"Eiii dah la tu..jom la makan lapar la!"rengek Ezar sambil menukar topik.

"Lapar? okey jomlah!"balas Farish.

"Punyalah lama kita tunggu sekarang baru nak pergi.."ujar Ezar sambil memuncungkan bibir.

"Bibir tu kalau sangkut dengan penyangkut baju pun boleh!"tegur Farish.

"Ehh..ehh..bibir aku jugak nak dijadikan tempat sangkut baju!"ngomel Ezar.

    Dari jauh Dhia memerhati setiap tingkah laku pasangan bahagia itu dalam hatinya tersimpan dendam,sakit hati,cemburu dan sebagainya.Turutkan rasa hati dia mahu saja dia musnahkan musuhnya sejak dari dulu lagi."Ezarra..ya dia memang musuh aku! aku takkan biarkan kau bahagia..kau nantikanlah derita yang bakal menjelma tidak lama lagi."tawa Dhia.

"Rish kau makan ke apa? sampai comot macam tu? dah macam kucing aku pun ada!"tegur Ezar sambil tersenyum mengejek.

"Hah! mana?"Farish mengelap dengan menggunakan tangannya.

"Apasal guna tangan ni ha! guna tisu lap mulut tu! umur dah 20 lebih tapi makan macam budak umur 2 tahun!"Ezar menghulurkan tisu kepada Farish.

"Tolong la lap kan.."ujar Farish sambil tersenyum nakal.

"Eii...tak nak..tak nak..buat la sendiri malu la orang nampak! kalau dekat rumah tak apa la jugak sebab tak ada orang nampak!"balas Ezar menolak.

"Okey kalau macam tu.Zara sweet dengan Abang kat rumah je boleh?"Farish mengangkat sebelah keningnya.

"Hmm...akan dipertimbangkan..tapi tak mahu la bersawit-sawit kat sini.Aku pun jadi geli la!"balas Ezar mencebik bibir.

"Geli ke suka?"duga Farish lagi.

"Dah..dah..lap sendiri ehh tak ada maknanya nak lap kan!"kali ini Ezar menolak sekerasnya kerana malu.Apa la dia ni nak suruh aku lapkan bibir dia..memang tak la!! ish..buat malu je kalau orang nampak.

"Hahahaha..tak boleh nak usik langsung!"tambah Farish lagi.

"Tak boleh!"jeling Ezar menjeling dan tersenyum.

                            ××××××

     Aizrill melangkah laju masuk kedalam bilik Farish.Baru pulang dari luar negara katakan mestilah rindu kawan lamanya dahulu.Pintu bilik Farish diketuk berkali oleh Aizrill.Farish yang mendengar segera menyuruh masuk.

"Assalamualaikum..bro!"ujar Aizrill.

"Walaikumussalam.."Farish memandang dan kembali mengingati sahabatnya dulu.

"Wehh...kau Zrill apa khabar? lama tak jumpa kau apa cerita sekarang?"bangun Farish dari kerusi dan menuju kearah Aizrill.

"Aku macam biasa la beb..lepas je aku putus tunang terus aku pergi oversea dan sampai sekarang aku tak jumpa jodoh aku!"balas Aizrill.

"Tak nak jumpa balik ke bekas tunang tu mana la tau ada jodoh!"ujar Farish lagi."Ehh duduk la dulu!"Farish mengajak Aizrill duduk.

Setelah melabuhkan punggung Aizrill segera membalas soalan maut Farish tadi."Aku kalau boleh memang nak jumpa balik bekas tunang aku tu! banyak betul salah yang aku dah buat pada dia!"kata Aizrill.

"Tak apalah aku doa yang baik-baik je untuk kau Zrill!"ujar Farish.

"Ni kau Farish..apa cerita? dengarnya kau dah kahwin..!"soal Aizrill.

"Ehh...mana kau tau aku dah kahwin?"tanya Farish pula.

"Ni Aizrill la..aku tanya Mummy kau la"tutur Aizrill.

