"Aku ikut kau?" aku bertanya kembali. Aku pergi kampung? Tak pernah-pernah kaki aku jejak kampung.

Syaza mengangguk laju. Bahuku sekali lagi digoncangnya. Perempuan ni, ada juga makan siku nanti.

"Best ke?" tanyaku.

Syaza mengangguk laju.

"Ada sawah, sungai, hutan, kerbau, lembu, kambing..."

Aku menjelingnya.

"Aku tanya betul-betul ni." aku pandangnya malas. Syaza sengih.

"Kau ikut je dulu, nanti kau tahulah apa yang best dekat kampung. Yang penting, kau akan dapat ketenangan yang tak ada dekat bandar ni." balas Syaza. Bersungguh betul dia ni ajak aku balik kampung.

"Tengoklah nanti, aku fikirkan dulu." jawabku. Buku dikemaskan, lalu aku bangkit.

"Betul ni?!"

"Hmm..."

"Yes, akhirnya seorang Syaza Izzati dapat bawa seketul Aisya Rabecca masuk kampung!" ujarnya gembira. Aku jeling tajam.

"Apalah kau beria sangat ajak aku ni." Geram betul aku.

"Dah lah. Jom pergi cafe, aku tak sempat breakfast tadi." kataku. Aku buka langkah meninggalkan tempat duduk. Syaza pula tergesa-gesa mengemas bukunya.

********
Meja yang agak terselindung menjadi pilihan kami. Aku memilih sandwich dan kopi sebagai santapan tika itu.

"Kat rumah kampung kau tu kan, siapa lagi yang tinggal kat situ?" Tanya aku memulakan perbualan.

"Ada siapa? Ramai! Pak Haji, Mak Haji, Mak Bedah, Pak Ayub dengan bini dia..." laju mulutnya menyebut satu persatu nama penghuni kampungnya. Aku hanya mendengarkan sahaja. Menanti masa dia menghabiskan ayatnya

"Dah?" Tanya aku memerli. Syaza mengangguk dengan gaya megah. Ye lah siapa tak megah dapat hafal semua ahli-ahli mesyuarat tingkap, ahli-ahli jawatankuasa masjid, lelaki-lelaki handsome kat kampung sendiri.

"Cik Syaza. Aku tanya berapa orang tinggal kat rumah kau. Bukannya yang tinggal kat kampung kau!" bidasku.

"Eh yeke?" Syaza sudah menggaru kepala. Aku menjulingkan mata keatas.

"Kat rumah aku tak ada siapa pun. Yang ada pun Abang Mustaqim, Abang Haziq dan adik aku, Mislia."kata Syaza. Hah nampak tak? Tadi kata tak ada orang.

Syaza Izzati ni anak keempat dari 5 adik beradik. Abang sulungnya, Mu'min. Tinggal di Sabah. Yang Kedua, Mustaqim kerja biasa-biasa je. Yang ketiga, Haziq. Dengar kata Playboy hahaha. Syaza Izzati, minah sebelah aku sekarang. Dan yang bongsu, Mislia Izzati.

********
Aku mencapai remote , siaran tv dibelek-belek. Tiada siaran yang menarik perhatian. Memang aku jenis tak suka tonton tv. Jadi, semua rancangan dipandang kosong. Akhirnya tv dimatikan.

Aku mencapai smartphoneku, langkah diatur kearah gazebo luar rumah. Aku menjeling mata apabila terserempak dengan Arham yang kebetulan melangkah masuk.

Baru sahaja aku melabuhkan duduk. Telefonku berdering minta diangkat. Sudah aku tahu siapa yang hubungi aku malam-malam macam ni. Pastinya Syaza. Panggilan diangkat. Telefon ditekapkan ditelinga.

"Ecca!" aku menjauhkan telefon dari telinga. Sewel ke? Malam-malam call orang, lepastu jerit-jerit.

"Kau dah kenapa? Aku tak pekak lagi lah!"

"Sorry-sorry, aku cuma teruja sebab kau nak ikut aku balik kampung!"

Aku mencebik. Betullah tu, aku baru sahaja memberitahunya bahawa aku bersetuju mengikutinya ke kampung pada cuti semester nanti.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now