Bab 3

1.9K 105 0
                                    


SELEPAS mendapat kebenaran papa dan mama, aku terus menelefon Luqman..

"Salam, Luq.. Aku on.. tapi angah tak dapat nak ikut sebab ada interview.." kataku.

"Ala, ye ke? Hurm, tak apa la.. Syaqir baru je call aku yang dia dah dapat cuti. Liana pun baru masej aku yang dia nak join..."

"Baguslah tu.. Kita pergi tiga hari lagi kan? Dekat mana?"

"Entah, aku tak tau nama tempat tu.. pantai la.. tapi kau jangan risau. Memang popular so ramai orang akan datang. Semuanya pun aku dah arrangekan."

"Ok, kalau nak aku tolong apa-apa.. Kau call je ye.."

"Cantik.. Ciow dulu.. Assalam.."

"Wasalam.." Luqman mematikan talian dahulu..

Aku memandang skrin, masej dari Syaqir.

'Awak pergikan trip ni?' tanya Syaqir..

'Hurm, pergi.. Awak pun pergi kan? Luqman bagitahu..'

'Hurm.. Jumpa awak nanti.. Assalam..' Sekejapnya, whatever.. Asalkan dia mulakan dulu..

HARI yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Aku pun bergerak ke tempat kami berkumpul. Luqman dan Syaqir telah pun ada di situ, tinggal menunggu Liana sahajalah.. Aku pun keluar dari kereta dan membuka bonet..

"Terima kasih ye Pak Qausar.." kataku kepada driver papa..

"Sudah tugas saya Sufie..." balasnya.

"Hehe.."

"Jaga diri ya..."

"Ok Pak Qausar. Jangan risau.. Bye..." kataku sambil melambai kepada Pak Qausar. Aku menunggu kereta itu menghilang, baru aku bergerak ke arah mereka berdua.

"Assalam..." aku memberi salam..

"Wasalam.." mereka jawab..

"Mana Liana?" tanya Syaqir..

"Entah, dia cakap dia datang sendiri..." kataku..

"Oh, mari aku letak bag kau.." Luqman mengambil bagasiku dan menghampiri keretanya..

"Hurm, baikkan Luqman? Untung siapa dapat.." kata Syaqir. Aku hanya tersenyum..

"Betul tu, untung dia.." kataku sambil teringat pada Liana.

"Tapi untung lagi kalau dapat awak.." Luqman menyampuk dari belakang. Mesti dia terdengar pujian Syaqir kerana melihat dia sedang tersengih-sengih.

"Iyalah.. Kau orang dah lama tunggu ke?" tanyaku.

"Tak adalah, kami pun baru sampai.. Aku baru je nak duduk, tengok-tengok kau dah sampai." kata Luqman. Syaqir hanya mengiakan apa yang Luqman katakan. Pin! Kami terkejut. Melihat Liana baru keluar dari kereta sport, aku menghampiri dan menegur abangnya..

"Salam, abang Jay.. Cantik kereta!" aku menegur abang Liana..

"Hidup bujang, sekali sekala merasa.." balasnya..

"Hurm.. untunglah kerja bagus.."

"Tak adalah.. Oklah Pie.. Abang kena pergi ni.. Awek marah lambat.. Jaga Liana.. Bye-bye.." gurau Abang Jay..

"Ok.. Kirim salam kat dia.. Assalam..."

Melihat Liana sudah meletakkan bagnya dalam bonet, kami pun masuk ke dalam kereta. Luqman menumpukan perhatian kepada pemanduan dan Syaqir hanya memandang ke luar. Nasib juga lagu-lagu yang dimainkan agak rancak, walau bagaimana pun aku tetap tidak boleh menahan kantukku. Melihat Liana juga sudah terlelap, aku pun mengikut jejak langkahnya.

"PIE.. Sufie.." ada orang menyebut namaku berulang kali. Aku pun bangun disebabkan gangguan itu.. Melihat Liana sedang mengeliat di luar kereta, aku pun meraup mukaku.

"Morning sleepy head.." tegur Luqman yang sedang mengeluarkan bagasi dari kereta.