"Ouh...kau kenal tak isteri aku?"tanya Farish mengorek rahsia.

"Tak tau pun..tapi Mummy kau cuma cakap isteri kau ada kerja dekat sini sebagai personal asisstant.Untung la jodoh sampai dulu!"

"Mummy memang tak boleh simpan rahsia la..jap ehh aku nak pesan dekat isteri aku dulu suruh dia buat kopi lepastu hantar kat sini!"kata Farish.

"Bagus juga boleh la aku tengok muka isteri kau cantik ke tak ?"ujar Aizrill tertawa kecil.

"Eh..mesti la isteri aku cantik..yang penting dia setia pada aku!"balas Farish.

"Iye la tu..!"

Farish mula menelefon Ezar."Hello!!"kata Farish.

"Hello..hello!! ni ada apa call kita ni?"soal Ezar dengan nada serius.

"Tolong buatkan kopi boleh? ni ada kawan lama Abang datang saja sembang sekejap!"balas Farish.

"Waktu kerja pun boleh lagi nak berborak ke? okey la nanti kopi sampai tunggu je tau bye!!"tutur Ezar mengakhiri perbualan.

"Okey bye..!"

"Bini kau kata apa?"soal Aizrill.

"Nanti dia hantar la kopi tunggu ehh!!"balas Farish.

Ezar membawa sedulang yang berisi dua cawan air kopi.Sampai saja dihadapan pintu bilik,hatinya tiba-tiba rasa berdebar-debar.Apasal tiba-tiba hati aku berdebar aku ni? lupakan Ezar kau kena hantar kopi ni dulu lepastu boleh blah..

"Assalamualaikum..!"ujar Ezar sambil menolak pintu bilik tersebut.

"Walaikumussalam..Zara silakan masuk!"kata Farish.

Aizrill tercengang saat melihat Ezar yang berdiri dihadapannya."Ezar!!"bisik hati Aizrill.

Ezar meletakkan kopi diatas meja dihadapan mereka dahulu."Aizrill perkenalkan Nur Ezarra,dia isteri aku!"kata Farish memperkenalkan mereka.

Kini mata Ezar dan Aizrill pula bertentangan."Kenapa mamat ni boleh ada kat sini?"bentak hatinya dan riak wajah Ezar yang tadi ceria tiba-tiba bertukar berkerut kerana menahan kemarahan.

"Rish aku keluar dulu.."Ezar meminta diri daripada Farish namun belum sempat lagi tangan Farish sudah memaut bahu Ezar.

"Tunggu la dulu..kalau Zara nak tahu dia ni kawan lama Abang tau."

"Rish..aku ada banyak kerja ni tolonglah.."ujar Ezar secara lembut kalau boleh dia mahu sembunyikan kemarahannya pada Aizrill.

"Ezarra..!"panggil Aizrill.

Ezar hanya berpura-pura tidak mendengar."Zara okey ke tak?!"ujar Farish lagi.

"Apa kau nak hah!"suara Ezar yang tak ubah seperti marah.

"Aku..."lidah Aizrill menjadi kelu.

"Aku apa? okey kalau tak ada apa-apa aku nak minta diri dulu.Ni borak la apa yang patut korang kan dah lama tak jumpa!"tutur Ezar dan terus berlalu.

"Apa kena dengan isteri aku ni? tadi elok je..dan cara dia bercakap dengan Aizrill tadi dah macam kenal lama!"bisik hati Farish yang menimbulkan segala kepelikan.

"Apa masalah dia tetiba muncul dalam hidup aku? dia tak tau ke aku memang dah bencikan dia! saja nak menambah masalah dalam hidup aku..tak cukup ke dia dah sakitkan hati aku dulu! dia dah lupa ke yang dia tu cuma bekas tunang aku je!!"bentak hati Ezar ikutkan rasa hatinya,dulang itu mahu saja dihempuk pada badan Aizrill biar dia tahu rasa sakit.

                 

                            *********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Där berättelser lever. Upptäck nu