Chapter1

64.7K 616 10
                                    


   Aku Anis Zulaikha , seorang Photographer Professional, seorang artistik yang cintakan gambar alam semulajadi.Aku jurugambar untuk majalah maskulin lelaki,majalah kewanitaan dan menjadi jurugambar untuk model.Aku juga mengambil job job luar selain dari kebiasaan ku.Hasil kerjaku sangat teliti,sebut sahaja dari detail apa pelanggan nakkan,aku akan cuba penuhi permintaan mereka. AKu berkecimpung dengan kerja ini sejak 8 tahun yang lalu.Dahulu aku bekerja di syarikat penerbitan,tapi selepas itu razekiku semakin luas.Aku bekerja sendiri kerana jadual kerjaku tidak tetap.Kadang kadang aku harus balik lewat.


Memandangkan aku masih single , aku suka mengambil kerja kerja lain.Contohnya mengambil photoshoot baby dan perkahwinan.Jika ditanya siapa kekasihku, aku ada Zick.Zick ialah lelaki yang aku kenali semasa aku bekerja di syarikat penerbitan dahulu. Dia merupakan penerbit untuk sebuah rancangan tv dan seorang yang sibuk orangnya.Kadang kadang dalam sebulan adalah 3 kali sahaja aku menemuinya.Aku tahu Zick seorang yang baik, namun untuk berkahwin ,masih jauh lain perjalanan kami memandangkan Zick maish fokus pada kerjayanya .


Dari Semenanjung Malaysia ,hingga Sabah dan Sarawak ,hingga ke Brunei dan Singapura, menuju ke Indonesia semuanya aku pergi.Aku sangat meminati kerjaku ini,hingga mama dan papa sangat risau akan aku.Mereka mahukan aku berkahwin,usiaku sudah 29 tahun, mereka mahukan cucu kerana abangku dan isterinya masih belum mempunyai cahaya mata lagi.Adikku pula masih menyambung pelajarannya dan dalam tahun ketiga PHD nya.


Petang itu, aku ada photoshoot di Bangi,Selangor.Mengambil gambar untuk pre wedding .Hujan sangat lebat hingga aku terpaksa berteduh dahulu di pejabat sebelah memandangkan lokasi pengambaran tersebut sudah ditutup.Aku berdiri dalam tempias hujan yang sangat lebat.Nasiblah semua alatan sudah aku simpan .Aku mengangkut segala peralatan ku dan aku jinjing di belakangku.

" Cik,masuklah.Kesian Cik" kata seorang wanita menyapaku.

Aku menganngguk faham dan masuk ke dalam pejabat itu.Aku rasa kesejukan bila air cond menyapa kesejukan tubuh badanku.Aku duduk di tepi sekali dan membuka hp ku.Banyak panggilan masuk dan mesej masuk bertanyakan masa untuk membuat temujanji.Aku lihat atas sekali,mesej masuk dari Zick.

"Hi Dear,i miss you.Mari jumpa malam ni." 

Aku tersenyum seorang diri membaca wassap tersebut.Rindu juga Zick padaku. 

"I miss you too.Okey,jumpa tempat biasa malam ini" -balasku.

Tiba tiba seorang lelaki menyapaku.

"Hai Cik. Cik ke yang ambil gambar atau orang lain?" tanyanya.

"Saya,kenapa"balasku.

"Oh,selalunya lelaki yang banyak photographer.Tak sangka pula Cik, sudahlah muda lagi, cantik pula tu.Boleh saya tahu nama?" tanyanya.

"Ini kad saya,kalau ada apa apa wassap je,mungkin kita boleh berurusniaga" kataku.

Mana mana jumpa orang,bisnes harus difikirkan.Mana tahu, ada job lain,ada juga dapat menambah income semasa. Rate aku boleh dikatakan berbaloi memandangkan aku suka merakamkan momen momen indah  orang lain. Untuk job perkahwinan,aku agak lemah sedikit memandangkan aku akan merakam moment moment indah mereka.Terharu aku melihat saat saat indah dinikahkan itu. Hati perempuan,biasalah.Aku ada seorang pembantu,Mika namanya.Bukan share partner,tapi pekerjaku.Dia akan membantuku .Nasiblah ada Mika,dia merupakan sepupuku dan muda dari aku.Masih belajar di kolej lagi,sebab itu, kerja inilah yang banyak membantunya menyara kehidupannya memandangkan dia seorang yang berdikari orangnya.

Hujan sudah mulai reda.Aku bangun dan melangkah keluar dari pejabat itu.

Papp

Kelihatan beg kameraku jatuh berguling di atas lantai.Seorang lelaki berebut mengambilnya dari aku.

Cinta Anis (Complete)Where stories live. Discover now