Babak 34 : Jampi

64 9 1
                                    

🌏 Planet Bumi

BERITA mengenai kejayaan saintis negara dalam usaha mencari kawasan penempatan baru bagi rakyat Malaysia menyelamatkan diri telah tular sepantas kilat dan kini tersebar luas dipelusuk media-media sosial negara. Rakyat Malaysia bagai dijampi dengan berita gembira terbabit sehingga beberapa tangga pagar (hashtag) telah sohor kini (trending) dimedia-media sosial. Tanda pagar seperti #PlanetTRAPPIST1e dan juga #PlanetBaru mula sohor kini sejak pagi, menandakan pengharapan rakyat malaysia yang tertinggi dalam usaha menyelamatkan diri daripada bergelumang dengan bencana alam yang bertimpa-timpa itu.

Kegembiraan rakyat Malaysia walaubagaimanapun perlu disimpan terlebih dahulu oleh kerana Dr. Asyfan Haziq, Kyra Umaira dan Aidlee Anas perlu bertemu dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencari jalan untuk merancang pelan penyelamatan besar-besaran secara terperinci dan diperhalusi oleh menteri-menteri kabinet, sidang parlimen tergempar dan seterusnya perlu dipersetujui oleh pemimpin tertinggi negara. Pelan penyelamatan mega itu perlu mendapat kerjasama kesemua kerajaan-kerajaan negeri, selain mengelakkan kesesakkan yang teruk semasa proses pemindahan berjalan.

Satu pelan yang efektif, alternatif dan produktif perlu dirangka dengan penuh terperinci, mengambilkira kesemua aspek, termasuklah sisa masa yang ada untuk proses pemindahan tersebut. Kelengkapan seperti khemah, makanan asas, benih-benih pokok utama, dan alat-alat pembinaan yang menggunakan teknologi pasang siap (IBS) perlu melalui proses pemindahan terlebih dahulu. Bekalan makanan asas perlu dipersiapkan untuk jangka masa setahun, dan perlu disediakan untuk jumlah bekalan pada kadar 50 juta rakyat Malaysia ketika itu. Perkara-perkara ini amatlah penting supaya masalah-masalah seperti kekurangan makanan, keracunan makanan serta aksi berebut-rebut tidak berlaku semasa proses penempatan sementara di planet baru nanti.

Untuk pengetahuan, kerajaan telah mensetor sejumlah bekalan-bekalan makanan asas dengan kadar yang begitu banyak disetiap negeri bagi menghadapi sebarang bencana diluar jangka, seperti beras, mee segera dan pelbagai makanan kering yang tahan lama. Antara bencana luar jangka yang kerap kali berlaku dinegara ini adalah seperti banjir besar, gempa bumi, tsunami serta episod kemarau panjang yang memusnahkan tanaman dan juga memutuskan bekalan makanan ke sesuatu kawasan.

***

Nota kaki:

Planet TRAPPIST-1e atau nama saintifiknya 2MASS J23062928-0502285 e adalah sebuah planet yang memang sedia wujud dan bukanlah rekaan fiksyen semata-mata. Jika pembaca berkelapangan, bolehlah membaca profil planet ini melalui link ini 👉🏼 https://en.m.wikipedia.org/wiki/TRAPPIST-1e

Kalau lah bukan kerana bulan,Masakan bintang 🌟 terbit pagi,Kalau lah bukan kerana vote⬇️ tuan,Masakan saya dapat menulis lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau lah bukan kerana bulan,
Masakan bintang 🌟 terbit pagi,
Kalau lah bukan kerana vote⬇️ tuan,
Masakan saya dapat menulis lagi.

Kalau lah bukan kerana bulan,Masakan bintang 🌟 terbit pagi,Kalau lah bukan kerana vote⬇️ tuan,Masakan saya dapat menulis lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now