"Morning sleepy driver.." kataku kerana melihat dia sedang menguap. Aku memandang Liana dan Syaqir.. Mereka sedang mengangkat bagasi. Syaqir mahu membantu Liana, namun Liana kata tidak perlu. Aku hanya memandang mereka sedang bergaduh-gaduh manja..

"Kau orang ni kenapa?" tegurku.. Mereka serentak memandangku.

"Orang nak tolong dia, cakap tak payah.. Eii... Nak tolong awek sendiri pun tak boleh ke?" kata Syaqir.. Aku terkejut mendengar ayat Syaqir.. Awek?

"Biarlah, bukan berat pun bag sayang.." balas Liana. Lagi aku terkejut. Sayang?

"Abang nak bawakan, sayang duduk diam-diam.." kata Syaqir.. What?? Sayang? Abang?? Apa ni?? Aku memandang Luqman. Dia lagi terkejut. Aku menolak sedikit tanganku. Luqman tersedar.

"Oh, aku pergi ambil kunci bilik sekejap." Luqman segera ke kaunter. Selepas mendapat kunci, kami terus masuk ke bilik. Selepas berehat seketika, seusai solat asar, kami turun ke pantai. Suasana tidak terlalu panas membuatkan kami selesa untuk melepak.

Melihat Liana dan Syaqir berpegangan tangan sambil menyusuri pantai membuatkan aku dan Luqman terkejut. Biar betul dia orang ni dah couple? Aku tak tahu apa-apa pun.. Tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang. Luqman? Kami berjalan ke arah tempat menyewa jetski. RM 150? Mahalnya, namun Luqman tetap membayarnya.

Dia menyuruh aku duduk di belakang. Melihat dia ada membawa sekali parang, membuatku cuak. Luqman membawa aku ke tengah lautan yang luas. Pantai juga tidak kelihatan. Dah la kat negara orang lain. Walaupun dekat dengan negara kita orang tapi still Malaysia adalah negara orang lain. Karang sesat macam mana?

"Apa ni Pie? Cakap dia suka kat aku? Apa pula dia ber'abang' ber'sayang' dengan Syaq pula?" tanya Luqman.

"Kau pula, cakap dia suka? Apa cerita ni?" aku membalas dengan soalan juga. Kami pun menghembus nafas berat.. Aku bengang, aku pun terjun. Mahu menyejukkan hati dengan berenang. Luqman pun mengikut jejak langkahku.

Ketika kami mahu naik atas jetski, kami terkejut melihat awan mendung yang tiba-tiba datang. Mendengar dentuman kilat dan ombak yang kuat membuatkan kami cemas. Luqman cuba menghidupkan jetski.. Kedengaran hanya bunyi enjin kemudian terhenti. Tak boleh hidup? Masa kecemasan ni??

"Kenapa tak boleh start ni Pie? Kau ada pegang apa-apa tak?" tanya Luqman, cemas.

"Aku nak pegang apanya? First time aku naik benda alah ni.." kataku. Sekali hujan turun dengan lebat. Aku dan Luqman hanya terduduk di atas jetski sambil termenung. Kesejukkan terasa sehingga ke tulang hitam. Tanpa kami sedar, ombak tinggi menghempap kami. Kami pun terpelanting ke laut.

"Luqman!!!" jeritku. Aku mencari Luqman.

"Sufie!!!!" jerit Luqman dari sebelah sana. Aku pun berenang ke arahnya..

"Nak wat cam mana ni? Jetski pun dah hilang.." tanya Luqman.

"Mana aku tahu.. Sejuklah..." aku mengadu. Tiba-tiba Luqman menggenggam tanganku..

"Sorry, terpaksa.. Ingat tau, walau apa pun yang terjadi, jangan lepaskan genggaman ni" pesan Luqman. Aku hanya mengangguk.

Tiba-tiba ombak tinggi menghempas betul-betul di atas kami. Aku hanya dapat lihat aku dan Luqman sedang berusaha untuk ke permukaan dan kami menggenggam kuat tangan kami antara satu sama lain.


Always Be Your SpyOn viuen les histories. Descobreix ara