BAB 34

7.1K 220 10
                                    

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


_____✿_____


Hari ini sudah masuk hari ke-4 Saffiyah menetap di Hospital besar Shah Alam. Dan hari ini, akhirnya dia dibenarkan pulang atas kebenaran doktor pakar perempuan.

Alhamdulillah dia sudah sihat sepenuhnya.

" Abah, umi. Dah lama sampai? "

Tanya Izz yang baru muncul di wad perempuan. Dia mencium tangan Encik Faizul dan Puan Suraya.

Matanya beralih ke arah Saffiyah yang sedikit pun tidak memandang dirinya.

Saffiyah masih marahkan dia lagi. Dia ingat lagi 2 hari lepas Saffiyah menghalaunya balik. Saffiyah kata yang Izz tidak diperlukan olehnya lagi. Dia boleh jaga dirinya sendiri.

Dengan pasrah, Izz meninggalkan wad perempuan itu lalu menelefon adik iparnya, Sorfina untuk temankan Saffiyah yang keseorangan di wad perempuan tersebut. Dia tidak berani untuk tinggalkan Saffiyah seorang diri di wad ini.

" Ye. Kami baru sampai. Izz dari mana ni? " Pertanyaan Puan Suraya itu membuatkan lamunan Izz mati.

Izz tersenyum apabila Puan Suraya bertanya soalan sebegitu.

Nampaknya Saffiyah memang sedang mengaktifkan serangan untuk buat Izz seperti tidak wujud di dalam kehidupannya. Sampaikan dia yang pergi uruskan urusan bil hospital pun tidak diceritakan kepada ibu bapa mertuanya. Sedangkan, dia sudah memberitahu kepada Saffiyah untuk ke kaunter pembayaran.

" Izz uruskan bil hospital sebelum Saffiyah keluar. " Terang Izz.

Puan suraya menganggukkan kepalanya.

Izz bersyukur kerana ibu dan bapa mertuanya tidak salahkan diri nya tentang hal yang sudah terjadi, biarpun ini sememangnya kesalahan dia.

" Sayang, cepat lah bersiap. Saff tu dah boleh check out. Ke nak stay dekat sini lagi? " Encik Faizul bertanya dengan lembut apabila melihat Saffiyah seperti berada di dunianya sendiri.

Saffiyah mengangguk kecil. Dia terkial-kial untuk turun dari katil itu. Tiba-tiba, terasa sengal di bahagian alat sulitnya.

Izz menghampiri untuk membantu Saffiyah yang seperti teragak-agak untuk turun dari katil. Apabila tangan Izz memegang tangan Saffiyah, Saffiyah menepis dengan kasar.

Encik Faizul dan Puan Suraya yang dapat bau pergaduhan di antara pasangan suami isteri itu, saling berpandangan.

Puan Suraya berjalan menghampiri Saffiyah.

" Izz, biar umi tolong Saff. " Kata Puan Suraya dengan lembut. Dia membantu anaknya turun dari katil itu dengan berhati-hati.

" Izz sabar lah. Perempuan mengandung memang emosi sikit. Masa umi kamu tu mengandungkan si Saff, macam itu lah perangainya. Sebiji. Masa mengandungkan anak-anaknya yang lain tak adalah emosi macam itu. " Terang Encik Faizul dengan ketawa kecil apabila teringatkan memori tentang isterinya yang mengandungkan anak perempuan sulungnya itu.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now