BAB 30

8.8K 250 8
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


_____✿_____


" Saff! Fina! Alya! Aina! Bangunlah! Matahari dah tegak atas kepala tak reti nak bangun lagi ke? " Bebel mama chik di dapur.

" Biarlah diorang tidur. Letih gamaknya. " Nek Mah membela cucu-cucu kesayangan nya itu.

" Mak, budak-budak zaman sekarang, jangan nak bagi muka sangat. Nanti lagi lah manja. " Mama chik tidak puas hati apabila mak nya mula membela cucu-cucunya. 

Nek mah hanya buat muka bodoh dan berjalan keluar dari dapur.

" Assalamualaikum! " 

Suara orang memberi salam membuatkan Encik Faizul yang sedang bermain angsa nya memandang ke halaman hadapan.

" Waalaikumussalam. " Encik Faizul keluar dari sangkar angsa dan berjalan ke arah tetamu itu.

" Siapa yang datang bang? " Tanya Puan Suraya yang baru keluar dari bilik. 

Encik Faizul tersenyum penuh makna di bibirnya.

" Pergi kejutkan Saff. Kata kawan dia nak jumpa. " Terang Encik Faizul lalu keluar kembali ke halaman rumah.

" Pelik? Takkan lah kawan Saffiyah, sampai kan tersenyum macam tu sekali. " Puan suraya membebel sendirian.

" Hah cik Su! "

" OHMAKKAUAYAMKAUTERLEPAS! " Puan Suraya melatah apabila seseorang menghempuk bahunya. Tak lain dan tak bukan, orang yang sama yang selalu mengenakan orang. 

Umar lah jawapannya.

" HAHAHAHA! Mesti cik Su tengah mengumpat ayah Zul kan? " Tanya Umar sambil menekan perutnya. 

Gaya dia pegang tu macam lah perut tu boleh pecah.

" Ada-ada jelah kau ni. Baik kau gerak sepupu-sepupu kau tu. Matahari dah tegak atas kepala pun tak bangun-bangun lagi. Pengsan gamaknya. " Bebel Puan Suraya lalu berjalan ke arah dapur.

" Kau jangan pergi serbu ke dalam bilik anak dara tu pula. Menjerit nanti kan. Ketuk pintu je. " Pesan Puan Suraya lagi. 

Umar bukan boleh kira. Kalau dia tak pesan, dengan selamba je dia serbu bilik anak dara itu.

" Aip aip capten! " Kata Umar lalu berlari anak naik tangga ke bilik anak dara yang sedang terbongkang.

" Woi! Korang! Bangun, bangunlah. Korang ni anak dara ke tak ha? Kau tak malu ke dengan aku? Aku yang lelaki pun boleh bangun awal dari kau. Anak dara apa lah. " Umar mengetuk pintu sambil memuji dirinya sendiri.

Kerana Dia Jodoh AkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora