Babak 38 : Look What You Made Me Do

83 9 3
                                    

UNTUK kesekian kalinya, Kyra Umaira terasa sungguh bodoh, buta dan tidak alert dengan keadaan sekeliling. Pedih lukanya diubati dengan perasaan dendam kesumat yang teramat sangat. Namun, dia tidak akan sekali-kali pun mengalah segala yang berlaku. Dia tidak akan membiarkan dirinya diperkotak-katikkan oleh lelaki-lelaki yang tidak berguna dalam hidupnya. Yang penting, dia perlu terus hidup untuk menyaksikan pembalasan dendam terbabit.

Tidak akan lengkap rasanya jika dia hanya mensia-siakan hidupnya hanya untuk ditangisi oleh sesuatu yang dia sendiri tidak ingini. Tidak akan manis rasanya jika episod pembalasan dendam terbabit tidak berlaku dihadapan matanya sendiri. Apalah guna jika dia mengusahakan semua ini (Alat tele-transportasi) jika dia sendiri tidak menyelamatkan diri dan terus hidup dalam penuh kekecewaan, tangisan dan kesedihan berpanjangan. Life must go on.

Jauh disudut hatinya, telah bersarang perasaan kesumat yang tidak terselam, dengan arus-arus rindu-dendam yang kadang kala berubah-ubah arah, telah memburukkan lagi keadaan. Dendam untuk membuktikan bahawa Kyra Umaira juga mampu berdiri sendiri tanpa memerlukan insan bergelar lelaki. Walaupun tampak salah, namun, dia sudah serik untuk ditipu oleh lelaki lagi. Dengan kata lain, Kyra Umaira mula mahu menjadi seorang feminist.

Kyra Umaira berikrar, sebaik sahaja dia melangkah ke planet baru nanti, dia akan memulakan hidup baru, semangat baru, dengan ibunya, Mak Bedah. Dia takkan menoleh kebelakang lagi, tunduk pada kenangan lalu. Dia akan muncul sebagai Kyra Umaira yang baru. Seorang Kyra Umaira yang lebih cerdik, lebih tangkas dan juga lebih berhati batu berbanding Kyra Umaira di bumi.

Tali pertunangan nampak gayanya tidak dapat di kekalkan lagi daripada terputus. Dia hanya menyerahkan kepada masa dan takdir samada hubungan ini masih relevan ataupun perlu dikaji, difikirkan semula. Dia tidak berniat sekalipun akan berbincang walau sekelumit kata dengan Dr. Asyfan Haziq.

Ketika Kyra Umaira melangkah ke khemah bersama ibunya, Mak bedah, tiba-tiba telefon modularnya berbunyi.

Kringggg..... Kringgg.... Kringgg....

Nama 'Dr. Asyfan Haziq' terpampang pada skrin telefon modular berjenama Apple terbabit.

Kyra Umaira tersenyum sinis lalu panggilan terbabit diangkatnya.

"Hello...Hello Kyra...." Dr. Asyfan Haziq melantunkan suaranya dihujung talian. Kedengaran seperti tergesa-gesa gayanya.

"I'm sorry, the old Kyra can't come to the phone right now." Kyra Umaira mula bersuara, membalas panggilan Dr. Asyfan Haziq sambil berbahasa Inggeris. Nampak seperti kelihatan bongkak gayanya.

"Hello....Hellooo Kyra.....Why?" Ada pertanyaan dihujung talian Dr. Asyfan Haziq. Dia menjadi pelik.

"Oh, 'cause she's dead!

" Thank U, Next" Kyra Umaira menjawab soalan terbabit dengan beberapa perkataan yang ringkas lalu menutup talian panggilan terbabit.

"Uh?"

Itulah perkataan terakhir yang didengarinya daripada kotak suara Dr. Asyfan Haziq sebelum Kyra Umaira menyekat nombor terbabit buat selamanya.

-TAMAT-

-TAMAT-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kuda hitam selalu meragam,Makin diajar bertambah lah kaya,Komen ⬇️ terbit tenangkan alam,Bintang 🌟 terbit terangkan karya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kuda hitam selalu meragam,
Makin diajar bertambah lah kaya,
Komen ⬇️ terbit tenangkan alam,
Bintang 🌟 terbit terangkan karya.

Kuda hitam selalu meragam,Makin diajar bertambah lah kaya,Komen ⬇️ terbit tenangkan alam,Bintang 🌟 terbit terangkan karya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now