Chapter 4

27.4K 480 4
                                    


Aku kembali ke Kuala Lumpur setelah habis fashion week.Segala tugasan aku harus hantar sebelum tarikh akhir.Aku agak sibuk minggu ini. Mujurlah Mika sudah menyiapkan projek nya .

 3 minggu berlalu,aku sudah move on dari  Zick.Ternyata Zick tidak menggangguku lagi. Namun lain pula yang jadi apabila aku didatangi oleh Hana.

"Hai Anis."katanya.

"Hai"

"Hm,sibuk ke?"tanyanya.

"Sibuk sikitlah"

"I datang sebab nak tanya sesuatu."tanya Hana.

"Apa,tanyalah."kataku lembut.

"You dengan Harraz ada apa apa ke?"tanyanya.

"No.Kenapa?"tanyaku hairan.

"Hm.Okey,sebab i need to know."katanya

"Jangan bimbang.I dengan dia kawan saja Hana."kataku.

Hana tersenyum puas padaku.Selepas itu Hana mohon untuk balik selepas berbual dengan aku beberapa perkara mengenai projek barunya.

****

Aku melawat mama dan papa hujung minggu itu.Abangku, Said ada bersama isterinya Nana di rumah.Adikku Sofi juga turut bersama.Siap bawa Makwe lagi.Tinggallah kakaknya yang single dan available ini yang tinggal.

"Mama,papa.Adik ada sesuatu nak beritahu ni."kata Sofi.

"Apa adik,cakaplah."kata papa..

"Papa,Mama,along,angah.Ni Hanifah.Memandangkan adik dah dapat kerja sebagai tutor dan confirm dapat offer jadi pensyarah nanti lepas ambil phd.Adik nak kahwin.Ini calon isteri adik sama belajar dengan adik.Sama jadi tutor dengan adik.Boleh mama ,papa,along,angah?"

Terkejut  aku mendengar kenyataan adikku.Alamatnya kalau mama dan papa setuju ni,awal lagilah adik aku naik pelamin.

"Mama dan papa tak ada masalah.Hanifah,kamu betul sudi nakkan anak pakcik dengan makcik ni?"tanya Papa pada Hanifah.

"Pakcik,Makcik.Hanifah suka sangat dengan anak pakcik.Baik orangnya.Dapat memimpin Hanifah pakcik dan makcik.Family Hanifah setuju.Sukakan Sofi .Tapi apa apapun perlu juga restu dari makcik dan pakcik."kata Hanifah tertunduk malu.

Kalau dilihat dari luarannya,memang manis orangnya.Memakai tudung labuh dan sopan sahaja orangnya.Kalau nak bandingkan dengan bakal kakak iparnya ini memang jauh lah .Untunglah kau adik, dapat bini .Kakak ini juga yang meratap single.

Perbincangan dilakukan dan mama dan papa berhasrat meminang dua minggu lagi. Persediaan haruslah dibuat memandangkan Hanifah adalah satu satunya adik perempuan dalam keluarganya. Perlu juga adapnya ,perlu juga  kemelayuannya.Apa lagi, biar aku ambil job jadi photographer je nanti.Tak naklah aku sibuk menguruskan hal hal berkaitan perkahwinan nanti. Abang aku iaitu Along hanya menurut sahaja memandangkan adik aku ada masa depan yang luas .

Hanya dialah satu satunya beradik kami belajar hingga phd  mengikut jejak langkah papa dan mamaku.Abang aku pula seorang doktor perubatan dan isterinya juga dalam bidang perubatan tapi seorang jururawat.

Semasa hari merisik aku tidak dapat ikut serta memandangkan aku ada job di Terengganu.Memandangkan majlis merisik dilangsungkan secara tertutup aku agak tidak teruja join sekali. Oleh itu aku sanggup ke Terengganu mengambil job disana.

*****

5 bulan kemudian.

Hanya tinggal dua hari saja lagi perkahwinan berlangsung.Aku menyediakan kelengkapan untuk aku bawa nanti semasa majlis kahwin adikku.Aku mengupah seorang lagi kawanku untuk mengambil video video indah perkahwinan mereka.Siap pakai dron lagi untuk mengambil video dari atas .Inilah hadiah perkahwinanku buat adikku.Merakam detik detik indah perkahwinan nya dan detik paling bermakna untuk tatapan anak anaknya suatu hari kelak.

