Babak 13 : Mega-tsunami dari Kepulauan Canary

110 16 0
                                    

🌏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌏

PADA masa yang sama, akibat ketakstabilan sistem polariti bumi, aktiviti ini telah mencetuskan ketakstabilan suhu, tekanan dan arus olakan dalam lapisan kerak bumi lalu menyebabkan berlakunya letusan gunung berapi di kawasan Kepulauan Canary yang terletak di rantaian kepulauan gunung berapi Cape Verde, Sepanyol.

Sebenarnya, mengikut sejarah yang pernah dikaji oleh ahli-ahli geologi, lebih kurang 73,000 tahun lalu, patahan satah secara menegak yang terjadi di sepanjang pulau ini akibat gegaran tempatan selepas berlaku letusan gunung berapi di Pulau Canary itu menyebabkan jatuhan jasad batuan yang besar ke dalam lautan Atlantik lalu mencetuskan ombak besar setinggi 170 meter sebelum ombak besar itu mendarat ke kawasan berdekatan pulau terbabit.

🌋

Apa yang membimbangkan saintis bukanlah letusan gunung berapi yang berlaku di Kepulauan Canary tetapi patahan atau jatuhan kuno yang melintang dari bahagian utara hingga bahagian selatan pulau sepanjang 2.5 km. Patahan kuno di Kepulauan Canary itu berada dalam kedudukan satah hampir menegak mengarah ke bahagian barat iaitu Lautan Atlantik. Patahan kuno dengan kedudukan jatuhan kebawah sebanyak 2 meter berada pada kedudukan tergerak ke barat menghala ke Lautan Atlantik sebanyak 1 meter itu terjadi selepas episod letusan aktiviti volkanik di Gunung Cumbre Vieja di kepulauan Canary pada tahun 1949. Patahan major itu masih bertahan sehinggalah hampir seratus tahun sehinggalah letusan besar yang berlaku pada tahun 2057 ini.

Nampaknya, kebimbangan para saintis berhubung peningkatan paras aktiviti Cumbre Vieja dikawasan kepulauan Canary ini ada asasnya. Sejak Awal tahun 1990-an lagi, beberapa sensor perubahan topografi bumi telah dipasang dibeberapa lokaliti strategik bagi melihat perubahan pergerakan topografi ini. Sensor-sensor ini akan dikalibrasi setiap setahun sekali dan masih boleh digunakan sehingga ke hari ini. Aktiviti volkanik pada 11 Mei 2057 itu telah mencetuskan perubahan minor topografi bumi dikawasan itu apabila sensor dikawasan itu tiba-tiba berbunyi. Namun, sensor hanya merekodkan pergerakan minor bagi jatuhan jasad batuan sebanyak 30 cm sebegai tindak balas terhadap gegaran seismos permukaan akibat aktiviti volkanik yang masih berlangsung.

🌋

Aktiviti volkanik di Cumbre Vieja masih berterusan dengan sejumlah ratusan ribu isipadu cebisan batuan-batuan vokanik dihasilkan manakala debu-debu halus pula dilepaskan setinggi lebih satu kilometer menyebabkan penerbangan menuju ke arah laluan barat terpaksa dijadual semula atau diubah haluan. Destinasi-destinasi ke barat sebagai contoh adalah laluan ke Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Pada 13 Mei 2057, aktiviti vokanik di Cumbre Vieja di Kepulauan Canary mencapai episod kemuncaknya apabila sejumlah lava, lapilli, wedus gemble dan serpihan-serpihan batuan volkanik dilepaskan secara berkala dengan bunyi letusan aktiviti volkanik tersebut dapat didengari sejauh persisir pantai Sepanyol dan rantaian kepulauan-kepulauan yang cantik yang terdapat disekitar kepulauan terbabit.

Tiba-tiba, gegaran demi gegaran yang berlaku berhampiran Cumbre Vieja itu telah menyaksikan patahan major sepanjang 2.5 kilometer dibahagian barat Kepualaun Canary itu mengalami ketakstabilan. Ketakstabilan bagi jasad-jasad batuan hasil letusan volkanik itu menyebabkan kegagalan cerun dimana 500 km3 dengan jumlah isipadu jasad batuan yang gagal adalah 1.5 billion tan metrik berupa bahan tanah, serpihan volkanik dan juga batuan dari Kepulauan Canary menggelongsor jatuh ke dalam Lautan Atlantik.

Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now