Saffiyah tersenyum mendengar bebelan Izz itu. Sejak dua menjak ni, Izz sentiasa membebel hal yang remeh temeh. Tetapi Saffiyah bahagia apabila mendengar bebelan tersebut. Dia dapat tahu dari bebelan Izz itu, Izz sangat sayangkan dia.

" Kita beli barang untuk Irfan sekali. Boleh? " Tanya Saffiyah apabila mereka jalan masuk ke dalam pusat beli belah tersebut. Bukan apa, tak adil kalau beli barang untuk baby di dalam perutnya sahaja. Nanti mesti Irfan akan cemburu ataupun terasa hati.

" Boleh, mestilah daddy kena beli barang untuk anak manja daddy ni juga. Anak daddy nak apa? Toys? Shirts? Shoes? Or anything you want? " Tanya Izz sambil mendukung Irfan.

Saffiyah tersenyum melihat Irfan malu apabila seorang budak perempuan melihatnya yang sedang dimanjakan oleh Izz. Hilang macho Irfan di hadapan budak perempuan tersebut.

" I want toys! " Jerit Irfan dengan gembira.

Izz meletak Irfan ke atas lantai kembali. Makin berat anak lelakinya itu. Irfan pada tahun hadapan akan masuk usia 6 tahun. Izz dapat lihat bahawa Irfan membesar dengan penuh kasih sayang yang diterima olehnya dan terutama lagi daripada Saffiyah.

" Okay nanti kita cari toys untuk Irfan. Sekarang kita cari baju untuk adik dulu, boleh? " Tanya Izz lalu memimpin tangan Irfan.

Izz memandang Saffiyah yang seperti mengelamun.

" Sayang, kenapa? Nak abang dukung sayang macam Irfan juga ke? " Tanya Izz dengan nada nakal.

Irfan sudah tergelak mendengar ayat nakal Izz itu.

" Abang Irfan dengarlah. " Kata Saffiyah sambil memukul lengan sasa milik Izz.

Irfan hanya tersengih-sengih memandang Izz dan Saffiyah.

" Nakalnya Irfan ni. " Kata Saffiyah sambil mengacah-acah untuk menggeletek Irfan. Tetapi cepat-cepat Irfan lari daripadanya.

" Kejarlah Irfan! " Kata Irfan dengan nada mengusik.

Saffiyah menanyakan muka cemberut.

" Sampai hati Irfan, tahulah mummy dah tak boleh kejar Irfan macam dulu. " Kata Saffiyah dengan nada sedih.

" Tak payah nak felling-felling dekat sini lah. Sekarang jom kita beli barang baby dulu. " Kata Izz lalu memeluk pinggang milik Saffiyah.

" Abang, kita beli warna putih jelah dulu. Kita tak tahu jantina anak kita apakan? " Kata Saffiyah apabila Izz mengambil baju baby berwarna biru. Mereka tidak dapat melihat jantina anak yang berada di dalam kandungan Saffiyah kerana anak kecil itu setiap kali ingin melakukan ujian ultrasound, pasti dia akan menyorokkan wajahnya serta alat sulitnya.

' Nakal macam Irfan dan Izz, anaknya ini. '

Kata Saffiyah di dalam hati sambil mengusap lembut perutnya yang bulat seperti bola itu.

" Hurm, okay. Tapi abang nak beli satu baju ni. Mesti comel kalau anak kita pakai. " Kata Izz sambil menunjukkan baju berwarna biru untuk bayi lelaki.

" Abang, kita tak tahu lagi anak kita perempuan ataupun lelaki kan? " Tanya Saffiyah lagi. Dia sebenarnya agak tergugat apabila melihat gaun kecil untuk bayi perempuan di hadapannya sekarang.

Cantik. Dia sudah dapat bayangkan anaknya yang pakai.

" Tapi kita beli lah dulu. Kalau perempuan boleh je pakai warna ni. " Terang Izz lalu meletakkan baju itu di dalam bakul yang dia pegang.

" Irfan mana? " Tanya Izz kepada Saffiyah.

" Baaa! "

Saffiyah dan Izz mengurut dada apabila Irfan tiba-tiba muncul di sebalik baju yang tergantung di rak pakaian.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now