BAB 38

6.8K 210 6
                                    

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.


_____✿_____

5 bulan kemudian...


Hari berganti hari, bulan berganti bulan.

Hari ini usia kandungan Saffiyah mula memasuki bulan yang kelapan. Dan hanya beberapa minggu lagi akan masuk tahun baru.

Usia perkahwinan Saffiyah dan Izz juga sudah memasuki angka 1 tahun 3 bulan. Hubungan mereka berdua bertambah mesra apabila sudah hidup bersama selama 15 bulan.

Tentang surat ugutan dari peminat Saffiyah 5 bulan yang lepas, sudah dilupakan oleh Saffiyah dan Izz. Bagi mereka, itu hanyalah surat seseorang yang ingin menakutkan Saffiyah. Hampir sebulan lebih juga Saffiyah trauma dengan ugutan tersebut.

" Alhamdulillah. Kandungan puan sihat seperti ibunya. Tiada apa masalah. Due date puan berkemungkinan jatuh pada awal bulan 2. " Terang doktor perempuan, selaku doktor peribadi keluarga Saffiyah yang selalu memeriksa kandungan Saffiyah.

Saffiyah dan Izz hanya mengangguk faham.

" Kalau tak ada apa-apa, kami keluar dululah doktor. " Kata Izz sambil mendukung Irfan. Saffiyah bersalam dengan doktor itu dan saling bertukar senyuman.

" Abang, Saff rasa tak sabar nak lahirkan anak kita ni. " Kata Saffiyah sambil mengusap perutnya yang makin membesar itu.

Izz hanya tersenyum dan mula memandu.

" Baby, cepatlah keluar. Mummy, daddy dan abang Irfan tak sabar nak tengok baby keluar. Betul tak abang Irfan? " Tanya Saffiyah sambil menoleh ke tempat duduk belakang.

Irfan tersenyum lalu mengangguk laju. Dia menghulurkan kepalanya di tengah-tengah tempat duduk hadapan.

" Adik, cepatlah keluar. Abang tak sabar nak main dengan adik. " Kata Irfan sambil mengusap perut besar Saffiyah itu. Saffiyah dan Izz tersenyum senang hati dengan perlakuan Irfan itu. Izz dapat melepaskan nafas lega apabila Irfan dapat menerima baby di dalam kandungan Saffiyah itu.

" Daddy, nanti adik dah lahir, Irfan nak tidur dengan adik boleh? " Tanya Irfan sambil memandang Izz yang sedang fokus memandu.

" Mestilah boleh sayang. Nanti mummy dan daddy nak buat bilik untuk abang Irfan dan adik. " Jawab Saffiyah bagi pihak Izz.

Irfan bersorak gembira. Dia kembali duduk di tempatnya.

" Kenapa kita pergi sini? " Tanya Saffiyah apabila kereta Toyota Camry milik Izz masuk ke dalam petak parkir Aeon Mall.

" Barang anak kita bila nak beli kalau bukan sekarang? Nak tunggu anak kita keluar dulu baru kalut nak beli? " Bebel Izz sambil mematikan enjin keretanya.

Kerana Dia Jodoh AkuΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα