Bab 7

1.9K 94 0
                                    


"SUFIE... Malam ni kamu keluar dengan Luqman kan? Kamu pergi la bersiap.. Kejap lagi dia sampai..." jerit mama.. Aku terkejut mendengar kata-kata tersebut. Ternyata dia sudah meminta kebenaran dari papaku. Hurm, terpaksalah.. Aku pun mengambil sepasang baju t-shirt putih, jeans hitam dan jaket kelabu.

"Sufie, Luq dah sampai.." jerit mama.. Aku pun mengambil telefon bimbitku dan purse lalu segera keluar dari bilik.. Dari tangga kelihatan Luqman sedang berborak dengan papa dan mama. Aku memberi salam dan duduk di sebelah mama..

"Hurm, kami minta diri dulu la pakcik.. Kalau lambat keluar, lambat la balik.." kata Luqman. Baru je aku nak duduk, dia dah minta diri. Cit..

"Hurm, curfew 10.30 ok.." kata papa.

"Hurm, lama sangat tu.. Sekarang baru pukul 8.." kataku sambil menyalami mereka berdua.

"Papa tahu yang kamu berdua mesti banyak nak kena bincang.. Kamu bincanglah baik-baik.."

"Sebelum 10.30, anak pakcik akan selamat pulang.. Jangan risau.." gurau Luqman.

"Jaga anak pakcik ni..." pesan papa. Aku pun masuk dalam kereta. Luqman pun sama dan dia terus menekan pedal minyak dan kereta menyusur laju ke tempat yang aku tidak ketahui.

KAMI pun sampai di sebuah bangunan, Qism Company. Aku pelik, kenapa pula Luqman bawa aku ke sebuah bangunan syarikat yang megah ni. Luqman menarik pintu dan dia membawaku ke tingkat paling atas? Apa ni? Ni yang aku tak sedap hati ni.. Sampai sahaja di tingkat atas, dia berjalan lalu berhenti di depan pintu, aku yang hanya mengikutnya semakin rasa kurang enak.

"Kau la buka pintu ni.. Kau masuk dulu.." dia mengarahku. Aish, lagilah aku pelik... Aku pun dengan segera membuka pintu tersebut. Aku terkejut melihat sebuah taman yang unik tetapi sangat cantik. Ditambahkan lagi dengan permandangan yang disajikan. Aku pun tersenyum.

"Hurm, masuklah.. Jom duduk kat bangku tu.." dia jalan di depanku. Aku pun duduk di sebelahnya.

"Sebenarnya, sebelum apa-apa yang berlaku kau kena tahu kenapa aku setuju untuk permintaan ayah aku.. Kenapa aku ikut sahaja telunjuk ayah aku.. Kau pun kena tahu kisah silam aku..." aku hanya mendengar tanpa menyampuk kata-katanya..

"Aku rasa kau dengar apa yang diborakkan oleh aku dan abang kau ketika kita dinner dengan family kau dulu.." aku tersengih malu kerana dia dapat tahu perkara tersebut.

"Hurm.. Dulu, aku ada adik angkat.. Perempuan.. Dia rapat gila dengan aku.. Aku pernah bawa dia jumpa ayah dengan ibu. Dia orang pun suka la sebab Kak Lisa tu je la seorang anak perempuan dalam family. Abang aku, Lutfan.. Dia suka kat perempuan tu.. Masa tu, dia orang dah nak bertunang dah.. Tapi dia lari.. Along kecewa habis.. Sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin lagi..

Tapi ada suatu kejadian yang lagi buat ayah marah kat aku.. Sebelum tu, dia dapat tawaran dari ayah kerja jadi akauntan. Sebenarnya dia lari bukan dengan tangan kosong, dia bawa sekali duit hantaran lima puluh ribu dan lima ratus ribu dia dah songlap dari duit syarikat.. Papa cari dia sampai ke lubang cacing..

Akhirnya, dia ditemui mati dekat Thailand.. Rupa-rupanya, abang dia yang rancang segalanya. Nasib duit yang kena curi tu dapat jumpa lima ratus ribu tu.. Lima puluh ribu dah dibawa lari oleh abang dia. Masa tu pula, syarikat sedang berurus niaga. Projek mega kami hampir terbengkalai sebab tidak cukup duit. Kami sekeluarga terpaksa kerja keras dan membuat pinjaman dari bank.. Dengan hasil projek mega yang tercanggih uh, syarikat ni terselamat dari bankrupt..

Sejak hari tu, ayah dah kurang percaya dengan aku.. Semua rakan aku, dia berhati-hati gila.. Aku terpaksa terima apa yang ayah buat kat aku sebab aku tahu akulah punca segalanya. Kalau aku tak bawa perempuan tu jumpa dengan family aku.. Semua ni takkan terjadi.." suara Luqman semakin lama semakin tidak kedengaran. Aku jadi serba salah.

