BAB 22

8.6K 262 9
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


_____✿_____


" Kau gaduh dengan Izz ke, Saff? " Tanya Summayah apabila melihat Saffiyah tidak berada di sisi Izz. Biasanya berkepit 24 jam macam belangkas tetapi ini tak pula. Seorang di atas batu, seorang duduk bawah pokok.

" Mana ada. " Tipu Saffiyah. Dia mengeluh.

" Tipu. Biasanya kau berdua asyik berkepit macam kita kan sayang? " Lutfi tersenyum manis memandang Summayah. Summayah tertunduk malu. Saffiyah sudah meluat dengan drama romantik di hadapannya sekarang ini.

" Korang ni, nak buat sweet, sila berambus dari aku. " Kata Saffiyah sambil menongkat dagu memandang laut di hadapannya.

Selepas mereka semua check out dari resort Melaka, diaorang bergerak ke Port Dickson untuk bercuti bersama-sama.

" Okay fine. Aku cau dulu. Korang berborak lah. " Kata Lutfi memberi privasi untuk dua sahabat itu berbual sesama mereka.

" Okay, Saff. Now, cerita dekat aku, apa terjadi antara kau dan Izz. " Kata Summayah dengan serius. Dia mengusap perutnya yang mempunyai zuriatnya dan Lutfi. Kandungannya sekarang sudah masuk 3 minggu.

" Tak ada apa-apa lah. " Saffiyah menindakkan kata-kata Summayah itu. Sebenarnya, dia tak nak masalah rumah tangga nya dengan Izz, diketahui oleh kawan-kawannya.

" Kau jangan nak tipu. Aku boleh nampak dari muka kau, yang kau ada masalah. Kalau tidak, kenapa korang duduk jauh-jauh macam ni. " Kata Summayah.

Saffiyah memandang Summayah.

" Aku tak nak susahkan kau, Su. " Kata Saffiyah dengan jujur. 

Summayah mengeluh.

" Saff, bukan nama sahabat baik kalau tidak dapat tolong dia dalam kesusahan macam ni. " Kata Summayah dengan lembut sambil menggenggam erat tangan Saffiyah.

" Kalau kau keberatan nak cerita, tak apa. Aku faham. " Kata Summayah sambil tersenyum kecil. Dia berura-ura untuk meninggalkan Saffiyah.

Saffiyah menahan sebak di dadanya. Sejujurnya, dia terasa berat dengan masalah yang dialaminya sekarang.

Saffiyah menarik tangan Summayah supaya tidak meninggalkan dirinya.

" Su, sebenarnya semalam, aku terlepas kata-kata yang menyakitkan hati Izz. " Akhirnya Saffiyah membuka cerita. Dia menarik nafas dalam-dalam.

" And then? Apa kau cakap dekat dia? " Tanya Summayah dengan berminat. Dia memandang Saffiyah dengan pandangan risau.

" Aku cakap dekat dia, jangan terlalu berharap untuk mencintai aku sebab aku takut dia akan menyesal apabila aku tinggalkan dia satu hari nanti. " Cerita Saffiyah dengan keluhan. Summayah menarik Saffiyah ke dalam pelukannya.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now