Bab 1

5.9K 127 0
                                    


MAJLIS konvokesyen terpaksa aku hadiri bersama temanku, Liana memandangkan ibu bapaku ada hal pada hari ini. Hari yang menggembirakan kepada angahku, Aizad setelah beberapa tahun bertungkus lumus untuk mendapatkan sarjana muda.. Untunglah.... Relax sudah Sufie, dua tahun depan giliran kau pula dapat sarjana muda!

Selepas majlis tersebut, angah memujukku untuk berpesta bersamanya. Aku tak mahu menghampakan abangku, aku hanya duduk di penjuru yang terlindung, melihat mereka berkaraoke.. Aku dan Liana hanya berpandangan antara satu sama lain. Tidak tahu buat apa.. Nak berpesta sekali, kami tiada mood kerana tidak silap kami, kami ada peperiksaan tak lama lagi. Kenapa tak tolak je permintaan angah? Haih, tak nak la kecilkan hati orang tengah bergembira ni. Maka, kami hanya memerhatikan mereka yang 'menyumbangkan' suara.

"Ni after aku dapat je sarjana muda, tak hingin aku berpesta macam ni. Baik aku pergi melancong." kataku.

"Betul tu, buat sakit telinga je menyumbangkan suara." kata Liana..

"Jom la keluar, tak ada faedah kita tunggu kat sini. Aku rasa boleh bingit telinga aku dengar suara dia orang." Hahaha, padahal suara dia orang tak ada la teruk sangat.

"Jom, baik kita pergi window shopping." kata Liana. Aku hanya menggeleng. Tak dapat berbuat apa-apa dengan hobi temanku yang satu ni. Shopping.. Aku pun menghampiri abangku.

"Angah, Pie lepak kat shopping complex.. Kalau dah habis, call..." kataku. Angah hanya mengangguk.

"Sorry au tak dapat layan. Nanti angah belanja makan." pujuk angah.

"Janji au.. Ciow dulu.." kataku sambil menarik tangan Liana. Kami pun bergerak ke kompleks membeli belah.

AKU dan Liana bergerak ke tempat baju lelaki. Aku membelek-belek sehelai baju yang agak sesuai dengan angah. Alahai, sekali sekala kot beli untuk angah.. Aku pun mengambil baju tersebut.

"Kau nak beli untuk siapa Pie?" tanya Liana..

"Untuk angah aku la.. Dia dah merdeka, sekali sekala.." kataku.

"Untuk yang lain yang sudah merdeka pun tak nak bagi ke?" celah seseorang. Suara lelaki. Kami pun pandang ke arah suara tersebut. Melihat seorang jejaka sedang berpura-pura memilih baju. Melihat angah di sebelahnya, aku hanya memandang mereka.

"Hurm, betul ke nak beli untuk angah?" tanya angah.

"Ei, menyemak je.. Nak suprise pun tak boleh..." kataku, marah.

"Oh, kau la ni Luq.. Ajak aku tegur, kan dah tak suprise.." marah angah pada kawannya..

"Hehe.. Sorry..." kawan angah meminta maaf sambil tersengih..

"Whatever.. So angah, this is your taste right?" tanyaku sambil mengangkat baju yang telah menarik perhatianku dari tadi..

"Terbaik adikku sayang. Mengetahui taste abangmu yang seorang ni.." balas angah, bercanda..

"Hurm, ok..." aku pun menghampiri kaunter dan membayar baju tersebut. Kemudian, aku menghampiri mereka semua.. Kawan angah yang hanya seorang, bertambah lagi seorang..

"Pie, lupa nak kenalkan. Yang banyak mulut ni, Luqman dan yang belagak macho ni, Syaqir..." angah memperkenalkan teman-temannya..

Hai, angah pun pandai pilih kawan yang handsome ke? Hahahhaha.. Luqman yang bersahaja dengan kemeja biru, berseluar jeans. Syaqir seperti yang angah terangkan memakai kemeja hitam, jeans dan berkaca mata hitam? Bukan ada matahari pun bawah bumbung ni.. Tapi si Syaqir ini mengingatkan aku pada seseorang..

Always Be Your SpyWhere stories live. Discover now