Short Teaser 3

549 36 10
                                    

  TEET... Teet... Teet... Aku mengutuk diri sendiri. Aduh, cuai gila aku! Luqman, Que, Ikmal dan Joe sudah berlari ke kawasan merah di mana aku tertangkap. Aku menutup mukaku.
"Pie?" Luqman terkejut. Aku hanya tersengih.
"Buat apa kat sini? Macam mana Pie masuk?" Luq membantuku memotong perangkap dan mengangkatku bangun. Aku masih tersengih.
"Err.. Banyak juga perangkap kat rumah ni ek. CCTV pun banyak yang tersorok dan banyak nye benda merah ni." aku menutup malu.
"Luq, kau bawa isteri kau ke pengkalan." arah Joe. Aku dah cuak. Aduh, apa dia orang nak buat dengan aku ni?
Aku discan di dalam ruang yang terdapat di balik dinding. Luqman memerhatiku dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
"Clean." kata Que. Aku pun dibawa ke dalam pengkalan. Ikmal memerhatikan rakaman selama beberapa minit tadi. Mereka melihat aksiku dari aku di perkarangan rumah sehingga ke dalam rumah. Mereka masih memandangku tidak puas hati.
"Luq, tidak ada orang yang boleh buat dengan apa yang dia buat sekarang. Macam professional, seriously aku cakap. Bulu roma aku naik bai!" kata Que. Ikmal pun mengangguk.
"Sekarang baik Pie terus terang dengan Luq. Pie ni perisik ke?" Luq memandangku serious. Laju sahaja aku menggeleng.
"Perisik? Spy? Seriously Pie spy? No. No. No.. Pie tak pernah termimpi pun Pie nak jadi spy. Nampak pistol pun Pie cuak, lagi nak menembak. Nak belasah orang? Huh, kalau Pie tahu dah lama Luq tak kena belasah dengan konco-konco Hairy masa uh. Pasal barang-barang spy ni lagi la Pie kosong, blank." jawabku. Mereka memandangku dengan mata yang tajam.  


-----------------------------------------------------------------------------------

P/S : Ada ke yang follow cerita ni.. ada juga ke yg berminat nak beli novel ni klo sudah diterbitkan? Kalau ada, saya teruskan upload short teaser di dlm wattpad :)

Always Be Your SpyWhere stories live. Discover now