Babak 32 : Anak Krakatau Meletus Pula

57 9 0
                                    

☄️ Bintang Aquarius

SESAMPAI sahaja mereka di atas permukaan planet TRAPPIST-1e tersebut, mereka dapat menikmati sebuah pemandangan indah sebuah planet muda, dengan tumbuh-tumbuhan tidak terlalu tebal tetapi penuh dengan warna-warni, dan aliran air-air tawar banyak terdapat di sana sini permukaan planet terbabit. Jika ingin diimaginasikan, lihat sahajalah pada permukaan Planet Ego dalam sekuel filem Guardian of The Galaxy Vol. 2. Sungguh indah dan berwarna warni.

Sedang mereka menyaksikan keindahan planet baru terbabit, tiba-tiba, telefon pintar modular Dr. Asyfan Haziq berbunyi.

"Aikk... ada pulak line kat sini." tegur Aidlee Anas sambil mengeluarkan telefon pintar modularnya sambil cuba mencari-cari line telefonnya.

"Barangkali pihak NASA sudah menempatkan satelit mereka berdekatan planet ni semasa program penjelajahan dahulu." jawab Dr. Asyfan Haziq sambil membelek-belek telefon modularnya.

"Aisehh man. Habis laa kali ini." Dr. Asyfan Haziq menepuk dahinya buat kali yang kedua.

"Kenapa Asy?" Kyra Umaira seperti dapat membaca sesuatu yang buruk bakal terjadi.

"Guys, tadi aku cakap aku ada benda nak bagi tahu kan?" Dr. Asyfan Haziq mula menyusun ayat.

"Ok. Cakap lah." Aidlee Anas cuba memberikan ruang sambil menghirup oksigen diplanet baru terbabit.

"Anak Krakatau." jawab Dr. Asyfan Haziq, ringkas.

"Kenapa dengan Anak Krakatau?!" kedua-duanya, Kyra Umaira dan Aidlee Anas memandang ke arah Dr. Asyfan Haziq dengan terbeliakkan mata mereka.

"Tengok ni" sambil menghulurkan telefon modularnya kepada kedua-dua rakan pengembaranya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"@BadanGunungBerapiIndonesia Anak Krakatau on Red Alert, seismically active level 5. Will explode at any time soon. Recover local people at area Lampung, Sunda Straits.

"Wow, that too fast." Kyra Umaira nyata terkejut.

"Memang sebelum ni Anak Krakatau ni dah aktif. Tapi tak sangka pulak letusan dia secepat ni. Mungkin sebab arus olakan yang sama yang menyebabkan letusan Supervolcano Yellowstone, berlaku juga kat Anak Krakatau ni." ulas Dr. Asyfan Haziq panjang lebar.

***
🌏 Bumi

Anak Krakatau terletak dibahagian selatan Pulau Sumatera, terletak ditengah-tengah Selat Sunda, sebuah selat yang memisahkan antara Pulau Sumatera dengan Pulau Jawa di Indonesia. Anak Krakatau terbentuk selepas termusnahnya Gunung Krakatau akibat letusan dahsyat yang pertama pada 26-27 Ogos 1883.

Oleh itu, setelah kali terakhir menghamburkan letusan yang amat dahsyat pada tanggal 27 Ogos 1883 oleh bapanya iaitu Krakatau, kini, pada tanggal 17 Julai 2057, sebuah lagi letusan yang maha dahsyat yang datangnya dari Selat Sunda telah mula 'mendendangkan' lagunya.

🌋 BOOM!

Letusan pertama Anak Krakatau ini dapat didengari sejauh Alice Springs, Australia sehingga ke Kepulauan Rodriguez, Afrika. Rakyat Malaysia yang pertama kali mendengar bunyi letusan Anak Krakatau ini nyata terkejut kerana bunyi letusan ini boleh mencapai sejauh ribuan kilometer. Bunyi letusan ini boleh digambarkan seperti bunyi beberapa meriam dari kampung sebelah yang dibakar secara berterusan tanpa henti semasa musim perayaan.

Pengiraan awal oleh para saintis bagi daya kekuatan bagi letusan Anak Krakatau ini boleh disamakan seperti 30,000 kali kekuatan bom atom 'Little Boy' yang dilepaskan oleh pihak Amerika di Hiroshima dan Nagasaki,  Jepun semasa penghujung Perang Dunia ke-2. Selain itu, akibat letusan Anak Krakatau ini juga, ombak tsunami tempatan yang mencecah ketinggian 10 meter mula menjengah Bandar Lampung. Selain itu, debu awan panas daripada Anak Krakatau ini turut bergerak melalui permukaan air lautan dengan kelajuan mencapai 200 km per jam, lalu menyinggah ke kawasan-kawasan pinggir laut seperti Bandar Lampung dan pelabuhan-pelabuhan disekitarnya.

Namun, masih ramai penduduk yang tidak dapat menyelamatkan diri ke tempat yang tinggi. Penduduk yang tidak sempat menyelamatkan diri terutamanya di Teluk Betung, Bandar Lampung, kawasan Labuhan serta kawasan sekitarnya samada terhanyut oleh ombak gadang tsunami, ataupun hilang dibawa debu-debu awan panas yang bergerak laju melalui permukaan air lautan itu. Sungguh menyedihkan sekali.

Kerajaan Indonesia telah mengeluarkan perintah darurat bencana akibat bencana dahsyat terbabit, dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang samada terperangkap, ataupun masih berada dikawasan pulau-pulau Selat Sunda, akan dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Tragedi tsunami akibat letusan Anak Krakatau ini merupakan antara yang paling dahsyat dan terburuk berbanding tragedi tsunami 26 Disember 2004 yang melanda Aceh pada awal abad ke-21 dahulu.

 Tragedi tsunami akibat letusan Anak Krakatau ini merupakan antara yang paling dahsyat dan terburuk berbanding tragedi tsunami 26 Disember 2004 yang melanda Aceh pada awal abad ke-21 dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa guna pakis sebatang,
Di tepi jalan dahannya dipatahkan,
Saya menulis tuan mendatang,
Manakah vote bintang 🌟 yang tuan janjikan?

Apa guna pakis sebatang,Di tepi jalan dahannya dipatahkan,Saya menulis tuan mendatang,Manakah vote bintang 🌟 yang tuan janjikan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now