BAB 8

9.1K 317 23
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


_____✿_____


" Assalamualaikum. Selamat datang kak Ya. "

Pekerja butik pengantin itu mesra menyambut kedatangan Puan Suraya.

Saffiyah dan Summayah turut bersalam dengan pekerja butik itu. Pekerja butik itu sudah kenal dengan umi nya kerana butik umi nya dan butik pengantin ini telah menjalinkan hubungan kerjasama dalam sebuah projek fesyen.

" Datin Khatijah dah sampai? " Puan Suraya bertanya apabila pekerja itu membawa mereka ke ruang untuk tetamu.

Pekerja itu hanya mengangguk.

Dari jauh Saffiyah nampak dua susuk tubuh sedang duduk di sofa membelakanginya.

Saffiyah mengecilkan matanya apabila terpandang satu susuk tubuh lelaki.

Dia menarik tangan Summayah bersembunyi di belakang patung yang memperagakan pakaian.

" Kau asal duh? " Summayah memarahi Saffiyah yang mengejut menariknya seperti tadi.

Saffiyah memberi isyarat untuk diam dengan meletakkan jari terlunjuknya di bibir Summayah.

" Aku takutlah nak tengok bakal suami aku tu. " Saffiyah menerangkan apa yang membuatkan dia risau sedari tadi lagi.

" Asal kau takut? Takut muka suami kau tu penuh dengan jerawat? Takut gigi suami kau tu jongang? Dah jangan nak merepek, jom kita pergi dekat umi kau sekarang. " Summyah menarik tangan Saffiyah untuk keluar dari tempat persembunyian mereka.

Saffiyah sehabis baik untuk menyorok di belakang Summayah supaya tidak dilihat oleh Datin Khatijah dan anaknya.

Bila mereka sampai di sana susuk tubuh lelaki tadi sudah hilang.

Saffiyah tercari-cari di mana lelaki itu berada.

" Saff cari Izz ke? Izz ada dalam bilik koleksi baju pengantin. Dia sedang pilih baju. Kamu pun masuklah pilih design baju yang kamu berkenan. Jangan lupa decide warna baju sekali. "

Belum sempat Saffiyah nak membantah, Summayah menolaknya hingga masuk ke dalam bilik yang ditunjuk oleh Datin Khatijah sebentar tadi.

Saffiyah memandang Summayah dengan pandangan maut. Tetapi Sumayyah buat-buat sibuk berbincang warna dan baju yang terdapat dalam buku katalog, dengan Puan Suraya dan Datin Khatijah.

Nak tak nak, Saffiyah masuk ke dalam bilik baju pengantin dengan langkah yang berat.

Retina matanya menyambut kehadiran dua susuk tubuh yang berdiri di hadapan almari kaca meletakkan baju melayu.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now