain.Zakira Elyana.Siapa lagi ni? Mana Rina ?

Cinta Anis (Complete)Where stories live. Discover now