BAB 32

8.1K 242 20
                                    

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.


_____✿_____


" Tahniah Puan, Puan mengandung 2 bulan 2 minggu. " 

Mata Saffiyah membulat besar. Mulutnya turut terlopong. Dia memandang doktor yang berada dihadapannya itu dengan pandangan yang tidak percaya.

" Betul ke doktor? Ke saya tersalah dengar? " Tanya Saffiyah dengan tergagap-gagap. 

Dalam sudut hatinya, dia berharap yang doktor di hadapannya itu akan mengatakan yang dia tidak salah dengar dengan kata-katanya sebentar tadi.

" Betul. Puan tidak salah dengar. Puan mengandung dan usia kandungan Puan sekarang ialah 2 bulan 2 minggu. " Terang doktor itu lagi. Kali ini senyuman manis terukir di bibirnya. Dia tahu, Saffiyah masih muda dan dia suka melihat gadis itu seperti tidak percaya dia akan mengandung pada usia yang begitu muda. 

Akhirnya, air mata Saffiyah mengalir ke pipi bagai air terjun yang mengalir dengan deras. 

Air mata bahagia. 

Ya, dia akan menjadi ibu tak lama lagi.

" Terima kasih doktor. Tapi doc, saya tak mimpi kan? Atau ini prank? " Saffiyah masih tidak percaya lagi. 

Doktor perempuan yang manis bertudung litup itu ketawa mendengar kata-kata Saffiyah.

" Saya sudah dengar ayat seperti puan tadi daripada kesemua patient saya, selama saya bekerja sebagai doktor. Tapi, ini realiti. Puan akan menjadi ibu tak lama lagi. " Terang doktor perempuan itu. 

Air mata Saffiyah kembali mengalir. Dia menyentuh perutnya.

" Boleh saya nak tahu, keadaan baby saya dekat dalam ni? " Tanya Saffiyah lagi. 

Doktor itu tersenyum.

" Boleh. Kita boleh buat ultrasound dan boleh nampak keadaan baby di dalam perut puan kerana usia kandungan puan sudah cecah 2 bulan. " Doktor itu bangun dari kerusinya dan mula bergerak ke katil di belakang Saffiyah.

Saffiyah turut bangun dari kerusinya dan mula bersiap untuk membuat ujian ultrabunyi.

" Walaupun kandungan puan masih awal, tetapi In Sha Allah kita dapat lihat fetus anak puan. " Doktor itu fokus pada skrin sonogram manakala tangannya sibuk menggerakkan alat yang dikenali sebagai transducer di perut Saffiyah. 

" Ha, ni anak puan. " Kata doktor itu dengan teruja sambil jarinya menunjuk ke arah skrin. 

Saffiyah tersenyum haru apabila melihat fetus yang berbentuk sekecil kacang tanah di dalam perutnya itu.

Kerana Dia Jodoh AkuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