🎉 Apresiasi Anugerah #Wattys2017 🏆

181 11 5
                                    

ALHAMDULILLAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALHAMDULILLAH. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan naskah 'Penyongsangan' yang tersenarai antara karya yang memperolehi Anugerah Wattys 2017 dibawah kategori Penulis Luar Biasa atau dalam bahasa Inggerisnya The Breakthroughs . Untuk senarai lengkap pemenang, sila lah lawati reading list akaun WattysMY.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca tidak kiralah pengkritik tegar mahupun pembaca senyap dan juga pengundi-pengundi (dah macam pilihanraya umum pulak) yang sudi menekan butang bintang pada setiap babak ya...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca tidak kiralah pengkritik tegar mahupun pembaca senyap dan juga pengundi-pengundi (dah macam pilihanraya umum pulak) yang sudi menekan butang bintang pada setiap babak yang telah diluncurkan.

Sejujurnya, ia bukanlah satu masa yang singkat untuk merangka plot demi plot dalam naskah ini yang turut diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang dikira agak saintifik secara amnya. Ini juga merupakan naskah pertama saya sebagai penulis, dan ilham untuk merangka cerita sains fiksyen ini sudah diperam sejak penulis belajar di universiti lagi (dalam tahun 2010). Ilham menulis naskah ini juga hadir semasa penulis di'campak'kan disalah sebuah lapangan didalam hutan yang tiada perhubungan telefon mahupun internet.

Naskah 'Penyongsangan' ini sebenarnya mempunyai tujuan hakiki iaitu memberi pengetahuan dan informasi mengenai khazanah-khazanah alami yang negara kita miliki dan ianya juga bersangkut paut dengan peristiwa sekitaran global pada masa lampau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naskah 'Penyongsangan' ini sebenarnya mempunyai tujuan hakiki iaitu memberi pengetahuan dan informasi mengenai khazanah-khazanah alami yang negara kita miliki dan ianya juga bersangkut paut dengan peristiwa sekitaran global pada masa lampau. Apalagi, isu perubahan cuaca ini sedang hangat diperkatakan diseluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali daripada merasai impaknya.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kerana sokongan tidak berbelah bahagi kalian atas karya-karya yang dapat memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Semoga industri penulisan negara terus berkembang mekar seiring pembangunan arus modenisasi dunia yang kian rencam.


Sayang selasih ditumpahi minyak,
Diputik sedulang laut Sebandi,
Terima kasih banyak-banyak,
Kerana sudi membaca karya ini.


Yang benar,

HdinHafizuddin

HdinHafizuddin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kain batik baru dijemur,Jemur mari di tepi paya,Sungguh cantik bintang timur,Bintang 🌟 di bawah ⬇️ terangkan karya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kain batik baru dijemur,
Jemur mari di tepi paya,
Sungguh cantik bintang timur,
Bintang 🌟 di bawah ⬇️ terangkan karya.

Kain batik baru dijemur,Jemur mari di tepi paya,Sungguh cantik bintang timur,Bintang 🌟 di bawah ⬇️ terangkan karya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now