Mamaku bercerita padaku yang adikku hanya mampu menghantar 10k sahaja.Namun keluarga perempuan mahukan majlis yang sangat besar memandangkan ini perkahwinan pertama anak mereka memandangkan ini juga majlis perkahwinan satu satunya anak perempuan mereka.Tempat berlangsung majlis resepsi adalah di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota manakala majlis akad di rumah pengantin wanita .Segala majlis ditanggung keluarga perempuan memandangkan mereka nakkan begitu.Untunglah kau adik,dapat mertua kaya.

Pada hari perkahwinan.

Aku tiba akhir sedikit memandangkan Mika sudah mengambil alih acara berinai dirumah pengantin perempuan.Aku pula mengambil gambar adikku sedang bersiap sebelum membaca akad nikah petang nanti selepas Zuhur.Kawan ku Malik sudah berada di rumah pengantin perempuan mengambil video perkahwinan kelak.Semua sudah selesai dan apalagi kakak nya ini juga mahu bercantik cantik datang ke majlis perkahwinan adiknya.Aku mengenakan mekap dan bersanggul kemas di tepi hasil sentuhan jurumekap adikku, Cik Kalsom. Memandangkan tema keluarga lelaki hijau muda,aku mengenakan kurung moden hijau muda hasil jahitan tailor kesukaanku iaitu mama.Aku lihat wajahku di cermin. Yakin dan manis.Itu yang penting.Aku sangkutkan kameraku di leherku untuk mengambil moment moment adikku sebelum berjumpa dengan bakal isterinya kelak.

Banyak gambar yang aku ambil.Yang paling puas posing pastilah mama dan papaku.Ada sahaja permintaan mereka.

"Angah,angah,Sini."kata mamaku berdiri memeluk papaku.

Apalagi mereka berdua.Sekejap sekejap aku sekali ditarik mereka untuk bergambar sekali.

Kami tiba di rumah pengantin perempuan pukul 3 petang. Semua hadirin sudah memenuhi ruang menunggu .Aku kesana kemari mengambil sudut paling sesuai untuk mengambil gambar.

"Wow,besar nya rumah ni."aku hanya mampu berkata kata dalam hati.

Kelihatan Malik sudah sedia merakam semua yang diperlukan manakala Mika mungkin masih di atas rasanya .Mengambil gambar Hanifah sebelum turun kelak.

Aku menuju ke tempat akan dibacakan akad nikah kelak.Kelihatan adikku sudah duduk bersimpuh di hadapan bakal bapa mertuanya.Aku leka mengambil gambar gambar dan ternyata aku terpandang seseorang yang aku kenali.

Harraz?

Apa dia buat disini?

Kelihatan dia memakai baju melayu sama dengan bakal bapa mertua adikku.Warna Dusty pink?
Seorang lagi lelaki duduk di belakang bakal bapa mertua adikku.Sedikit berbeza dengan wajah Harraz namun masih nampak sama?
Aku ambil lagi gambar.

Zoom in zoom out dari tadi.

Kelihatan seseorang menyapaku dari belakang.

"Hai Anis."

Aku melihat ke belakang.

Kelihatan Hana di belakangku.

"Oh.You ambil job ni rupanya."

"Ya."anggukku sambil mengatur setting pencahayaan kamera yang lebih baik.

"I need to fokus dulu.Nanti kita cakap lagi."pintaku pada Hana.

Aku menunggu majlis dimulakan.Kelihatan Mama dan Papa tersenyum padaku dan start lah tu minta ambil gambar lah tu.Aku mengambil gambar dari jauh.Ternyata mereka berdua sangat serasi bersama.Aku lihat abangku sibuk berbual dengan Malik memandangkan masih menunggu pengantin perempuan turun.

Aku masih dilanda kemusykilan.

Apa Harraz buat disini?

Siapa dia?

Siapa bapa mertua Adikku?

Siapa Hanifah?

Persoalan bermain main di mindaku.Aku harus biarkan persoalan ini terjawab memandangkan aku melihat Harraz masih fokus dan tidak sedar akan kehadiran aku dari tadi.

Finally kita jumpa lagi Harraz sejak kejadian 5 bulan yang lepas.Tiba tiba kerinduan menyelubungi diriku.

Tapi Harraz Hana punya.

Oh,aku bersalah.Aku harus buang perasaan rindu itu.Itu salah.Cukup cukuplah cinta buatku buat masa ini.

Cinta Anis (Complete)Where stories live. Discover now