Bab 4

1.8K 101 0
                                    


AKU tersedak dan terus memuntahkan air laut yang aku tertelan. Melihat Luqman begitu hampir denganku, aku terkejut dan segera menjauhkan diriku darinya. Aku pun mengejutnya, melihat dia tidak menyedarkan diri, aku menekan dada beberapa kali agar air terkeluar dari badannya. Apabila Luqman tersedak dan memuntahkan air, aku melepas nafas lega.

"Kita dekat mana ni?" tanya Luqman. Aku pun memandang sekeliling. Aku terkedu, kelihatan hutan tebal membuatkan aku takut.

"Bukan sepatutnya ada chalet ke di tepi pantai?" tanyaku.

"Hurm, kita kat pulau tak ada berpenghuni kot.." kata Luqman, selamba. Apabila mendengar ayat itu, kami terkejut dan berpandangan. Kelihatan Luqman juga terkedu mendengar ayat yang baru keluar dari mulutnya.

"Mak!!!!!!!!!!!!" jerit kami serentak.

KAMI berdua terduduk di tepi pantai, melihat matahari sudah kelihatan mahu turun. Aku menganggarkan yang sekarang sudah pukul 6.00 petang.

"Dah nak malam ni.." kataku.

"Hurm, betul tu.." balas Luqman.

"Kita kena dirikan tempat untuk berlindung. Mana tahu kalau tiba-tiba hujan ke... Apa lagi dekat hutan tebal macam ni.. Mesti ada haiwan.." kataku.

"Ok.. Jom kita fikirkan dulu.. Buat plan.." kata Luqman.

"Urm.. Ni betul-betul kena survival... Air masak pun kita tak ada ni.." kataku.

"Yang itu, kita sabar dulu.. Kita listkan barang yang kita ada.." kata Luqman. Aku pun memandang Luqman dan dia pula memandangku. Tiba-tiba aku tersenyum melihat ada parang di tepi pinggang Luqman.

"Aku sayang kau Luqman.. Aku ingat kau nak bunuh aku dengan parang tu.." kataku. Luqman pelik... Dia pun memandang pinggangnya. Dia segera merungkai ikatan tali lalu mencium parang tersebut..

"Penyelamat aku!!!" jerit Luqman.

"Buat masa ni, ni je la yang kita ada." kataku.

"Memang ni je yang kita ada..." balas Luqman.

"Dah, jom buat pelan tempat tinggal. Kita kena cari makan dan sungai berdekatan. Kena cari kayu api buat unggun api dan daun-daun kelapa." kataku.

"Ok, ni tempat kita buat rumah kita.. Nanti kita masuk hutan tu, cari apa-apa yang patut.. Lepas tu..." kata Luqman..

"Yang penting sekarang ni, rumah!!" kataku.

"Iyalah.. Jom cari kayu rotan.." kata Luqman. Kami pun masuk ke dalam hutan. Mencari kayu api, rotan dan mengambil sedikit buah-buahan yang kami kenali sahaja.

Kami pun meletakkan barang-barang yang diperlukan di antara dua pokok kelapa. Pandai pun sebab kami tak perlu memacak kayu untuk mendirikan rumah, kami cuma memacak kayu yang sebesar lengan di belakang dan mengikat rotan di batang pokok kelapa dan kayu tersebut. Kemudian, kami mengikat pula rotan-rotan berselang seli.. Kami pun mengambil daun-daun pokok kelapa dan memasukkan di antara rotan-rotan tersebut. Seperti membuat tikar mengkuang.

Kemudian, kami meletakkan daun-daun kelapa yang lebih itu di bawah bumbung tersebut dan jadilah tikar.. Kami pun berbaring di bawah bumbung tersebut.. Siaplah tempat kami berteduh. Walaupun kepenatan masih terasa, kami perlu mengutip kayu-kayu api agar kami tidak kesejukan pada malam itu. Kenapa kami sangat pasti yang kami tidak diselamatkan? Sebab teman kami yang berdua itu pasti seronok berdating sehingga tidak akan ingatkan kami.

Malam sudah pun menjelma tanpa kami sedari. Melihat Luqman sedang bersolat membuatkan aku sedih. Untunglah.. Aku dengan pakaianku yang begini membantutkan niatku hendak berjemaah dengan Luqman. Seusai Luqman solat, kami pun makan buah-buahan yang kami kutip dalam hutan tadi.

"Tak pernah terfikir pun akan jadi macam ni.." aku memulakan perbualan.

"Tau tak pe.. Aku pun masih tak percaya..." balas Luqman.

"Nak kena puji tak?" tanyaku. Luqman pun memandangku pelik.

"Cantik rumah sementara kita ni..." kataku.. Mendengar ayatku membuatkan aku dan Luqman tergelak besar.

