Chapter 15

18.4K 432 37
                                    


"Kakak okey?"

Aku menggenggam tangan Anita.Seorang kawan baru yang menjadi rakan sekerjaku dan b mengetahui apa yang berlaku padaku.Segala penderitaan yang aku alami.Aku agak senang padanya. Dia seperti adik dan memahami segala yang berlaku pada aku.Bertuahnya aku dihadiahi orang seperti ini.Menghormati aku seadanya.

"Kakak okey.Cuma agak pening."kataku.

"Ok,kakak makanlah ubat okey.Anita pergi sambung kerja dulu okey"katanya.

Aku mengangguk kepala.

Anita merupakan pembantu pejabat.Kadang kadang dia akan membantu aku kesana dan kemari jika ada majlis yang memerlukan pembantu.

Petang itu semasa aku mahu balik dari kerja,keretaku tidak mahu dihidupkan.Anita menghampiriku.

"Kakak tumpang saya je lah  ."katanya.

"Macam mana nak tumpang.Anita pakai apa?"kataku.

"Anita?Saya tumpang abang tadi.Kakak tumpang lah sekali."katanya.

"Tak apa,kakak naik grab je lah.'kataku.

Ponnnnn ponnn

Kedengaran sebuah kereta mengehon kami berdua.Aku terkejut sebentar.

"Tu kereta abang saya,jom kak"katanya.

"Takpe,awak balik je."kataku pada Nita.

Seorang lelaki keluar dari kereta itu. Memakai baju kemeja putih dan berseluar jeans.

"Kenapa dik?tanyanya pada Nita.

"Kereta kawan Nita problem.Tak nak start."

Dia menghampiri keretaku.

"Shall me."katanya.

Aku mengundur sedikit. Membiarkan dia melihat kondisi keretaku. Tidak lama selepas itu dia menghampiriku.

"Bateri kereta dah flat,tak boleh start terus"katanya.

"Oh,ye ke?"kataku.

"Awak letak je sini.Esok kita kembali sini.Kita tukar je bateri baru."katanya.

"Tak payah susah susah la.Nanti saya panggil mekanik je."kataku.

"Dont worry,saya mekanik."katanya.

"Kak,naiklah sama sama.Kita sama jalan je.Cuma kami jauh sikit."kata Nita.

Aku pun menumpang mereka berdua .

Sampai sahaja di apartmentku.

"Esok pagi,tunggu sini pukul 7.30 okey.Nanti saya dan Nita ambil awak"katanya.

"Tqso much"kataku.

Nita melambai lambaikan tangan padaku.

"Bye kak"

Aku melambai lambaikan tanganku.

****

Malam itu aku membaca buku .Lama sudah aku tidak membaca.Aku terusik dengan kata kata yang ada pada buku itu.

"Manusia mudah lupa diri.
  Tatkala semua hadir menyinari kehidupan kamu akan ada suatu saat kehidupan kamu dirampas oleh-Nya.

Maka ingatlah pada pencipta kamu.Disaat kamu berdiri megah di bumi-Nya."

Aku menghayati kata kata petikan itu.Memang ada benarnya.

Disaat aku  bahagia bersama Harris,Allah duga aku dengan pelbagai ujian hingga aku tersungkur akhirnya dan aku tewas.Aku tidak mampu menghadapi semuanya .Aku rebah akhirnya.

Fikiranku menerawang pada Harris.Aku tidak cukup kuat menghadapi semua ini.Aku kuatkan hatiku untuk tidak memikirkan Harris .Tapi, cukup kuatkah aku memadamkan semuanya kenangan kami???


****

Aku dan Anita berjalan jalan hujung minggu itu ke sebuah pusat beli belah.

"Kak,jom kita buat rambut."kata anita.

Aku mulanya cuba menolak.Mana taknya, aku agak tidak pernah mencuba fesyen lain. Rambutku sebelum ini  hanya lah panjang mengurai sahaja.Mana ada fesyen lain.

"Kakak cubalah rambut lain.Mana tahu nampak lain ." kata Anita.

Setelah dipujuk berkali kali aku setuju menukar gaya rambutku.

Perunding gaya merokeman akan aku mewarnakan rambut bewarna coklat tua.Rambutku digunting pendek dengan trend terkini.Lama juga aku di dalam salon tersebut, akhirnya siap juga. Aku memandang wajahku di cermin.Sangat berbeza.

Aku  bertekad dengan tiba tiba semangat baru tiba.

Inilah Anis Zulaikha yang baru.

Aku kemas baju bajuku di dalam almari.Aku lihat satu persatu.Aku buang baju baju lama aku.Aku gantikan baju yang baru.Aku tekad.Aku akan berubah sepenuhnya.Tiada lagi wanita yang hanya menggayakan jeans , blouse dan tshirt sahaja. Aku gantikan dengan fesen terbaru trend terkini.Aku tidak mahu menjadi Anis yang kesedihan dan sendu lagi.

AKu hanya mampu tersenyum.Inilah Anis Zulaikha yang baru. Tiada apa yang dapat menghentikan aku dari semua ini. AKu mahu orang tahu, aku tidak mahu perasaan aku dipermainkan seperti dahulu. Aku tahu status aku tapi aku sudah tiada hati dan perasaan lagi pada sidia. Tidak sanggup aku mahu menyebut nama itu lagi. Tiada hati dan perasaan lagi buat sidia.Tapi adakah perasaan aku benar? Aku tidak pasti dengan perasaan aku sendiri.Tapi demi keegoaanku, aku membuang perasaan itu .Aku harus buang perasaan itu. AKu pasti dia sudah selamat diakad nikahkan bersama si Rina itu. .Mungkin menunggu masa untuk menimang anak lagi kan.Malas aku nak ambil tahu.

****

Setahun kemudian,

Aku menyimpan barang baranganku kerana aku akan mengikuti program sumbang saran untuk Pejabat Canselori.Mereka akan menyambutnya di Langkawi. Atas dasar kerja , inilah kali pertamanya aku menaiki kapal terbang menuju ke Semenanjung Semula.Mana taknya, lebih setahun sudah aku di bumi Sabah, aku akan menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung lagi.

Aku tiba di Langkawi setelah melalui perjalanan yang memenatkan .Aku diberi bilik single memandangkan ada yang membawa keluarga mereka. Aku okey sahaja memandangkan semuanya dibiayai Universiti.

Setahun sudah Anis, kau kembali ke bumi Semenanjung. Raya pun aku tidak mahu balik.Aku tidak sanggup bertemu dengan keluargaku. Aku rasa bersalah pada mereka.Maafkan Anis,mama papa.

Beri Anis ruang.

Cinta Anis (Complete)Where stories live. Discover now