Chapter 16

17.3K 437 53
                                    


" Anis,Anis Zulaika"

Siapakah yang memanggil nama aku di bumi semenanjung ini dengan nama penuh?

Aku berpaling pada suara itu.

"Angah"

Tanganku digenggam erat.Serta merta air muka ku berubah.

"Along." kataku lemah.

Satu pelukan diberikan oleh along padaku di tengah tengah pasaraya itu.Aku hanya terkaku membisu.Perlahan lahan pelukan dilepaskan.

"Angah pergi mana ngah,along risaukan angah.Sampai hati angah buat kami begini"

"Along"hanya itu yang mampu terungkap dari bibirku. Tidak sampai hatiku melihat alongku boleh sahaja menangis di hadapanku.

"Maafkan angah along,angah terpaksa." kataku.

"Tapi kenapa mesti tinggalkan kami Angah.Mama dan papa risaukan Angah tau tak. Apa jadi dengan angah ni?" kata Along sedikit kecewa.

"Angah tak ready nak beritahu ,maafkan angah." Kataku sayu.

" Along nak nombor Angah sekarang" kata Along sedikit tegas.

Aku memberi nombor telefonku pada Along. Setelah banyak soalan ditanyakan Along padaku, Along meminta diri.Malam nanti aku akan bertemu dengan Along semula.Takutnya aku. Nak dielak,sudah bertemu.

****

Malam itu aku makan bersama Along.Aku menunggu Along di lobi Hotel.Katanya dia akan menjemputku.Aku sabar menunggu.

Along tiba di lobi hotel dan menyuruhku masuk ke dalam kereta.Kami tiba di sebuah restoran yang agak tertutup. Kami menuju ke sebuah ruangan terrtutup .

Namun aku terkaku seketika.

"Angah" kata mama.

Aku segera memeluk ke arah mama.Bertangisan kami dalam suasana yang penuh hiba itu. Betapa kejamnya aku tinggalkan mereka suatu masa dahulu. Astaghfirulahalazim.

Terasa papa memelukku dari belakang.

"Kami rindukan Angah,jangan buat macamni lagi sayang."bisik papa.

Ketika itu aku hanya merasakan kekesalan meninggalkan keluargaku. Betapa mementing kan dirinya aku tinggalkan mereka.Seharusnya aku harus berterus terang pada mereka tentang keadaan aku. Aku kucup tangan mereka berdua.Berkali kali aku memohon maaf pada mereka. Betapa berdosanya aku sebagai seorang anak.

Lama kami sebegitu.Akhirnya Along memecahkan suasana hiba itu.

"Angah,mama dan papa naik flight terus jumpa along sejurus along maklumkan pada mereka."kata Along.

Aku mengangguk faham. Kami berempat kemudiannya makan dengan gembiranya.Macam macam yang aku kongsikan pada mereka hingga mereka bertanyakan kenapa memilih Sabah .

Jawapanku mudah, takdir membawa aku kesini. Aku tahu mama dan papa benar benar ingin mengetahui kejadian tersirat berlakunya aku tiba tiba meninggalkan mereka.Kelak la aku bercerita,aku tak sedia lagi.

Segala gelak ketawa keluar apabila Along mengusikku..Papa apa lagi.Nampak dari mata mereka bahawa mereka rindukan aku.Aku juga sangat sangat merindukan mereka.Mujurlah kami dipertemukan dalam keadaan ini. Allah masih ingatkan aku.

Malam itu kami tidur bersama sama sebagai sebuah keluarga.Along meminta apartment untuk kami semua dapat bersama sama .Kali terakhir kami begini adalah semasa aku masih Tingkatan 5 .Sayang adik tiada. Along sebenarnya ada seminar di Langkawi.Dunia ini bulat.Allah temukan aku dan Along dalam keadaan ini.Kalau Along tidak bertemu dengan aku,mungkin aku masih keras hati untuk berjumpa dengan ahli keluargaku.

Malam terakhir sebelum aku kembali ke Sabah mama dan papa bercakap hati dari hati kepada aku.Kenapa aku melarikan diri .
Aku hela nafas dalam dalam dan ceritakan semuanya pada mereka. Mereka akhirnya akur dengan tindakan aku.Namun mama menasihatkan aku untuk berhadapan dengan masalah dan konflik itu.Namun aku terangkan pada mereka aku tak sedia lagi  .Akhirnya mama dan papa faham keadaan aku.

Sesi meninggalkan mereka bertiga terasa perit bagi aku. Namun demi tanggungjawab , aku harus tinggalkan juga.Selamat tinggal mama,papa dan along.Maafkan kesalahan angah selama mana angah lakukan selama ini.Dalam tangisan aku melangkah pergi di lapangan terbang meninggalkan mereka.

****

Aku mengambil teksi setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Mataku masih kembang kerana menangis dari tadi.Hibanya  aku tinggalkan mereka.Tidak apalah,aku akan menziarahi mereka suatu hari kelak.


****

Hampir 3 bulan berlalu sejak aku terakhir kali berjumpa mama, papa dan along.Kerinduan mulai menjengah naluriku. Aku tatap wajah mereka di gambar yang aku gantung di dinding.

Aku ingat lagi masa berjumpa mama dan papa 3 bulan lepas.

"Kenapa Angah dah lain ya?Makin cantik,manis sahaja."kata mama.

Aku hanya tersenyum manis.Dipuji mama dan papa. Aku tahu aku semakin berubah.Aku tidak mahu Anis seperti dahulu.Ringkas sahaja dari orangnya dan pakaiannya. Sekarang aku lebih mementingkan segala galanya .Dari kulit wajah, kasut, baju, seluar,rambut, penampilan, semuanya lah.Aku tahu ianya kadang kadang melelahkan dan  rumi,tapi bagi aku , aku telah membina keyakinan baru dalam hidupku. Setiap bulan aku akan ke pusat penjagaan diri. Aku bekerja di luar pejabat,mukaku akan kusam dan kemerah merahan ,oleh itu aku akan menbuat facial setiap bulan.Maka wajahku akan cantik berseri.Itu yang penting.Aku juga rajin mengikut petua petua tradisional.Jadi, jika sekali pandang orang sukar mengecam aku siapa aku . Kalau diperhatikan dengan teliti,barulah orang akan mengecam aku siapa.Rambutku semakin terurus dan aku sekarang setiap 3 bulan akan membuat pemeriksaan gigi.Bulan lepas baru saja aku menjalani rawatan pemutihan gigi. Bila aku pandang diriku di cermin, aku sudah berubah sepenuhnya.Tiada lagi Anis yang biasa biasa.Ini Anis yang baru,penuh keyakinan dalam dirinya.Itu sahaja yang perlu untuk aku melangkah kemana mana.

Cinta Anis (Complete)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن