Chapter 27

18.1K 784 145
                                    

Aku memandu menuju ke Johor Bahru.Alasanku aku ada job disini. Padahal aku telah membohongi suami pagi tadi.Aku perlu masa dan ruang.Malas sudah aku mahu memujuk rayu dan mengambil hati Harris,hatiku cukup terguris dengan apa yang berlaku.

Aku mendaftar masuk di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.Aku menghempas diriku di atas tilam empuk dengan tirai yang terbuka luas dipancar cahaya cerah berpemandangankan bangunan bangunan megah Johor Bahru.

Kring kring

Aku lihat hpku.

Ya,itu panggilan dari Harris.

Serta merta aku matikan.

Aku mendapati aku sangat kacau.Aku terlupa tekad tekad aku yang dulu.Itulah aku.Mudah mengalah .Bukan main lagi nekad nak pastikan Harris hanya melihat aku.Akhirnya Harris jatuh juga ke tangan Zhakira.Persetankan semuanya.

Aku letakkan hpku di dalam laci.Biarlah,kakiku rasa sangat teruja untuk kemana mana hari ini.Anis,selamat berjalan jalan.

****

Ah,penatnya.Seharian aku berjalan.Naik lenguh kakiku.Walaupun barang di KL sama saja dengan barang dijual di Johor,kalau namanya kaki shopping,menjadi juga alamatnya.Aku meletakkan hasil belianku di tepi katil.Aku mengeliat dan menuju ke bilik mandi dan berendam sepuasnya di sana.

Keesokan harinya,

Aku bersarapan pagi di kafe di dalam hotel tersebut .

"Assalamualaikum Anis."

Aku memandang ke suara itu.

"Waalaikumsalam.What are you doing here.Harraz."kataku tersenyum padanya.

"Just have meeting with my client yesterday"katanya.

"Bila balik KL ni?"tanyaku.

"Maybe tomorrow,why?"tanyanya.

"No,just asking."kataku.

"I know you came here alone right."kata Harraz.

Aku menganggukkan kepalaku.

"Well."kataku.

Harraz tersenyum padaku.Aku tahu dia mengerti dengan apa aku lakukan.

****

Aku balik bersama Harraz ke KL keesokan harinya.

"Sorry Anis,i susahkan you.Seriously my driver tak dapat ambik i because his wife deliver"kata Harraz padaku pagi tadi.

Alamatnya dia menumpang aku balik.Aku duduk di sebelahnya dan dia memandu keretaku.

Boleh pula mengomel di sebelah.

"Anis,your husband is very rich man but you just use this car"katanya.

"Hello Harraz,kereta ni i beli masa i masih single ok.Sampai Sabah bah kereta saya ini,balik semula ke KL lagi.Sekarang you tgh drive kereta yang kesian ni ok.Boleh pula you pandang rendah dengan kereta yang bawa you balik KL ni."kataku.

"Hahahahhaha,i gurau je.Jangan marah."katanya.

"Gurau takpe,nanti i tukar BMW .Jangan bimbang,tunggu i kaya nanti."kataku .

"Minta je lah dengan suami you"kata Harraz.

"Mana nak minta,i tunggu masa nak separate "

"Anis,you okey ke?"tanya Harraz.

"Ok lah."kataku..

"Anis,kenapa ni.Talk to me what actually happened"kata Harraz.

Dalam perjalanan Johor ke KL aku menceritakan apa yang berlaku di awal awal perkenalan aku dengan Harris hingga apa yang terjadi sekarang.Terkejut Harraz dengan apa yang terjadi.Bagaimana untuk aku pendam jika aku terlalu berat menyimpannya.

Cinta Anis (Complete)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant