Babak 23 : 39 Tahun Cahaya Rindu

73 11 0
                                    

"HELLO, Kyra?" Dr. Asyfan Haziq menelefon Kyra Umaira. Rindu barangkali, ada hal penting yang pasti. Aidlee Anas juga berada dalam talian tersebut melalui tele-conference.

"Yess. Nak apa ye Dr. Asyfan Haziq?" Kyra Umaira menjawab seperti acuh tidak acuh. Masih marah barangkali.

"Aku ada hal sikit nak bagitahu kau. Hal penting." Dr. Asyfan Haziq memulakan bicara. Sepertinya ada sesuatu perkara yang serius yang hendak dibincangkan bersama Kyra Umaira.

"Hal apa tu yer? Kalau setakat hal pertunangan kita tu, aku rasa, dah takde apa lagi perkara nak dibincangkan. It's over!" Kyra Umaira sepertinya amat marah disitu.

"Kyra...... Aidlee ada dengan kita ni. Bukan hal tu. Hal lain. Hal yang lebih penting. Ini soal hidup dan mati. Ini soal permasalahan sejagat." Dr. Asyfan Haziq menerangkan situasi yang ingin dibincangkan.

"Ohh.... Aidlee ada erk? Hai Aidlee." Kyra Umaira cuba menutup aibnya yang sendiri dibukanya.

"Hai Kyra. Relax2 ok. Chill. Dengar dulu penjelasan Asyfan tu, ok?" Aidlee Anas cuba mengawal keadaan yang hampir tegang itu.

"Kyra, aku nak bagitahu kat kau yang Kaldera Yellowstone dah meletus, dan debu-debu gunung berapi itu akan sampai ke sini dalam masa beberapa jam lagi. Kami perlukan bantuan kau untuk memindahkan rakyat Malaysia menggunakan alat trans-teleportation ciptaan kau." Dr. Asyfan Haziq

"Kyra, kau mesti bantu kami untuk menyelesaikan permasalahan ini. Ini bukan masalah kami sahaja, ini masalah serantau." Dr. Asyfan Haziq cuba memujuk Kyra Umaira.

"Tapi, apa yang aku dapat? Sakit hati lagi? Frust? Sudah la, Asyfan. Aku bukan tak kenal kau pun." Kyra Umaira berkeras hati sambil mencebik mukanya. Pertimbangannya hilang, perasaan marahnya terhadap Dr. Asyfan Haziq membuak-buak.

Dr. Asyfan Haziq senyap. Dia sudah seperti berputus asa.

"Kyra, ini bukan soal hati dan perasaan semata-mata. Ini soal kemanusiaan...tanggungjawab sesama insan. Ini soal keselamatan! Bayangkan kalau tempat ni dipenuhi ais, penduduk kampung kau, mak ayah kau tengah merana kesejukan dek medan magnetik dah berubah, kau tergamak sanggup ke? Dengan segala bencana bertimpa-timpa, mega-tsunami, super-volcano lagi, kita kena bertindak cepat!" Aidlee Anas berhujah berleter panjang lebar supaya Kyra Umaira berfikir.

Kyra Umaira pula senyap. Otaknya ligat berfikir.

"Tapi..tapi.... mampu ke alat aku untuk selesaikan masalah ni?" Kyra Umaira mula berfikir sambil menyoal. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Dia tidak pernah merasa perasaan se-gementar itu. Cuak barangkali.

"Kita kena cuba, Kyra!" Serentak Dr. Asyfan Haziq dan Aidlee Anas menjawab. Bersemangat sungguh.

"Macam ni. Pada tahun 2015 dulu, saintis Amerika ada menemui sebuah sistem galaksi yang dieorang panggil TRAPPIST-1. Dalam sistem planet nie, ada 7 planet semuanya dan 3 daripadanya kemungkinan boleh menampung kehidupan. Dua tahun lepas tu, satu program rahsia yang dibiayai sendiri Presiden Trump dibawah pekej program NASA telah mula menghantar saintis dan angkasawan bagi memulakan program eksplorasi ke TRAPPIST-1. Takde sapa yang tahu kecuali Dr. Chistopher Reiss dan team dia, supervisor PhD aku yang terkorban dalam super-letupan Yellowstone. Perjalanan mereka mengambil masa selama 39 tahun untuk sampai ke sistem TRAPPIST-1 itu. Tahun lepas, saintis dan angkasawan tu senyap-senyap dah sampai ke sistem TRAPPIST-1 tu dan memberi satu

 Tahun lepas, saintis dan angkasawan tu senyap-senyap dah sampai ke sistem TRAPPIST-1 tu dan memberi satu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now