BAB 24

8.3K 254 22
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


_____✿_____


" Mummy, uncle Airiel ajak Irfan tidur dekat rumah dia. Boleh ke? " Tanya Irfan apabila Saffiyah baru melangkah masuk ke dalam rumah. Saffiyah memandang Irfan dan seorang perempuan di sebelahnya.

" Mana uncle? " Tanya Izz yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

" Ada dekat taman. " Jawab Irfan. Izz melangkah keluar ke taman.

" Pergilah sayang. Tapi jangan naughty-naughty tau. Kalau mummy tahu Irfan naughty dekat rumah uncle Airiel, mummy tak kasi dah pergi tidur dekat sana. " Saffiyah memberi amaran. 

Irfan tersenyum kecil.

" Tak, Irfan tak naughty. Tak percaya tanya nek Nab. " Kata Irfan lalu berlari naik tangga.

" Macam mana perangai Irfan hari ini mak Nab? " Tanya Saffiyah sambil memandang wajah wanita tua yang mesra dipanggil mak Nab.

Sekarang, Izz mengambil mak Nab untuk menjaga Irfan apabila dia pulang dari tadikanya dan mengemas rumah. Tugas memasak dilarang sesama sekali, kerana Izz hanya mahu makan masakan isteri nya yang masak.

" Irfan okay. Dia tu budak baik. Tak nakal pun. Suka mak Nab tengok budak itu. " Jelas mak Nab dengan senyuman di bibirnya. 

Safiyah ketawa kecil.

" Baguslah macam tu. Sebab Irfan tu nakal sikit kalau dengan orang yang baru dia kenal. " Kata Saffiyah dengan gelakkan. Dia ingat lagi kali pertama dia berjumpa dengan Irfan, Irfan sentiasa kacau dia.

" Tak Irfan okay jer dengan mak Nab. Puan nak air? Mak Nab boleh tolong buatkan. " Saffiyah memandang mak Nab dengan pandangan tidak puas hati.

" Apa ni mak Nab. Kan Saff dah kata jangan panggil Saff macam tu. Saff dah anggap mak Nab macam mak Saff dah. Mak Nab panggil Saff jelah. Jangan lah panggil macam tu. Nanti Saff ngajuk kan. " Kata Saffiyah dengan muncung di bibirnya. 

Mak Nab ketawa.

" Mak nab bukan apa, mak Nab cuma tak biasa sebab majikan mak Nab yang sebelum ini, mak Nab dah terbiasa dengan panggilan itu. Lagipun, mak Nab segan sebab puan dan tuan banyak tolong mak Nab. " Kata mak Nab dengan senyuman manis di bibirnya.

" Mak Nab janganlah kata macam tu. Saff dan Izz anggap mak Nab macam keluarga kita orang dah. Mak Nab janganlah buat segan macam tu. " Kata Saffiyah sambil memeluk bahu mak Nab.

" Okay lah,mak nab. Saff nak naik mandi sekejap. Badan dah melekit ni. " Kata Saffiyah dengan gelakkan kecil. Dia mendaki anak tangga apabila mak Nab meminta untuk membuat air kepada Airiel dan Izz.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now