Puan Suraya mengeluh apabila melihat Saffiyah yang sedikit pun tidak memberi respon dengan kata-kata nya itu.

Dia hanya tunduk memandang selimutnya.

" Saff, umi tahu dalam perut tu anak Saff, tapi itu anak Izz juga. Kalau Saffiyah takut kehilangan anak Saff itu, Izz lebih lagi takut sebab itu anaknya juga. Kalau Saff sedih disebabkan kehilangan anak dalam perut Saff, semestinya Izz pun sedih. Tetapi sekarang ni, anak dalam perut Saff tu selamatkan? Dia okay kan? Tak gugurkan? So, bagitahu umi, apa yang buat Saff marah sangat dengan Izz sampai sebulan merajuk dengan dia? " Puan Suraya masih berkeras untuk korek jawapan dari anaknya itu.

" Dia hampir nak bunuh anak Saff. Darah dagingnya juga. " Kata Saffiyah dengan selamba. Dia menggosok perutnya. Salah satu tabiatnya sekarang ialah menggosok perutnya.

" Bunuh? Saff tahu makna bunuh tu apa? " Tanya Puan Suraya dengan nada yang serius.

Saffiyah terdiam.

" Kalau tak tahu jangan berani nak tuduh orang dengan perkataan itu. Sekarang situasi Izz tak ada kaitan dengan makna bunuh. Bunuh tu, dia memang sengaja nak bunuh anak Saff. Dia memang dah plan nak bunuh. Tapi sekarang ni Izz tak sengaja. Dia cuma careless sikit. Itu je. Tak ada kaitan dengan bunuh membunuh ni. " Terang Puan Suraya lagi.

Saffiyah sudah terkaku apabila umi nya memberi penerangan itu. Ada benar kata umi nya sebentar tadi.

" Umi panggil Izz datang, Saff ikut dia balik. " Puan Suraya memberi arahan.

Saffiyah memandang Puan Suraya.

" Tak nak, Saff tak nak ikut dia balik. Saff nak tinggal dengan umi. " Bantah Saffiyah.

Puan Suraya bangun dari katil anaknya.

" Umi tak nak tinggal dengan Saff. " Kata Puan Suraya dengan selamba.

Saffiyah tergamam apabila uminya kata sebegitu. Boleh lagi uminya bergurau senda?

" Umi, saff tak nak. " Rengek Saffiyah. Dia membuat muka seposen nya.

" Umi tak kira, sekejap lagi Saff ikut Izz balik. Baju Saff, biar umi kemaskan, kalau nak harapkan Saff, memang tak balik lah Saff nanti. " Kata Puan Suraya lalu keluar dari bilik Saffiyah.

Saffiyah menumbuk-numbuk bantalnya dengan geram.

Apalah nasib dapat ibu yang terlebih spotrim ni.


_____✿_____


" Assalamualaikum! Tok umi! Tok abah! "

Saffiyah berlari keluar dari biliknya apabila terdengar suara yang sangat dia rindui.

" Ya Allah, Irfan! " Saffiyah berlari memeluk Irfan yang berada di hadapan pintu utama.

" Irfan, mummy rindu Irfan. " Kata Saffiyah dengan tangisan halus.

Dia memang rindukan Irfan sangat-sangat. Sebulan dia tidak melihat wajah comel anak nya ini.

" Irfan pun rindu dekat mummy. Daddy pun rindukan mummy. Kenapa mummy pergi kursus lama sangat? "

Kata-kata Irfan itu membuatkan Saffiyah sedar yang Izz berbohong kepada Irfan. Mesti Irfan selalu bertanya halnya.

" Bos mummy yang suruh mummy pergi kursus tu. Mummy tak nak pun. " Balas Saffiyah lalu meleraikan pelukannya.

" Eh? Irfan, bila sampai? " Puan Suraya yang baru keluar dari dapur berjalan ke arah Irfan. Irfan berlari dan memeluk Puan Suraya.

" Daddy Irfan mana? " Tanya puan Suraya sambil memandang Saffiyah yang sedang membuka TV.

Kerana Dia Jodoh AkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora