Chapter 8

23.8K 469 27
                                    


Aku termenung berdiri di tingkap balkoni rumahku. Gelap sahaja malam ini seperti malam malam yang selalu.Selepas Harris membelikan aku tuala wanita dia minta diri .Syukurlah,kalau tidak memang janggal lah .

Mataku masih segar.Aku berjalan menuju ke ruang tamu dan menonton tv.

Kring.. kring..

Kelihatan nombor yang tidak dikenali menghubungiku.Takkan malam malam begini ada klien call kot.Kalau ada pun sekadar wassap bertanyakan harga dan pakej.

"Hello."kataku.

"Hello,Anis ke?"tanyanya.

Kedengaran suara seorang perempuan menghubungiku.

"Ya,siapa awak ya?"tanyaku.

"Saya nak jumpa dengan awak,boleh?"katanya.

"Saya tak kenal siapa awak."kataku

"Jangan bimbang,saya bukan orang jahat."katanya.

"Maaflah.Saya tak kenal awak.Tak da apa apa lagi kan.Assalamualaikum."

Telefon dimatikan.Misteri sungguh panggilan itu.

****

Aku ada photoshoot di kelab golf pagi ini .Memandangkan Mika ada kelas,aku yang pergi .Aku menuju ke sana dan memulakan photoshoot untuk klien aku Datuk Rashid.Dia seorang usahawan terkemuka.Katanya dia nak meletakkan hasil kerjaku kelak di pejabatnya.

"Anis,berseri sungguh muka sekarang ni.Ada pakai apa apa ke?tanya Datuk Rashid padaku.

"Tak adalah datuk.Datuk nak ambil gambar macam mana ya?tanyaku.

"Saya nak awak ambil gambar saya sedang menghayun kayu golf.Make sure muka saya masa tu serius.Lepas tu make sure ada shoot saya sedang bergurau dengan kawan saya.Yang lain terpulang pada awaklah."katanya.

Aku mengangguk faham.Kadang kadang aku harus memenuhi kemahuan klien.Walaupun kadang kadang permintaan mereka agak lucu,tapi aku harus bersikap profesional.Customer always right kan .

****

Kepenatan menyelubungi diriku.Aku menuju ke kolej Mika untuk mengambil hasil kerjanya.Katanya dia tak dapat menghantar kepada klien memandangkan dia ada ujian petang ini .Aku memandu menuju ke Bangi.Walaupun agak jauh,aku harus redahi juga.

Pukul 8 malam barulah aku sampai ke rumah.Aku bergegas mandi kerana badanku terasa melekit.Memandangkan aku hidup seorang aku agak bebas di dalam rumah.Jika kadang kadang aku tiba tiba datang gila,seharian aku memakai bikini dalam rumah.Maklumlah,tiada orang.

Selepas mandi aku mengenakan dress singkat bewarna merah jambu.Rambutku ku sanggul tinggi hampir kering selepas aku keringkan tadi.Losyen ku sapu ke seluruh badan ku.Malam ini agak panas .Aku membuka penghawa dingin.Rasa nyaman menyelubungi diriku.

Aku terbaring di hadapan tv.Nyamannya.Berguling kekiri kekanan.Aku mengeliat melakukan regangan badan.Berbunyi saja bunyi tulang.Nyamannya.

Namun aku terpandang pada seseorang sedang berbaring di atas sofa .

Apa ni?

Aku panik.

Aku buka lampu di ruang tv.Cahaya menyinari seluruh ruang.

Kelihatan Harris tersengih sengih melihat aku.

"Macam mana awak masuk?"tanyaku.

"Saya minta kunci dari mama awak.",katanya.

"Hah,bila awak disini.Sejak bila?"tanyaku.

"Saya dah disini sejak tadi .Sebelum awak sampai."katanya.

Cinta Anis (Complete)Where stories live. Discover now