Bab 9

1.9K 91 0
                                    



AKU bersiap-siap untuk berjumpa dengan big bosku di tempat kerja. Sebentar lagi, Luqman akan datang mengambilku dan membawaku ke tempat kerjaku dan memperkenalkanku kepada temannya. Aku turun ke tingkat bawah dan segera ke meja makan.

"Aik, kamu pakai baju kerja ni nak pergi mana ni Pie? Bila pula kamu dah dapat kerja ni? Kamu tak cakap apa-apa pun dekat mama.." mama seperti terkejut melihatku yang sedang mengambil sarapan pagiku.

"Ma... Nampak sangat mama mamai sangat semalam.. Kan Pie dah bagitahu papa dengan mama yang hari ni Pie kena pergi temuduga hari ni.."

"Oh, ada eh? Ni Luqman bagi ke kamu kerja ni?"

"Luqman yang carikan kerja tu untuk Pie ma.. Bukan Pie dah cakap juga ke semalam?"

"Ye ke? Jap, kamu dekat nak kahwin ni, kamu tak busy ke nak kerja dengan nak selesaikan persiapan kahwin kamu?"

"Mama dah tanya kan semalam? Semua dah selesaikan? Cuma tinggal nak bawa masuk barang dan hias rumah ni je.. Lagi pun ma janganlah tanya Pie.. Puan Khumaira yang handle dengan mama... Pie ikut je.." kataku..

Pin....

"Ha, ma.. Luq dah kat depan uh... Pie pergi dulu.. Doakan Pie berjaya dapat kerja ni ma."

"Berhati-hati Pie, kamu tu darah manis.. Kirim salam kat Luqman uh.."

"Oh ya ma.. Lepas ni, ma tak payah la stay up sampai pukul 12.. Teruk sangat mama mamai.. Langsung tak dengar apa yang Pie bagitahu.." gurauku.

"Ish kamu ni... Dah, pergi cepat.. Kesian Luqman duk tunggu kamu tu.." mama menolakku..

Aku pun berjalan ke arah kereta Luqman dan masuk ke dalam kereta. Aku membalas senyuman Luqman..

"Mak cik, saya bawa lari anak dara makcik sekejap ya..." gurau Luqman.

"Iyalah kamu... Makcik belasah baru tahu!" mama ku tak mahu kalah. Aku hanya tergelak mendengarnya. Aku pun melambai bila kereta mula bergerak.

"Pandai kau pilih baju.. Macam tahu-tahu je.." kata Luqman. Aku memandangnya dengan pandangan pelik. Luqman ketawa melihat riaksiku. Ish dia ni.. Seriau lak aku.. Dah la sejak-sejak ni daring dengan aku... Tapi aku suka... Hehehe..

"Jangan nak buat orang lagi blur boleh tak.. Apa benda yang sama?" desakku.

"Cuba tengok warna baju..." katanya. Aku memandangnya. Apa yang sama? Aku lihat pula diriku. Aku membuat muka 50 sen. 'Er... Hehe.. Sama warnalah! Sesuai pula uh!' Aku memperbetulkan dudukku. Luq ni pun satu, tak payah la buat aku seriau macam ni.. Tapi kan... Takkan dia dah suka kat aku lak?? Entah ler~

KAMI pun sampai di bakal pejabatku. Aku keluar sekali dengan Luqman. Nak romantik-romantik? Sudah.. Geli-geliman aku.. Memang la best.. Aku suka gak tapi kalau dah aku tak pasti dengan perasaan aku buat apa aku suka kan?

"Ni Nazim, kawan aku masa kat universiti dulu. Nazim, ni bakal isteri aku, Sufie.." Luq memperkenalkan aku kepada bakal bos aku.

"Pandai kau pilih Luq. Haha.. Kau punya taste mesti tak lari daripada aku.." gurau Nazim.

"Sufie kau jangan nak usik k.. Dulu, kau punya awek aku tak kacau pun kan.. Nasib juga ada something kat dia yang aku tak suka.. Kalau tak bergaduh la kau dengan aku.. Hahha" kata Luq..

"Jangan risau Luq. Mana lagi aku nak campak awek aku uh... tapi kau kena hati-hati dengan adik kembar aku la.. Taste dia hampir nak sama dengan aku.." kata Nazim sambil memukul bahu Luqman. Aku hanya memerhati.

Always Be Your SpyWhere stories live. Discover now