"Sekarang ni aku yang terpaksa kerja dengan ayah, along dia buat syarikat sendiri dan dia pun dah jadi setanding ayah. Kak Lisa pula jadi doktor dan dah ada pun klinik sendiri.. Adik aku, Li sekarang ni pun ambil course design.. Tinggal aku je la yang ambil course perniagaan..

Sekarang ni, ayah macam tak nak aku jadi peneraju syarikat selepas dia bersara. Dia masih menunggu jawapan dari along yang sememangnya jawapan tidak dari mulutnya. Dia sendiri ada syarikat sendiri untuk dimajukan.. Aku pula makan hati dari tindakan ayah. Aku tahu aku salah, tapi kenapa dia perlu buat aku macam ni..

Dari dulu, aku hanya ikut telunjuknya. Ayah masih tak mahu mempercayai aku. Sebab itu, aku terpaksa terima keputusan ayah nak kahwinkan kita. Aku tak tahu nak buat apa lagi untuk puaskan hati ayah.." aku nampak titis air mata lelaki Luqman. Aku jadi sebak, tidak sangka dia melalui segala ni.. Aku pun menolak dagunya agar dia memandangku. Aku pun menyapu air mata yang gugur dari matanya.

"Dari apa yang aku dengar, kau sebenar memang tak salah.. Kau tak tahu perempuan tu macam tu.. Kau sebenarnya nak layan seorang adik perempuan. Hurm, aku rasa Kak Lisa mesti tak pernah manjakan kau kan?" aku meneka..

"Hurm, betul la tu.. Sebenarnya aku pun kehausan kasih sayang dari seorang wanita.." gurau Luq. Aku terus tergelak.

"Siapalah yang malang terpaksa memberi kasih sayang seorang wanita kepada kau.. Hahhahahhahaa" aku terus tergelak. Dia hanya tersenyum, melihatku.

"Kau langsung tak reti nak cover kan? Gelak ikut suka hati macam janda.." aku terus berhenti tergelak lantas memandangnya dengan marah.

"Eii.. Jahat gila gelar orang janda.. Tapi an perangai aku memang macam ni.."

"Eleh, sudahla.. Depan jejaka idaman kau aku tahu mesti kau jadi lain punya.. Lemah lembut, sopan santun, jaga tatasusila.." ejek Luq. Aku terus mencubitnya.

"Jangan nak merepek ok.. Belasah karang.." ugutku.

"Oh ya, ibu cakap kau dah setuju untuk terima permintaan ayah.. Betul ke?" tanya Luqman selamba. Pergh, tanya depan-depan. Segan lak aku...

"Oh, hurm.. Kau orang macam berharap je, aku terpaksalah terima.."

"Ayah cakap dengan aku, dia suruh kau kahwin sebab ada orang curi-curi ambil gambar masa penyelamat selamatkan kita.. Ayah pun cakap yang kita kahwin senyap-senyap. Dia cuma akan umumkan yang aku dah kahwin dan kau isteri aku.." aku mengangguk, tanda faham.

"Ini yang kau cakap tu ke, jangan terkejut kalau apa-apa yang terjadi selepas ni?" tanyaku.

"Hurm, aku dapat rasakan yang sesuatu akan berlaku selepas kita diselamatkan."

"Oh..." sekarang aku tahu sesuatu.. Kalau Luqman rasa sesuatu yang kurang enak akan berlaku, ia akan berlaku.. Macam psikik lak dia ni..

"Jomlah.. Dah pukul 10.. Lambat pula kau sampai nanti.." katanya. Kami pun bangun dan bergerak ke arah lift.

"IBU pesan, nanti kami akan datang dalam masa terdekat ni untuk buat perbincangan. Kau pun perlu bersedia kalau kita kena kahwin dalam tempoh masa terdekat ni.." kata Luqman. Ayat yang terakhir itu, dia cakap dalam nada bergurau. Namun aku tahu, itulah yang akan berlaku..

"Oh.. Rasanya masa terdekat tu, terdekat sangat-sangat ke?" tanyaku.

"Yang itu aku tak pasti.. Kau tak nak kahwin ke?"

"Kalau boleh aku nak kerja dulu.." aku masih ingat lagi misi yang telah lama aku catit. Selepas habis sarjana muda, cari kerja dahulu.

"Oh, yang tu simple je... Nanti aku uruskan.." kata Luqman. Aku pun mengangguk kecil. Kereta berhenti betul-betul di hadapan rumahku. Aku pun keluar dari kereta. Luqman menurunkan tingkap.

"Kalau nak, kita boleh keluar lagi esok.." Luqman memberi cadangan. Aku mengangkat bahuku tanda tidak tahu.

"Ok, aku tahu.. Tanya En. Yusri dulu.." aku pun tersenyum mendengar kata-katanya.

"Night Luq.. Assalam.." aku pun masuk ke dalam rumah. Selepas sahaja aku menutup pintu, kedengaran bunyi enjin kereta memecut.



Always Be Your SpyWhere stories live. Discover now