Chapter 5

26.4K 472 5
                                    

Adikku sudah selamat dinikahkan dengan Hanifah.Seperti biasa akulah photographer paling terharu sekali.Aku kerap juga mengeluarkan airmata terharu.Maklumlah sangat lembut hatiku melihat moment moment indah ini .

Mika ditugaskan mengambil gambar keluarga .Aku pula sibuk mengambil gambar adikku dan isterinya.

Aku sibuk mengangkat telefon selepas itu.Ada seorang pelanggan mahu membuat temujanji denganku.

Aku rasa tanganku ditarik lembut menuju ke pelamin. Aku masih keliru kerana sibuk menjawab panggilan.

"Stop think about your business.Please come here."kata seorang lelaki padaku.

Aku terkejut.Seorang lelaki menyerupai Harraz bercakap padaku.

"See camera,smile."katanya berbisik padaku.

Gambar diambil dan Mika tekun mengambil gambar.

"Mohon cik Photographer kesini" kata Mika.

Aku berjalan menuju ke arah Mika.

Mika meminta aku untuk bersama dengannya dalam photoshoot outdoor memandangkan Malik terpaksa menuju ke hospital kerana ada kecemasan berlaku pada ayahnya.Aku terpaksa membatalkan niat bersama keluarga kerana aku harus mengambil gambar outdoor Adik dan Hanifah pula.Aku terpaksa setuju kerana Mika kurang mahir menggunakan Dron.

****

Selepas Asar tadi kami bergegas menuju ke sebuah taman tidak jauh dari kediaman Tan Sri Tengku Ismail.Lupa aku mahu beritahu , Hanifah adalah adik bongsu Harraz.Kenapalah aku tak perasan dari tadi. Harraz buat buat tidak mengenali aku walaupun aku senyum padanya dari tadi.Datang pula abang nya tiba tiba menegur aku.

Memandangkan pre wedding sudah kami lakukan 2 minggu sebelum ini,maka tidak terlalu banyak la gambar perlu diambil memandangkan mereka berdua akan ada photoshoot lagi selepas resepsi.Mentang mentang aku sponsor.4 kali photoshoot mereka minta.Bertabahlah wahai hati.

Semua bridemaids menemani dalam photoshoot kali ini.Cantik manis memakai baju soft yellow dan groom maids segak bergaya memakai soft grey.Aku tekun mengendalikan dron dan diperhatikan oleh seseorang.

"Awak ni kakak pengantin lelaki kan?"tanyanya.

"Ya."kataku terus fokus pada kamera.

"Okey.Boleh saya berdiri disini?"tanyanya.

"Terpulang."kataku.

Hampir 2 jam sesi photoshoot, tiba tiba.

"Hei kakak pengantin lelaki.Bawak sini kamera."katanya mendekati aku dan mengambil kamera aku.

"Berdiri sana.Bergambar dengan adik awak tu.Kesian dia tunggu awak dari tadi"katanya.

Adikku berdiri di sebelahku.Macam macam gambar kami berdua memandangkan Mika masih mengambil gambar bridemaids dan Hanifah.

Rajin pula mamat ni mengambil gambar kami berdua.Apa lagi adikku kesayangan ni, diciumnya pipi aku ni, dipeluknya aku ni,didukungnya aku ni.Memang gigih dia posing.

Semua selesai selepas maghrib.Kami menuju ke rumah Tengku Ismail dan malam itu ada sesi bergambar seluruh keluarga pula.Aku dan Mika terpaksa menumpang di rumah Tengku Ismail memandangkan bateri perlu dicas semuanya .

Aku agak kepenatam dan Mika sudah tidur di bilik sebelah lepas maghrib tadi.Aku pula lebih suka mandi untuk menghilangkan kepenatan.Masih panjang perjalanan photoshoot ini memandangkan esok akan berlangsungnya majlis resepsi .Nasiblah di dalam hotel .Sejuk.

Malam itu ada majlis doa selamat dan makan besar keluarga .Keluarga pihak perempuan dan lelaki .Aku menggunakan kaftan ungu dan rambutku dilepaskan.Lebih selesa menggunakan baju yang longgar.

Cinta Anis (Complete)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن