BAB 12

9.1K 287 7
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____✿_____

Tiba hari di mana mereka sekeluarga bertolak ke kampung milik Encik Faizul di Kelantan.

Saffiyah memandang Irfan yang sudah terlena di seat belakang.

Matanya beralih kepada Izz yang tenang memandu. Dia meneliti setiap inci bahagian muka Izz.

Izz Nadzrin, seorang lelaki yang mempunyai ukuran badan seperti seorang model. Mempunyai seraut wajah yang tampan. Berbadan tegap dan sasa. Berkulit sawo matang, hidung mancung, bibir berwarna merah tandanya dia tidak merokok. Rambutnya pula ala-ala kpop celup. Dan mempunyai mata berwarna Hazel yang berjaya membuat dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Izz, ketika di sekolah menengah dahulu.

Dari tepi, jika dilihat, Izz seperti Robert Pattinson di dalam filem Twilight. Tetapi baginya, Izz Nadzrin lagi kacak dari pelakon kegemarannya itu.

" Kenapa tengok abang macam tu? " Teguran Izz membuatkan Saffiyah menoleh ke hadapan kembali.

Dia memakai cermin mata hitamnya dan membetul kan rambutnya yang dibiarkan bebas tanpa diikat. Dia berpeluk tubuh sambil memandang jalan raya di hadapannya.

" Saya fikir nasib awak yang malang kena kahwin paksa dengan saya. " Saffiyah bercakap jujur apa yang dia fikirkan apabila merenung wajah Izz sebentar tadi.

Izz memandang Saffiyah sekilas.

' Abang kawin dengan Saff bukan terpaksa, tetapi atas dasar cinta. Abang cintakan Saff'

Izz mengeluh apabila jawapannya hanya terluah di dalam hati.

Suasana di dalam kereta itu hanya dipenuhi dengan suara dari DJ radio sahaja.

Kereta Toyota Camry berwarna putih milik Izz, meluncur laju di atas jalan raya.

_____✿_____

" Sayang. Bangun, dah sampai ni. " Izz menepuk lembut lengan Saffiyah yang lena tertidur.

Saffiyah tersedar lalu menggosok matanya yang kabur.

Dia memandang ke luar kereta dengan dahi yang berkerut.

" Macam mana awak tahu ni rumah nenek saya? "

Saffiyah bertanya dengan pelik apabila mereka betul-betul sampai di hadapan rumah neneknya.

" Waze kan ada sayang oi! Dah cepat turun. " Izz keluar dari keretanya dan bergerak ke pintu belakang untuk mendukung Irfan yang masih lena tertidur.

Saffiyah melihat jam di pergelangan tangannya.

Pukul 6 petang.

Dia keluar dari kereta milik Izz. Bajunya yang sudah kedut kerana terlalu lama di dalam kereta, di betulkan. Tangannya ligat mengikat rambutnya.

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now