Short Teaser 1

658 35 5
                                    


"Betul tak!" Hairy membentak. Sufie mengangguk kecil kerana terkejut. Luqman hanya tersenyum dalam hati.
"Kau tengok tu Luq, Sufie nak kahwin dengan aku!! Hurm, tapi apa yang aku nak buat dekat kau ek? Kau penat-penat datang dari Jasmaire. Hurm, apa kata kau jadi saksi kita orang esok?" Hairy gelak besar mendengar ideanya.
"Dah dah. Aku nak siap sedia untuk esok. Kau orang masukkan dia orang kat bilik. Ikat Luqman. Aku tak nak tengok dia orang tercedera. Biar je. Tapi jangan bagi terlepas lagi" arah Hairy kepada anak buahnya lalu dia meninggalkan mereka.
"Er... Wei, dia cakap ikat Luqman je kan?" tanya seorang daripada dia orang.
"Kau dengar kan apa bos cakap. Pergi la amik tali. Aku tunggu kat sini." kata rakan yang sedang memegang M-16.
Luqman hanya memerhati gerakan mereka semua. Hurm, sekarang ni ada 7 orang. Seorang akan amik tali, so tinggal 6. Peluru yang ada kat aku ada tinggal tujuh.
'Argh, menyesal aku tak reload tadi.' Bentak Luqman. Tiba-tiba Luqman memandangku. Aku terkaku di situ apabila melihat Luqman sedang memandangku dengan mata yang tajam. Luqman segera mengisyaratkan untuk aku lari dari sini.
Apabila melihat anggukan Luqman, aku lari sepantas yang boleh meninggalkan lobi dan menunggu Luqman di pintu. Aku melihat Luqman sedang mengeluarkan sesuatu dari poket belakangnya. Terkejut melihat apa yang ada di tangan Luqman, aku memerhati Luqman menembak bahagian tangan anak-anak buah Hairy. Kedengaran senjata api jatuh satu per satu dengan kadar yang cepat.
"Luqman, belakang!" jeritku dengan kuat apabila melihat seorang anak buah Hairy yang mengambil tali tadi memegang pistol menghala ke arah Luqman. Kedengaran tembakan dilepaskan.
"Luq!!" Aku memulakan langkah untuk menghampiri Luq.

-------------------------------------------------------

Pstt... Nak bgthu semua yg menunggu cerita ni.. Saya ada upload bnyk teaser2 dekat FB.. Klo masih berminat mahu mengikuti perkembangan cerita ni.. Boleh la join group dlm FB saya, Eiyka (The Anon Writer). Boleh request utk join ye.. Terima kasih :)

Always Be Your SpyWhere stories live. Discover now