Babak 31 : Pengembaraan Planet TRAPPIST-1e Bermula!

52 10 0
                                    

SUIS gegelung alat trans-teleportasi kepunyaan Kyra Umaira itu mula dihidupkan kembali setelah beberapa jam dimatikan. Begitu pantas suhu sekitaran mempengaruhi proses penyejukkan peranti terbabit. Bunyi alat gegelung itu kembali berfungsi sambil memulakan operasi membingit sekitar kawasan makmal berkenaan tatkala suasana malam telah pun menjelma.

Sreettt.... srettt..... srettt....

SiTi, pembantu maya alat transportasi itu mula bersuara.

"Alat trans-teleportasi telah dihidupkan. Kemaskini software 0%..."

"Aisehh. Ada pulak kemaskini software lagi ni, Kyra." Aidlee Anas mengeluh sendirian.

"Ye laa. Peranti aku kan guna windows 10. Memang kadang-kekadang kena update software dulu." Kyra Umaira menerangkan kepada rakan-rakannya.

"Owh. Ya. Aku lupa. Hehe.." kata Aidlee Anas sambil mula menunggu kemaskini berakhir.

Setelah beberapa minit, SiTi pun bersuara.

"Kemaskini software mencapai 100%. Kini, peranti anda sedia digunakan."

"Orait. Menetapkan haluan. Aidlee, tekan butang 39." Kyra Umaira mengarahkan Aidlee Anas menekan papan kekunci bernombor '39'.

"Kenapa '39'?" Aidlee Anas bertanya kepada Kyra Umaira sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Planet TRAPPIST-1e kan sejauh 39 kelajuan cahaya dari planet bumi. Haa lupa dah tu." Dr. Asyfan Haziq menegur si Aidlee Haziq yang terkenal dengan sifat cepat pelupanya itu.

"Eh? Ha'ah. Serius aku lupa." Aidlee Anas cuba untuk cover sifat kepelupaan yang telah ada pada diri itu.

Sementara itu, sedang mereka bertiga bersiap siaga bagi mula menjelajah planet baru, Hariz Aiman, pelajar tahun akhir dibawah pemantauan Dr. Asyfan Haziq ada berkongsi kemaskini terkini berkenaan situasi semasa daripada laman sosial twitter.

"@BadanGunungBerapiIndonesia Supervised monitoring for Anak Krakatau : Red alert, explosion level 5 predicted end of this weekend, seismicaly active."

Dr. Asyfan Haziq mula menepuk dahinya sendiri. Anak matanya dilarikan kearah Kyra Umaira dan Aidlee Anas. Kedua-duanya sedang sibuk menekan papan kekunci gergasi sambil mempersiapkan diri untuk episod penjelajahan seterusnya. Jelas terpancar kerisauan dan kegusaran daripada riak muka Dr. Asyfan Haziq. Dia tidak menjangkakan ianya berlaku secepat itu.

"Kau dah kenapa, Asyfan? Dah macam ayam berak kapur dah aku tengok." Aidlee Anas menegur perilaku Dr. Asyfan Haziq yang mula menampakkan tanda-tanda berubah.

"Kau ada masalah apa-apa ke, Asy. Sampai pandang macam orang tak puas hati ni?" Kyra Umaira juga terperasankan perubahan ketara pada tingkah laku Dr. Asyfan Haziq.

"Takpe lah. Nanti dah sampai sana nanti, aku cerita laa. Now, kita fokus pada tujuan hakiki kita dahulu. Perkara ini harus disudahkan terlebih dahulu." Dr. Asyfan Haziq menenangkan rakan-rakannya yang lain.

Kerja yang mereka sudah mulakan harus diteruskan lalu disudahkan tidak kira apa hasilnya nanti. Tidak ada apa yang dapat menghalang walau Anak Krakatau meletus jua akhirnya.

Gegelung peranti trans-teleportasi milik Kyra Umaira sudah memancarkan sinar lutsinar, menandakan alat itu sudah bersedia untuk diteleportkan ke destinasi yang telah ditetapkan.

Segala barang-barangan keperluan lapangan seperti air mineral, sedikit roti, beg, tukul dan kompas geologi serta buku-buku nota akan dibawa sekali. Parang panjang, mercun bola serta pisau lipat juga turut dibawa bersama dengan tujuan keselamatan, jikalau ada apa-apa yang terjadi, in case.

"Orait. Jom kita mulakan pengembaraan lagi!" jerit Aidlee Anas yang kelihatan teruja dengan pengembaraan kali ini.

Dengan perasaan bercampur baur, mereka bertiga pun menapak masuk ke portal gegelung terbabit sambil melangkah perlahan-lahan menerusi sinar lutsinar terbabit.

Sejurus selepas itu, SiTi, alat pembantu maya milik Kyra Umaira bersuara:

"Kepada Dr. Asyfan Haziq, Kyra Umaira serta Aidlee Anas...

Bunyi drum 🔊

"Selamat Datang ke Planet TRAPPIST-1e. Kini anda berada 39 tahun kelajuan cahaya dari planet Bumi"

 Kini anda berada 39 tahun kelajuan cahaya dari planet Bumi"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Guna apa Bengkalis sebatang,Di tepi jalan dahan melintang,Saya menulis tuan mendatang,Mengharap bintang 🌟 dan juga perbincang ⬇️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Guna apa Bengkalis sebatang,
Di tepi jalan dahan melintang,
Saya menulis tuan mendatang,
Mengharap bintang 🌟 dan juga perbincang ⬇️.

Guna apa Bengkalis sebatang,Di tepi jalan dahan melintang,Saya menulis tuan mendatang,Mengharap bintang 🌟 dan juga perbincang ⬇️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now