"Tau tak pe.. Aku pun terkejut melihat hasil kerja kita.." kata Luqman. Aku diam.. Pelik kerana tiba-tiba terasa sejuk. Aku masuk ke dalam 'rumah' dan mendekatkan diri di unggun api tetapi tetap sejuk.. Luqman melihat aku sedang menggigil membuatkan dia cemas. Dia pun menghampiri diriku lalu meletakkan tangannya di dahiku.

"Panasnya.. Bila kau start demam ni Pie? Kau paksa diri kau ke buat semua kerja ni?" tanya Luqman, kedengaran suaranya yang sedang marah dan bercampur dengan perasaan serba salah.

Luqman pun membuatkan selimut dari daun kelapa dan rotan. Dia pun menyelimutkan aku. Dia memastikan api sentiasa ada dan tidak akan mati. Dia memandangku, risau melihatku masih menggigil.

"Luq.. Sejuklah..." aku mengadu.

"Kuatkan semangat Pie.. Aku tak tahu nak tolong apa lagi.." kata Luqman. Luqman sudah mati akal, selimut sudah pun menyelimuti Sufie, api pun dia jaga agar tidak mati. Luqman terfikirkan satu idea tetapi dia takut. Dia pun menghampiri Sufie.. Dia menggosokkan tangannya dan meletakkan di pipiku. Aku terkejut tetapi membiarkan kehangatan itu terasa. Namun aku tetap menggigil seperti tadi.

"Aku harap kau faham, aku buat ni bukan nak ambil kesempatan atau apa.. Kau jangan terkejut tau.." jelas Luqman. Dia pun mengangkat selimut daun kelapa dan memelukku dari belakang. Aku terkejut, sangat terkejut. Namun kehangatan tubuhnya membuat aku selesa. Gatalkan? Nak buat macam mana. Terpaksa ok, bukan sengaja!

"Kau pernah ke buat kat perempuan lain macam ni?" aku memberanikan diri bertanya. Walaupun suaraku perlahan, disebabkan jarak kami begitu dekat, Luqman dapat mendengarnya.

"Aku nak sentuh pun serba salah.. Tok Wan aku selalu mainkan budak-budak lelaki yang sama belajar ngaji dengan aku dulu, 'kalau kau sentuh kulit perempuan, kau kena bakar dengan api masa kau mati nanti.. Kalau kau sanggup letak jari kau lama-lama kat api lilin ni, baru kau sentuh kulit perempuan.. tapi masa kau kena bakar nanti kau bertahun-tahun tau, bukan bersaat...' Aku takkan lupa pesan Tok Wan.." jelas Luqman.

"So kau kena la tahan kena api nanti.." gurauku.

"Bukan aku seorang je yang kena, kau sekali.." sakat Luqman. Kami hanya tersenyum.

"Kau Pie? Pernah ke orang peluk kau cam ni?" tanya Luqman.

"Buat masa ni, orang tak pernah berani nak dekat dengan aku. Aku tersentuh kulit lelaki pun sebab nak tampar or cubit dia.. Dia orang tak berani nak main-main dengan aku. Aku dulu garang tapi budak lelaki suka sebab aku memang cepat marah. Dia orang cakap, muka aku time marah comel? Merepek betul.." aku cerita kisah-kisah dahuluku.

"Betul la tu.. Hahahahahaha" kata Luqman. Aku mencubit lengannya.. Dia mengaduh..

"Kau betul-betul suka ke kat Liana?" tanyaku.

"Hurm, kan aku ada cakap kat kau.. Aku nak kenal je dulu.. Suka tu ada.. tapi tak terfikir boleh dapat Liana tu.." jelas Luqman.

"Tak terfikir boleh dapat?" aku mengulang ayat Luqman. Kurang jelas dengan penjelasan yang itu.

"Urm, dari awal lagi aku nampak dia dok pandang si Syaqir uh.. Tak ada la bagi harapan tinggi nak dapatkan dia.."

"Oh.." kami terdiam..

"Kau pun suka ke kat Syaqir?"

"Urm, dulu-dulu tu sebab dia suka melayan. Sekarang ni, dia dah couple pun dengan kawan baik aku... Bagi je la.. Macam tak ada orang lain je.." kataku.

"Baguslah tu.." kata Luqman.

"So, spy aku ni dah tak ada kerja la..." kataku.

"Eleh, spy aku yang demam ni pun dah kena tanam anggur.." sakat Luqman.. Aku pun meletakkan daguku di lututku. Luqman membetulkan selimut yang menyelimuti kami. Tanpa aku sedar, aku telah pun tertidur di sebelah unggun api dalam pelukan Luqman...


Always Be Your SpyWhere stories live. Discover now