Babak 15: Into You

104 12 0
                                    

KYRA Umaira perlu terus-terusan dipujuk. Orang perempuan hatinya fragile, perlu dijaga rapi dan dibelai selalu agar tidak terluka. Bila hatinya sudah sekali terluka, bukan mudah untuk memujuknya kembali. Itulah kata-kata azimat dan pegangan hidup yang dipegang oleh Aidlee Anas meskipun dia masih tidak memiliki awek.

📳 Typing...

📩 Salam Kyra. Kau kat mana nie?✔ @Aidlee_Anas

📩 Salam. Kat kampung lgi nie haa, tgh masak laksa nie. Mai laa rumah aku pekena laksa aku masak dgn mak aku nie haa. Hang dak balik KL lagi kan?✔ @Kyra_U

📩 Belum lagi nie. Haa haa segan aih aku nie hg tetiba pelawa hat tu.✔ @Aidlee_Anas

📩 Alahh. Buat ape laa nak segan-segan aihh. Laksa Penang haa spechial org Utagha masak Pasni aku nk pi USM sat, amik dokumen kat fakulti. Meh laa teman aku sat. Bleh aku tunjuk kt hang hasil kajian aku tuu. 😍✔ @Kyra_U

📩 Ooo... Hg nak masuk USM kaa? Hg okay dak nie? ✔ @Aidlee_Anas

📩 Laa... awat hg tanya lagu tuu. Aku okay jaa. Satgi aku contact laa si Asyfan tu. Laa nie kita pekena laksa kat umah aku pastu kita truih masuk USM. Sat jaa laa. Satgi petang kita balik laa, tpi petang aku nk singgah Queensbay dulu. ✔ @Kyra_U

📩 Owh.. Ok2. Satgi aku pi rumah hang. Tunggu sat naa. ✔ @Aidlee_Anas

🏡🏘🏠

Jarak rumah Aidlee Anas dengan Kyra Umaira sebenarnya tidaklah terlalu jauh, selang dua tiga buah rumah sahaja. Mereka sebenarnya berkawan baik sejak dari kecil lagi. Cuma, sejak kecil, Aidlee Anas 'syok sendiri' dengan Kyra Umaira, padahal Kyra Umaira mengganggapnya sebagai kawan sahaja. Tetapi, kini segalanya sudah berubah, tiada lagi perasaan cinta monyet atau syok sendiri atau zaman sekarang dipanggil 'crush'. Kadang-kadang, Aidlee Anas yang 'friendzone'kan si Kyra Umaira.

👦🏻

"Assalamualaikum.." Aidlee Anas melantunkan ucapan salam.

"Waalaikumsalam...Ohhh Aidlee... Masuk laa nakk" Mak Bedah, ibu Kyra Umaira menyahut salam.

"Kyra ada cik?" Aidlee Anas terus melontarkan pertanyaan sambil duduk diatas sofa empuk.

"Ada. Tunggu sat. Satgi dia mai laa tu. Mak kamu apa khabar, Aidlee? " Mak Bedah terus melontarkan pertanyaan demi pertanyaan, seperti selalu.

"Khabar baik, mak Bedah. Mak ada tu tengah siram bunga. Petang satgi nak ikut Along balik Ipoh." Aidlee Anas menjawab sambil tercari-cari Kyra Umaira.

"Oooo.. Patut laa. Mak cik last jumpa mak engko masa marhaban raya haritu.. Jap. Mak cik nak buat air sat. Nnti Mak Bedah panggil Umaira sekali." Mak Bedah terus berlalu pergi.

👩🏻

Kyra Umaira keluar sambil menatang mangkuk berisi laksa Penang yang dimasaknya sebentar tadi.

"Haaa.... abang ensem dah lama sampai dah?" Kyra Umaira cuba menyakat Aidlee Anas.

"Dah lama dah. Nak tunggu anak dara tu bersiap, mmg tak tahu laa bilanya nak siap." Aidlee Anas bereaksi terhadap sakatan Kyra Umaira.

"Haishhh.... Dah makan laksa nie. Satgi kita gerak." Kyra Umaira seperti malas melayan karenah Aidlee Anas.
🍵🍵

"Meh lerrr jamah sekali. Takkan aku nak makan sorang-sorang?" Aidlee Anas cuba memujuk Kyra Umaira kembali.

"Ye laa ye laa. Satgi aku mai laa. Nak amik air kejap."
🍷🍷

***
🚗👫
Di dalam kereta menuju USM, mereka banyak berbual mengenai throwback zaman sekolah, masa kini dan perancangan masa depan.

Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now