Chapter 11

23.1K 456 19
                                    


"Sayang,bangun."katanya.

Aku membuka mataku.Terasa penat masih terasa.

"Subuh jangan lupa mandi wajip.Abang tunggu."katanya dan mencium pipiku.

Aku bangun dengan malasnya.Badanku rasa sangat penat.

Dalam hening subuh yang sejuk,aku mandi wajip.Nasiblah ada water heater,taklah aku mandi dalam kesejukan.Usai itu aku terus bersiap dan menuju ke bilik solat.

*****

Aku leka menonton tv setelah menyidai pakaian tadi. Harris sedang sibuk melakukan kerja di laptopnya tadi semasa aku baru habis membasuh pakaian.

Aku ketawa melihat rancangan tv yang aku lihat.

"Sayang tengok apa?Seronok ketawa sampai keluar boleh dengar sayang ketawa."katanya.

"Saya tengok ni luculah pelawak ni"kataku.

Ternyata Harris meletakkan kepalanya dipahaku.Aku kekok.

Diramas ramasnya tanganku .

"Sayang,jom"bisiknya.

Aku membuat muka tertanya tanya.

"Jom, pergi mana?"tanyaku.


***

Hampir 3 bulan sejak pernikahan kami.Akhirnya kami menjalani hubungan rumah tangga seperti orang lain .Indahnya perkahwinan.Kalau aku tahu begini kahwin betapa nikmatnya, awal dulu sudah aku berkahwin .

Tengku Harris,lelaki yang muncul dalam hidupku secara tiba tiba dan muncul menjadi suamiku.Jika dilihat pada orangnya,sangat bertanggungjawab orangnya.Dialah suami yang baik, menjaga makan pakaiku, seorang pemimpin yang baik.Syukur aku mendapat suami seperti Harris .

Semenjak kami berdua bersatu sepenuhnya , Harris menceritakan aku segala galanya mengenai dirinya.Harris merupakan anak sulung dari tiga beradik.Dia tua dua tahun dari Harraz.Kiranya umurnya sudah 32 tahun.Dia mempunyai dua pekerjaan.Dalam seminggu dia akan bertugas kadang kadang di Syarikat permotoran dan restoran miliknya.Dia merupakan pemilik kepada restoran western di ibu kota.Itu minatnya dan dalam masa yang sama terpaksa juga memikul jawatan tinggi dalam syarikat ayahnya.Bayangkanlah ada 5 cawangan seluruh Malaysia, dia harus juga menguruskan kewangan syarikat memandangkan dia mempunyai kepakaran dalam bidang akauntasi .Patutlah kadang kadang dia memakai pakaian yang berbeza jika turun kerja dan balik dari kerja.Sangat sibuk orangnya.Jika masa bekerja,sangat sukar untuk dihubungi,namun dia berusaha untuk menghubungiku semula.Namun dia akan balik tepat setiap hari kerana dia mementingkan masa kualiti bersama aku.Itulah Harris yang aku kenali.


****

"Saya ada job di Kedah seminggu,awak izinkan ?"tanyaku pada Harris.

Harris tertunduk dan perlahan lahan melihat aku semula.

"Bila?"tanyanya.

"Dalam Rabu depan."kataku.

"Okey,abang izinkan.Tapi kalau boleh kalau settle awal balik awal okey."katanya.

Aku mengangguk faham.Wah sudah lama aku tidak mengambil job di luar kawasan KL.Mujurlah diizinkan.

Cinta Anis (Complete)Where stories live. Discover now