Chapter 29

17.1K 676 166
                                    

Aku menuju ke bilikku.Aku kemas semua barang barangku. Sudahlah aku sudah terlalu penat untuk semua ini..Nakkan aku bertahan? Bagaimana aku nak bertahan bila aku tidak dilayani sebagai seorang isteri.

Semua aku yang bersalah.Aku yang harus bersabar? Kenapa tidak Harris sendiri yang bersabar.Tidak adil buat aku.Aku terlalu penat untuk bertahan.Mendengar arahan semata mata untuk memenuhi keinginan Harris sahaja. Aku benci dengan keadaan ini.

Aku meluru keluar menuju ke luar.Di pertengahan jalan aku ternampak Harris sedang mencari aku.Aku patah balik semua menggunakan tangga.Cepat cepat aku berjalan namun aku dengar suara itu.

"Anis,Anis nak pergi mana tu?"tanya Harris.

Aku masih berlari menuruni tangga.

"Anis,dengar abang cakap ni"katanya mengejarku.

Adegan kejar mengejar tidak habis juga.

"Anis Zulaikha,stop"kata Harris.

Pada masa ini,Harris sudah betul betul di hadapan mataku.

"Apa abang nak ?"kataku marah.

"Anis,kenapa Anis ni?"tanyanya lagi.

"Kenapa apa?Abang gila ke apa ni?"tanyaku garang.

"Anis,kenapa Anis buat abang begini?"tanyanya lagi.

"Dahlah abang.Anis rasa jawapan bukan ada pada Anis.Jawapan ada pada abang.Abang tengoklah apa abang buat pada Anis.Anis penatlah bang.Jangan sampai kemarahan Anis boleh jadi hanya tinggal kebencian untuk abang.Lepaskan Anis pergi.Anis dah muak diperlakukan begini."kataku menolak badan Harris ketepi.

Aku berjalan laju menuruni tangga.

****

Tika dan saat ini aku berada di rumahku sendiri yang aku telah tinggalkan 2 tahun yang lepas.Masih seperti dahulu cuma agak kotor sedikit.Semalaman aku membersihkan rumah untuk menghilangkan rasa sedih dan kecewaku pada Harris.Aku terlalu penat untuk berjuang mendapatkan kau semula Harris.

Kau buat aku sakit Harris, dengan hanya memikirkan kau.

Aku berehat di ruang hadapan tv.Rasa nyaman bila di rumah sendiri.Hp?Entahlah.Baru sahaja aku campak ke dalam parit kelmarin semasa aku meninggalkan Harris.Aku datang dengan teksi kesini.Mujurlah,aku ada menyimpan kunci rumahku yang sekian lama aku simpan.

****

Aku baru sahaja balik dari supermarket. Membeli barang barang basah dan kering.Indahnya kembali ke rumah.Aku rasa selamat dan rasa seronok walaupun hatiku yang paling dalam sedang berjuang untuk meredhai perkahwinan yang akan berlangsung beberapa hari lagi.Aku akan menyembunyikan diriku dan pada hari akad nikah kelak aku akan memunculkan diriku semula untuk menuntut janjiku untuk dibebaskan.Tiada lagi misi untuk merebut hati Harris bila hati Harris nekad untuk meneruskan perkahwinannya dengan Zhakira.

****

3 hari sudah aku disini.Melarikan diri dari dunia luar.Siangku sepi malamku duka lara.Siang malam aku menangis meratapi nasib diri.Ya Allah,kuatkanlah hatiku.Sungguh sungguh aku terpaksa bertahan dengan semua ini.Ya Allah,bantu aku.Aku sudah tidak tahan lagi dengan ujian yang engkau berikan.

****

Hari akad nikah,

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Aku menuju keluar dari rumahku.

Anis Zulaikha selamat bertabahlah.

Aku tiba di perkarangan rumah Tengku Ismail.

"Bibik,boleh panggilkan Harraz?"kataku berdiri di luar pagar.

"Sekejap ya Puan."katanya.

"Puan masuklah."katanya.

Cinta Anis (Complete)Where stories live. Discover now