Bab 8

1.9K 93 0
                                    



THANKS for tonight.

Aku hanya tersenyum membaca masej daripada Luqman. Lantas membalas,

TQ too...

Aku menukar bajuku dan menghampiri tingkap dan duduk bersandar. Tak lama lagi aku akan kahwin dan bakal suami aku, Luqman seorang yang baik hati dan aku suka kawan dengan dia tapi kalau nak dia jadi suamiku. Er..... Hehe.. No komen..

Luqman memang memahami, dia pun kurang kisah dengan perangai aku dan satu yang aku tabik dengannya. Dia sangat menyayangi keluarganya dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mengembalikan kepercayaan ayahnya.

Dia juga seorang abang yang brutal, Luqman selalu juga membawa adik beradiknya jalan-jalan keliling Malaysia. Pernah aku ajak dia pergi tengok wayang dengan Liana, dia cakap dia ada vacation dengan siblings dia.

Kacak tak dia? Hurm, dari mata aku cukuplah dia hanya seorang yang manis dan sedap mata memandang tapi aku tahu sebenarnya dia salah seorang yang hot dalam universiti dulu. Sekarang pun, bila aku keluar dengan Luqman, mesti punya gadis-gadis yang lalu memandangnya semula. Hehe..

Hurm, apalagi? Dia kaya tak? Tak tahu nak cakap apa sebab dia sangat bersahaja. Tak menunjukkan dia kaya tapi dia tak pula kedekut untuk keluarkan wang. Ingat lagi tak yang masa dia bawa aku naik jetski yang RM120. Dia bayar camtu je.. Rezeki dia murah...

Aku memandang jam, dah pukul 2.. Cahaya bulan kelihatan terang dan cahaya putih yang menerangi melalui tingkap di depanku. Aku menguap dan mataku merah menahan kantuk. Aku baring di atas tilam yang empukku dan tidur! Hehe...

KEESOKKAN harinya, aku terbangun lambat tapi aku masih berlengah memandangkan aku masih menganggur. Kihehe.. Aku melepak dalam bilik dan tidak keluar makan. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk dan dibuka oleh seseorang. Mama menjengah masuk ke dalam.

"Anak dara, apa duk terperuk dalam bilik ni? Tak habis-habis lagi dengan laptop. Tak nak sarapan ke? Mama masak nasi goreng favourite kamu." aku hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh mama.

"Kejap lagi la kot. Pie tengah cari kerja la ma. Ni tengah tengok jawatan kosong di mana-mana syarikat yang terdekat." kataku dan masih tidak mengalihkan pandangan dari laptop.

"Buat apa susah-susah, perniagaan keluargakan ada. Kerja dekat restaurant pun okay je.. Lagi pun kamu tu dah nak kahwin, baik kamu tanya bakal suami kamu dulu.." kata mama..

"Ma, Pie dah tanya Luq dah.. Dia cakap dia tak kesah, dia lagi suka ada la.. Tu tadi duk masej tanya nak jawatan apa. Entah apa la dia nak buat tu.." balasku dan berhenti memandang laptop. Aku pusing memandang mama di atas katilku.

"Lupa nak tanya mama. Kenapa mama setuju dengan cadangan Encik Hakim?" tanyaku.

"Sejak bila hang jadi pelupa ni Pie? Hang da lupa ka abang kamu tu berteman dengan Luqman tu. Abang kamu selalu juga bawa mereka datang ke rumah kita ni. Mama pun memang dah berkenan sangat dengan Luqman tu tapi yela.. Entah-entah dah ada yang special, manalah kita tahu." terang mama panjang lebar. Aku hanya terdiam. 'Ish, tak boleh jadi ni. Aku akan kahwin dengan geng abang, dua-dua kuat menyakat. Aish, susah la aku camni..'

"Ha, termenung.. Jom turun, sarapan.. Tak memasal sakit nanti." mama menarikku turun ke bawah untuk makan.

"Nak makan pun, nak kena seret. Apa la kamu ni.." bebel mama. Aku hanya tersengih mendengar bebelan mama.

BAKAL mentuaku ada call, dia cakap aku dah kena siap sedia dalam masa terdekat ni. Mungkin dalam minggu depan akad nikah akan berlangsung. Aku hanya mengangguk setuju secara automatik. Minggu depan? 14 hari? Tidak!! Cepat gila! Dalam diam mereka dah siapkan segalanya dan aku hanya perlu bersiap sedia.

Always Be Your SpyWhere stories live. Discover now